Loading...

Satu telefon, 1 app, 2 akaun telegram

2 akaun

Ye, ini betul-betul bukan cubaan, satu telefon, 1 app telegram, 2 akaun telegram… Di Malam tahun baru ni, saya sangatlah gembira dengan update terbaru Telegram android (saya tak tahu kalau Telegram di ios pon sama) iaitu Telegram 4.7

Lepas telegram di phone saya di update secara automatik, saya dapat mesej dari telegram menyatakan apakah update terbaru pada Telegram 4.7 ni.

update terbaru telegram

Seperti yang tertera dalam mesej Telegram tu, update terbaru pada Telegram ni membolehkan kita menggunakan 2 akaun atau lebih pada satu aplikasi Telegram. Bermakna, tak perlu dah guna aplikasi Telegram client yang lain untuk guna 2 nombor pada 1 telefon.

Macam saya sekarang ni, saya guna app telegram dan plus messenger sebagai aplikasi Telegram client. Sebelum saya guna plus messenger, tu saya guna Aniways Messenger (dah tak wujud dalam play store).

Saya beralih dari Aniways messenger ke plus messenger sebab Aniways messenger ni macam tak follow dan tak compatible dengan aplikasi telegram tu sendiri.

Paling ketara masalah aniways messenger ni kat sticker, sticker dia… 90% kalau send kat Telegram, orang lain tak akan nampak sticker, instead yang keluar adalah mesej suruh org install aniways messenger. Lepas tu, kalau kita add sticker pun, sticker tu tak muncul dalam list.

Berbeza dengan plus messenger yang hampir sebijik dari telegram, tapi rasanya lebih bagus dan organized berbanding aplikasi Telegram tu sendiri.

Tapi so far, plus messenger belum ada ciri terbaru yang ditawarkan pada Telegram iaitu multiple account dan swipe to left to reply.

Berkenaan dengan ciri terbaru pada telegram iaitu multiple account, dengan adanya ciri ni, mudahlah bagi mereka yang ada 2 nombor untuk ada 2 Telegram tanpa perlu install 2 app. Lagipun, kebanyakan telefon sekarang dah support 2 simkad pada 1 telefon dan kedua-dua nombor tu dah boleh standby sekali harung kan?

Ok, macam mana nak ada 2 akaun telegram pada 1 aplikasi telegram. Mudah je…

Pertama sekali buka telegram korang. dan tekan butang 3 line macam yang saya bulatkan dalam bulatan merah tu.

telegram aku

Lepas tu, Tekan anak panah kebawah macam yang saya tandakan dengan bulatan merah tu.

2 akaun telegram

Seterusnya tekan butang add account.

2 akaun

Lepas tu sama je stepnya dengan kita first time login Telegram di telefon

tambah akaun telegram

Simple je kan? Tapi saya tak ada niat nak guna 2 nombor dalam satu aplikasi Telegram ni sebab… Macam saya nyatakan dalam entri Azam Tahun Baru, saya banyak identiti. Jadi saya akan maintain guna 2 aplikasi supaya saya tak keliru dengan identiti-identiti saya.

Kepada sesiapa yang dah cuba. Kongsikan pandangan anda di ruang komen ni. OK? Jumpa lagi.

2 comments
  1. Thenewsia

    Haa macam ni la bagus. Boleh buat akaun asing2. Tapi sy dah uninstall telegram aritu, sebab jarang pakai. Hopefully Whatsapp pun leh upgrade mcm ni gak hahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge