Loading...

Review Filem Immortals.

Malam tadi aku ke premiere screening filem Immortals, tiket free beb… bukan dari nuffnang ye…thanx to Era fm sbb bg aku tiket free sempena panggung era. dari nuffnang aku tunggu keputusan Puss in Boots hehehe…memang tul la hazari cakap, bertuah tahap double.

ni bukan double dah ni beb, triple kot, yelah dah la dapat tengok filem yang esok baru dimainkan, dapat free lak tu, cerita dah la best, siap dapat t-shirt lak tu, tapi t-shirt tu aku bg kat xyl(isteri) aku. hehe. semalam wife aku xberapa sihat,sampai dia keje pon halfday, so aku decide xnak la bawak die… takut die tak larat pulak,so aku pon tweet mencari sapa2 yang dok area2 berhampiran One Utama, tapi xde sape reply tweet dan fb aku… yang ada reply kat fb pon rakan radio amatur je… tu pon die tak free… so bila aku balik keje tu, aku conformkan balik ngan xyl aku ni, betul ke die nak ikut… die kate nak ikut gak… so xla membazir tiket aku sbb xde blogger yang nk reply tweet aku kan?hehehe…

ok, start ngan cerita pasal filem ni ok? ceritanya camni… ini kisah yang terjadi kat greece 1228 s.m, starting cerita, sorang perempuan yang digelar oracle bermimpi dia ternampak seorang raja yang sangat kejam bernama Hyperion (Mickey Rourke))telah menggunakan panah ajaib yang dipanggil Epirus(Empirus kot) bow utk memecahkan penjara yang mengurung makhluk jahat yang buas yang digelar Titan. Maka oracle dan saudara-saudaranya pon berdoa la. tapi Hyperion tetap gak mara dan tetap gak mencari Epirius Bow yang hilang tu sambil membunuh semua orang.

Seorang budak kampung yang gagah dah hebat dalam berlawan bernama Theseus (Henry Cavill) telah ditangkap oleh askar hyperion masa nak selamatkan mak dia dari dibunuh. masa dia dalam perjalanan ke penjara, dia berjumpa dengan oracle(Freida Pinto) pastu diorang larikan diri.

Pada masa yang sama, oracle nampak bayangan yang theseus ni berjaya dapatkan Epirius bow tu dan ada mayat depan dia, bila theseus bgtau yang mayat mak dia belum dikebumikan, Oracle tu suruh Theseus kebumikan mayat mak dia, masa Theseus dok kebumikan, dia terjumpa Epirius Bow tu dan dia diserang sorang askar Hyperion tapi dia berjaya dalam pergelutan tu. dan berjaya selamatkan Oracle dan kawan-kawan dia dari dibunuh, tapi masa dia kena serang tu, dia cedera, dan Oracle tolong ubati… then.. biasala cerita omputih ni, bila dah berdua2 dalam bilik tu,fhm2 je la apa jadi kan?

Perjalanan cerita ni diteruskan dengan thesus dan kawan2 die dapat jumpa balik orang kampung dan askar2 lain yang bersembunyi. tapi, macam mana pon, Hyperion dan askar2 dia dapat gak panah ajaib tu dan berjaya melepaskan Titan, dan masa tu lah Zues dan anak-anak dia turun dari atas, dan melawan Titan-titan tu, sampai anak-anak die semua mati.

To be honest mmg aku suggest la korang tengok cerita ni, tambah2 part last2 yang aku rs tak berapa best, view dari atas penjara Titan tu, nampak cam seolah2 kaabah… hmmm.. korg tengok lah nanti ye… sementara tu,singgah la ke blog hazwan, kacang tanah┬ádan jmr

2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge