Nuffnang Blog Awards, Here I Come

 

Haha… lepas beberapa minit aku publish entri pasal Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards , nuffnang anta emel, aku baca tajuk emel tu, ingat nak abaikan je, sebab aku dah tau kan? skali bila aku scroll lagi sikit, aku nampak lak benda ni…

ape lagi, terus bukak web mail untuk tengok benda ni…

Akan datang 16 Disember 2011, 500 penulis blog dari sekitar rantau Asia Pasifik akan berkerumun di Kuala Lumpur, Malaysia untuk Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 di Putrajaya Marriott. Awards ini tidak hanya menyasarkan untuk memberi penghormatan kepada penulis-penulis blog terbaik rantau,tetapi juga untuk menemukan komuniti penulis blog serata Asia Pasifik. Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards dibawakan untuk anda oleh Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.

camne nak dapat invitation nih, sekali kena wat entri la… aisemen, entri yang baru kejap tadi pon orang belum sempat baca lagi. tapi aku dah ping kat innit, apesal.com, guablog, ohbelog.com,kat busuk.org dah… tapi xpela… nak buat camne kan?tapi ape pon, aku tetap nak dapatkan jugak jemputan tu. 3 sebab kenapa aku nak pegi.

  1. sebab aku tak penah pergi mana-mana event nuffnang, selalu terlepas, kadang-kadang tu sebab last minit baru tahu. so kali ni, aku nak sangat pergi, event yang grand dan ekslusif nih.
  2. sebab ke dua, sebab aku tau, blog aku tak layak untuk mana-mana kategori, so satu cara untuk aku dapat pergi tanpa rasa muka yang sangat tebal, adalah pergi dengan jemputan huahahaha… bangga beb kalau dapat pergi.
  3. yang ni reason yang paling best pada diri aku,tapi cam biasa-biasa pada orang lain. nak dapatkan rangkaian kawan-kawan baru, rakan blogger khasnya. sebab aku kenal blogger yang dah bersua muka ni, baru beberapa orang, so peluang ni akan memberi impak maksima kat aku kalau aku dapat pergi
  4. sebab yang ke empat tak boleh bagi sebab nuffnang suruh bagi 3 sebab je kenapa aku nak pergi  Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 hehehe.

so nuffnang, bagila jemputan kat alongxp ni ha… hahaha…

Hasil carian :

(Visited 28 times, 5,351,408)

12 thoughts on “Nuffnang Blog Awards, Here I Come

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge