rokok dan aku… (tajuk takleh blah)

well… xde ape pon, just aku rasa aku dah berjaya mengurangkan jumlah rokok yang aku isap, aku pernah ada niat nak berhenti, tapi setelah azam tu aku gagal capai setelah 8 tahun cuba, aku isytiharkan diri aku untuk TAK NAK  berhenti MEROKOK. hehe… pelikkan?

bukan ape…maksud aku camni, aku akan kurangkan merokok, mungkin sampai satu masa tu,sampai berhari2, atau berminggu2 atau berbulan2 atau bertahun2 aku tak merokok, tapi aku masih memegang title aku AKU ADALAH SEORANG PEROKOK. sebab kalau aku istiharkan aku dah berhenti,so aku tak akan merokok langsung lagi dah.. so kalau aku tak isytiharkan aku takkan berhenti,bila2 aku nak isap, aku isap jela, tanpa rasa bersalah sebab dah mungkir janji.

so far sejak lepas puasa ni,aku berjaya dah mengurangkan jumlah batang rokok yang aku hisap, kalau sebelum ni, purata aku habiskan sekotak rokok(20 batang) dalam masa 24 jam, sekarang ni, purata sekotak rokok tu habis dalam masa 48 jam, dan rokok yang ada kat aku skrg ni, dah dekat 60 jam dah(masa entri ni ditulis).

dan sekarang,perkara paling penting dan paling susah nak control bab merokok ni,tabiat merokok lepas makan, yang tu aku dah berjaya atasi, aku dah boleh tak merokok lepas makan. Tak merokok lepas makan, bukan satu masalah bagi aku sekarang. cume bile aku sorang2, tengah menunggu, yang tu lom boleh handle, kalau sambil menunggu tu aku ada benda nak dibuat, aku boleh tak merokok, tapi kalau xde benda nak buat, memang nak je la…huhu

{prtm}

Hasil carian :

(Visited 160 times, 5,369,219)

9 thoughts on “rokok dan aku… (tajuk takleh blah)

  1. tak pe, faham.. bukan mudah nak stop terus. mula2 sikit la… kang, dah biasa stop sikit2, boleh terus stop…. btw, semoga berjaya katakan tidak pada rokok… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge