Minggu yang sibuk

Menggila aku minggu ni… minggu ni memang minggu yang sibuk la… dalam keterujaan mengguna semula dslr aku yg autofocusnya rosak,kena guna manual fokus,skill fotografi semua dah hanyut. Aku mula nak memadatkan semula kakicandid.com yang dah bertahun expired. Ni kena start balik dari kosong.
Dalam pada yang sama aku mula teruja nak berblogging dalam bahasa inggeris kat blogspot aku yg aku taknak bagitahu urlnye… hehehe… segan beb… aku tak confident nak bagi org malaysia terutama sekali orang melayu yang hebat bahasa inggeris baca blog bahasa inggeris aku. tapi aku tak privatekan blog tu.. kalau rajin, carik sendiri la blog tu.

tu dah 2 projek… dalam pada masa yang sama, aku tengah belajar laravel, satu framework php, sebab… aku ada projek yang besar pada aku, walaupun mungkin pada orang lain benda tu kecik, tapi kalau siap dan berjaya, web yang aku akan buat tu akan membantu lebih dari 40 orang untuk permulaan. walaupun tak ada dateline, tapi aku target menjelang bulan 11, benda tu dah siap dibina, menjelang bulan 12 benda tu dah aku uji  dan menjelang januari 2015, orang dah boleh guna benda tu.

 

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,350,531)

tak siap lagi projek besar tu, datang lak lagi 3 projek nak disiapkan menjelang jumaat ni… 1 powerpoint dan 2 laman web, 1 dari 2 laman web tu pulak nak di dwibahasakan pulak tu… pergh… tapi aku rasa, bab menjadikan dwi bahasa tu orang lain la kot yang terjemahkan… harap-harap la…

minggu yang sibuk

1 powerpoint dan 2 laman web ni… yang buat sakit pale sebab nak design… aku bab kreativiti ni… mmmm…  lambat sikitla dia nak sampai…  tu yang biasanya paling cepat aku penah siapkan laman web adalah seminggu iaitu 7 hari…. tapi ni tak sampai 5hari… hmmm… aku tak berani nak janjila… ni pon dah blur dah ni… tapi alhamdulillah, satu ujikaji aku tentang setting laman web berjaya… huhu

tolong doakan benda ni dipermudahkan.

p/s: kalau masyuk… laju kot idea tu datang… hahahahahaha… gurau ye… tolong jangan amik serius…

(Visited 7,073 times, 5,350,531)

Hasil carian :

(Visited 94 times, 5,350,531)

One thought on “Minggu yang sibuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge