Pesanan kepada budak-budak sekolah

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca blog alongxp.com. Hari ini saya ada pesanan kepada budak-budak sekolah.

Masa terdetik nak tulis entri pesanan kepada budak-budak sekolah ni, jam menunjukkan pukul 01:33 pagi, saya tengah menaip entri lain, tiba-tiba haus, bangun dari kerusi, pergi ke peti ais untuk minum, terlihat anak-anak saya.

Masa tu lah terdetik nak pesan kepada anak-anak saya sekaligus ianya menjadi pesanan kepada budak-budak sekolah yang lain.

Saya nyatakan disini kepada budak-budak sekolah, bukan anak-anak muda.

Target saya adalah mereka yang masih bersekolah, dari 5 tahun hingga 17 tahun.

Jadi pesanan ini adalah untuk semua budak sekolah terutama anak-anak saya.

Antara pesanan saya:

Masa di sekolah rendah ni, belajar betul-betul, dapatkan ilmu sebanyak mungkin, kalau ada ujian atau peperiksaan, dapatkan markah yang paling tinggi.

Bukan markah tu sasaran utama, tapi markah tu adalah kayu pengukur pencapaian anak-anak terhadap apa yang anda belajar, kalau 100%, maka anak-anak dah dapat cukup banyak.

Sertai segala aktiviti sekolah, sukan, kelab, permainan, badan beruniform dan segala apa yang ada.

Masa di sekolah menengah pun sama, jangan berhenti belajar, jangan main-main, belajar bersungguh-sungguh.

Jangan nak sibuk nak cari girlfriend la boyfriend la, pakwe makwe, awek balak, cikaro crush sebagainya

Sebab apa saya beri pesanan kepada budak-budak sekolah macam ni?

Masa depan kamu semua bergantung kepada kamu semua, ilmu adalah segala-galanya.

Hari ni mungkin ibu bapa kamu mampu memberi kamu makan, tapi akan datang, kita tak tahu, mungkin ekonomi makin teruk? kita tak tahu

Walaupun kamu hebat dalam pelajaran, belum tentu satu hari nanti kewangan kamu dan keluarga kamu mampu untuk menampung pelajaran kamu.

Pemberi pinjaman pelajaran pun dah mengejar para peminjam, tahukah apa tandanya itu?

Kita tak tahu masa depan negara kita, dengan segala ilmu yang kamu dah belajar, kamu mampu untuk mengembangkan ilmu tu sendiri melalui banyak cara, lebih banyak ilmu yang anda tuntut, lebih mudah untuk kamu mengembangkan dan menggunakan ilmu tu.

Mungkin rezeki kamu jadi artis, jadi ahli sukan, jadi apa sekalipun, maknanya kamu mungkin dapat kerjaya yang hebat.

Tapi dengan asas ilmu yang kukuh, kamu juga mampu mencipta masa depan yang lebih kukuh.

Jangan ingat upsr ke pt3 ke spm atau segala ujian dan peperiksaan yang ada tu benda ringan, ingat…. itu mungkin jadi kayu pengukur atau itu boleh jadi satu batu loncatan atau satu kayu sakti yang mengubah masa depan kamu.

Jadi, jangan memandang rendah pelajaran masa sekolah.

Tumpukan pada pelajaran. Itu masa depan kamu

Hasil carian :

(Visited 310 times, 5,372,257)

3 thoughts on “Pesanan kepada budak-budak sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge