Penyakit dah datang.

Jangan terkejut, aku selalu didatangi penyakit ni… ada masa dia tak datang penyakit ni, aku ok je,blogwalking smp beratus blog sehari, cari artikel menarik, translatekan artikel tu, update blog dan setkan auto publish sampai berminggu-minggu ke depan, kadang datang penyakit ni.. jadi camni lah… tau penyakit apa? ni… penyakit ni…

ni lah penyakitnya… cam aku cakap la, time aku rajin, macam-macam benda aku buat, siap kerja-kerja rumah pun aku buat, basuh baju,iron baju, kemas rumah, mop lantai, edit gamba dan macam-macam lagi lah,tapi kalau time tak rajin, apa pon tak buat. tapi cam mana malas pon aku, selalunya malam aku rajin, tidur lambat benda yang biasa, dulu masa bujang ok lah kan? bila dah kawin ni, tak berapa nak boleh la buat perangai macam tu kan? tambah-tambah kalau xyl(istilah yang digunakan orang2 radio amatur untuk gelaran isteri) aku dah tidur,pastu dia bangun,dia tengok aku dok menghadap laptop ke apa, dia akan duduk sebelah aku sampai aku masuk tidur.

susah gak camtu, dia tu dah la bukan sihat sangat, kang tak cukup tidur kang letih pulak. masalahnya, aku ni ada simtom yang sama dengan Datuk Maznah Hamid, Iron Lady ni… aku pernah tengok rancangan jangan tidur lagi masa tu datuk maznah hamid cakap, lagi lewat malam,lagi mencanak-canak idea keluar, samalah macam masalah aku ni,lagi lewat malam,lagi semangat nak update blog,lagi semangat macam-macam lah… sayang beb nak tidur… kadang baring2 tu, tetiba idea keluar, kalau dulu masa bujang, sepantas kilat aku bangun mencapai laptop. Tapi sekarang ni xleh, kang orang sebelah terjaga hahaha…

(Visited 87 times, 5,375,291)

8 thoughts on “Penyakit dah datang.

  1. Hahaha….aku selalu buat camtu bro…kenkadang sampai ngantuk giler bila kat tmpat keje…but wife aku x de la dia klau bangun nk duk sebelah aku…x lalu dah dia pong…hahaha

  2. ni susahnya kalau malas datang menyerang kan..aku pun pernah tertewas dengan permainan dia..minum livita baru hilang malas kot hahaha..;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge