Perhatian kepada pengguna WeChat. Sila baca!!

Perhatian kepada pengguna WeChat, khususnya pengguna tegar wechat. Terutama mereka yang menjalankan perniagaan melalui platform wechat. Tolong baca entri ni kalau anda nak terus guna akaun wechat anda.

Terasa perlunya saya menulis entri ni, khusus buat pengguna wechat lepas apa yang terjadi baru-baru ni. Kalau nak ikutkan, malas nak tulis, lantak koranglah situ, sape suruh guna wechat, peniaga lain banyak dah beralih kepada Telegram dan Whatsapp business, korang dok tergedik-gedik lagi dok guna app yang kuat makan bateri dan storage tu dah kenapa?

pengguna WeChat

Tapi kadang-kadang tak tahulah macam mana Allah boleh lembutkan hati bila ada orang mintak tolong. Sebelum tu dah ramai dah mintak tolong, saya tak layan, entah kenapa masa tu boleh terlayan lak.

Ye, macam biasa, masalah akaun wechat kena block lagi. Kebanyakan masa saya tak reply atau saya akan reply dengan jawapan “saya tak dapat bantu sebab saya sendiri tak guna wechat”. Tapi hari tu, entah kenapa saya terrajin lak nak tolong.

Tapi malangnya, tak banyak yang saya dapat bantu sebab dia tak ada simpan nombor kebanyakan kawan-kawan wechat dia. ada segelintir je. Itupun semua tengah tak available.

verification wechat
wechat suruh masukkan nombor akaun kawan

Wechat suruh masukkan nombor telefon kawan, lepas tu suruh ikut arahan yang ditunjukkan.

Masalahnya bukan semua yang friend wechat kita boleh verify, ada lak syarat tambahan lain. Antaranya.

Dah memang friend untuk sekian waktu (tak ingat berapa lama)

Dah guna wechat secara aktif lebih dari 6 bulan (atau setahun… tak pasti).

Tak melebihi had untuk verifikasi pengguna lain.

Oleh yang demikian, saya pun tak boleh nak tolong. Sebab tu, kepada pengguna wechat terutama pengguna tegar wechat, silalah mintak nombor kawan-kawan wechat korang yang korang rapat.

Walaupun korang pengguna wechat yang tegar, mintak dan simpanlah nombor kawan-kawan wechat tu, bagilah alasan “just in case kalau-kalau wechat buat hal”.

Tapi betul apa? kalau korang ada kawan-kawan rapat kat wechat, dan tiba-tiba korang send message tapi gagal atau kawan tu tak balas-balas, boleh la guna Whatsapp atau Telegram untuk cuba hubungi kawan anda tu untuk uji sama ada masalah berpunca dari peranti anda atau aplikasi wechat tu sendiri.

Dan yang paling penting, kalau akaun anda kena block, anda boleh minta mereka bantu untuk verifikasi akaun anda.

Alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge