Pengalaman kad pengenalan hilang

Pengalaman kad pengenalan hilang

Lepas baca entri sani yunus pasal apa nak buat bila hilang kad pengenalan / mykad, terasa macam nak kongsi pengalaman kad pengenalan hilang yang saya lalui.

Pengalaman kad pengenalan hilang kali pertama adalah masa tahun 2002/2003, masa tu saya belajar kat kolej di damansara.

Mula-mula tu tak perasan kad pengenalan saya tu tak ada, sampailah bila saya nak keluarkan kad pengenalan saya untuk saya tunjuk pada kawan saya sebagai bukti yang saya ni lahir kat sarawak.

Bila selongkar beg duit, cari punya cari tak jumpa, muka dah pucat habis dah masa tu sebab beberapa hari lepas tu saya dah nak balik kampung.

kad pengenalan hilang

gambar sekadar hiasa

Dengan kad pengenalan yang hilang, saya nekad, balik kampung jugak, sampai kampung, saya bisik dengan mak saya dan bagitahu kad pengenalan saya dah hilang.

Mintak tolong mak mintakkan duit kat ayah nak mintak duit nak buat ic baru. Mak saya mintak RM50, sebab tak tahu berapa ringgit kena bayar kalau kad pengenalan hilang.

Bila sampai jabatan pendaftaran negara kluang, kena bayar RM20 atau RM30 je. Baki duit tu saya gelapkan je hehehehe. (Mintak-mintak ayah aku tak baca la entri ni)

Sedikit info pasal ic yang hilang tu:

Kali pertama kad pengenalan hilang.

Ic design lama tapi menggunakan gambar warna. kiranya saya ni generasi antara yang lama dengan revolusi ic baru.

kad pengenalan lama gambar warna

Ic tu jumpa balik bila saya balik semula ke asrama.

Rupanya barulah kami teringat, masa saya ikut kawan-kawan saya pergi main snooker, diorang guna ic saya untuk ambil bola di kaunter, bila dah menang, bola dipulangkan, ic saya diorang lupa nak ambil.

Ic lama tu hilang lagi sekali dengan ic baru bila wallet saya hilang, lebih kurang tahun 2008.

Bila hilang ic kali pertama tu, saya pergi buat yang baru, masa tu mykad dah dilancarkan dah, jadi saya antar orang yang guna mykad versi pertama, dengan cip 32k kalau tak salah, tak ada fungsi touch n go pada mykad yang saya dapat tu.

Pada tahun 2008, saya merasa pengalaman kad pengenalan hilang kali ke dua. Itu pengalaman kad pengenalan hilang yang paling tak best sekali dalam hidup saya dan saya harap tak akan berlaku lagi.

Kisahnya, malam tu saya dari kota damansara pergi ke puduraya untuk ambil adik saya. Lepas dari puduraya, kami nak ke damansara utama, nak jumpa kawan saya, masa tu saya guna highway kerinchi link kalau tak silap. Dan saya bayar tol guna touch n go.

Saya tak keluarkan kad touch n go dari wallet saya, saya cuma sentuh terminal touch n go tu guna wallet saya je. Lepas dah bayar, saya selitkan di poket di tepi pintu kereta, sampai damansara utama, saya pergi jumpa kawan saya di cyber cafe di situ.

Lepas tu dia ajak minum, saya raba poket, dan saya teringat wallet saya dalam kereta, nak patah balik ambil, macam jauh pulak. Jadi saya tanya adik saya kalau dia ada duit, dia kata ada, so saya tak perlu nak patah balik ke kereta.

Lepas minum, masuk kereta, lupa nak cari wallet, terus gerak balik rumah, parking kereta, keluar… lupa nak cari lagi wallet tu. Sampai rumah, teringat wallet, tapi badan dah penat, malas nak cari.

Esok pagi saya cari wallet saya, tak jumpa, patah balik parking uptown malam tadi, tak jumpa jugak. Terus pergi balai polis yang tak sampai 200meter dari situ, buat report.

Dalam tu semua benda beb, lesen hilang, kad bank hilang dan pastinya mykad hilang sekali la kan? Benda pertama, saya pergi buat kad bank, dah la dalam bank tinggal 200++ dan tak sampai 300.

Lepastu pergi buat lesen, bila pergi jabatan pendaftaran negara la masa tu rasa cam nak order sakit jantung bungkus ikat tepi je. Sekali masa tu denda mykad hilang dah jadi 200 lebih sebab hilang kali ke dua.

Masa tu saya tertanya, kalaulah orang tu tak ada duit, macam mana e?

Hasil carian :

(Visited 630 times, 5,364,823)

6 thoughts on “Pengalaman kad pengenalan hilang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge