sebab xde facebook dan emel,dia berjaya

Pada suatu hari,seorang pemuda yang berasal dari kampung dan mempunyai kelulusan yang rendah ingain mencuba nasib di bandar, dia mencuba nasib dengan meminta kerja sebagai seorang tukang sapu atau peon(office boy) di sebuah syarikat komputer yang terkenal didunia yang bertempat dibandar tersebut

HRD : Adakah kamu ingin bekerja di sini ?

Pemuda : Iya tuan,saya ingin bekerja sebagai tukang sapu dan peon disini

HRD : Baiklah kalau begitu saya akan berikan ujian bertulis kepada kamu.

 

Maka ujian bertulis diberikan kepada pemuda itu dan dia dilihat mampu melakukan ujian bertulis tersebut. Setelah tamat masa ujian bertulis itu,maka dia diminta untuk pulang dan kembali setelah seminggu

 

Seminggu berlalu dan akhirnya pemuda itu datang kembali ke syarikat tersebut dengan harapan diterima bekerja

 

Pemuda : bagaimana keputusan ujian saya, encik?

HRD : Ujian kamu sangat baik tapi…maaf,kami tak dapat menerima anda bekerja.

 

Dengan sangat terkejut dia bertanya :

Pemuda : kalau ujian saya bagus,kenapa saya tak diterima?

HRD : Dalam borang tersebut ada ruangan emel dan facebook,tapi kamu tidak mengisinya.

Pemuda : apekebenda emel ngan facebook tu encik? saya kenal pon tak mende tu,camne saya nak isi?

HRD : Sebab tu la beb,permohonan anda ditolak, sebab sistem kami memerlukan emel peribadi dan facebook.

domain murah

(Visited 141,090 times, 5,372,085)

Dengan perasaan sedih akhirnya diapun meninggalkan syarikat tersebut dan terus terbayang perkataan ‘email dan facebook’ dalam benaknya yang membuat dia gagal memohon kerja tersebut. Karena kecewa diapun akhirnya pulang kembali ke kampung dan dengan sisa semangatnya die mencuba bercucuk tanam untuk menampung kehidupannya.

Lima tahun kemudian di sebuah kampung terdapat seorang penanam tomato yang saaaaaangat berjaya, berita kejayaannya tersebar sampai ke bandar2. kemudian, pada satu hari yang indah, seorang wartawan TV datang ke kampung tersebut untuk menemubual petani tomato yang terkenal dengan panggilan tomatoman itu.

Wartawan : Bolehkan encik ceritakan kisah sejarah encik yang membuatkan encik begitu berjaya dengan perusahaan tomato ini?

 

Encik tomatoman ini pon cerita la panjang2 sejarah die dari sekolah asik kena marah dengan cikgu anita, cikgu rashid, dan cikgu2 yang lain, cerita ponteng puasa pon die masukkan,cerita die kena tinggal ngan 1st love die sampailah die digelar tomatoman itu, diakhir temubual :

 

Wartawan : Wah…panjang betul cerita encik tomatoman,akhir sekali, boleh encik bagi kami alamat emel encik dan facebook encik supaya mudah kami hendak menghubungi encik?

Mendengar perkataan ‘email dan facebook’ dia mengkerutkan dahinya sambil berkata :

Anak muda : ‘cik wartawan yang comel,saya takde emel/facebook,kalau saya ada,conform saya takkan jadi seorang usahawan berjaya camni,dan mungkin saya akan jadi tukang sapu atau peon je di bandar.

 

 

Masalah sering melanda kita setiap hari, berjaya atau gagal kita pada hari ini dan akan datang,adalah bergantung bagaimana kita memandang dan menghadapi masalah ini. Jika kita mampu menghadapi masalah,ia akan menjadi batu loncatan besar bagi hidup kita untuk menjadi lebih baik tetapi kalau kita hanya berpikir negatif dan akhirnya bertindak negatif maka masalah inilah yang akan menghancurkan hidup kita. Kegagalan boleh menjadi kejayaan yang tertunda, yang penting tetap semangat, fokus dan terus berusaha mengejar mimpi agar menjadi kenyataan.

 

Fakta tentang orang2 yang dianggap gagal :

 

  1. Alexander Graham Bell pernah diarahkan oleh seorang pegawai bank yang sedang marah supaya membuang “barang mainan itu” dan ternyata barang mainan tersebut adalah telefon.
  2. Idea mesin foto copy Xerox pernah ditolak 20 syarikat, hanya setelah 7 tahun ditolak barulah diterima.
  3. Walt Disney pernah dipecat oleh seorang editor akhbar kerana kekurangan idea
  4. Thomas Alva Edison (penemu lampu pijar), Albert Einstein (penemu teori fizik dan bom atom) serta Isaac Newton (penemu hukum graviti dan kalkulus ) adalah murid yang dikatakan gurunya bodoh dikelasnya tapi sekarang ini dunia mengakuinya sebagai manusia genius yang pernah lahir dimuka bumi.
  5. Henry Ford pengusaha automotif terkemuka di Amerika ternyata pernah bankrap selama 5 kali.

 

Kunci kejayaan mereka adalah 2 perkara iaitu : SABAR dan TEKUN.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,893 times, 5,372,085)
(Visited 129 times, 5,372,085)

4 thoughts on “sebab xde facebook dan emel,dia berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge