Masjid dan gereja : mana lebih mesra kanak2?

sumber :
Lucu bila ada yang berkeras pendapat yang menyatakan kewujudan kanak-kanak boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf. Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan. Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn ‘Abbas:

فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ
“..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis Anas:
فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا
“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).
Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani: “Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah).

Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.
Maka jangan hairan jika ada yang menyatakan bahawa agama lain lebih mesra kepada generasi muda daripada Islam. Padahal bukan salah Islam, salah mereka yang sempit fikiran.
Jika ada yang kata, kanak-kanak tidak berkhatan ada najis bawah kulitnya. Kalau najis bawah kulit hendak dikira, kiralah sekali najis bawah kulit kita sendiri dan juga yang dalam perut kita!!

Hasil carian :

(Visited 42 times, 5,371,997)

23 thoughts on “Masjid dan gereja : mana lebih mesra kanak2?

  1. pernah kena sekali masa kecik2 dulu solat magrib kat surau..dah kosong kat depan kat orang dewasa..anjak la ke depan..pastu brader kat sebelah bisik suruh duk belakang..pastu time tengah solat, dia keluar saf, batal air smayang agaknya..hehehe

  2. biasa org2 tua berfikiran kolot dan pntgkn dr je buat benda alah mcm nie…melarang bdk kecik sume…bdk kecik harus dibiasakan dgn masjid…agar dewasa kelak, takkan berat kaki nk melangkah…suka pendapat ustaz asri..termasuk isu bacaaan quran tu sekali…cuma mslh skr, bdk2 zmn skrg trll bising kat masjid..emm, yg tu kene pikir cr atasi…ade yg bg cdgn soh smbyg sebelah abah die..bila smbyg sebelah abah, takde la buas sgt..tak pon skrgnya org knal anak spe…hehe…

  3. sebab ada segelintir yg xtahu perkara nie, sbb tu la jadinya…bila masyarakat dh anggap, ok, budak2 jer, kena duk blkg, asal nama budak je, kena duk blkg, sbb tue la ada mereka menganggap budk kena duk blkg dan buat pelbagai spekulasi….yg xmasuk dek akal pun mereka leh kata..memng lucu…kena ubah daya berfikir balik….

  4. baru bingcang dengan parents tadi past sahur, tentang ilmu baru yang dicipta oleh orang yang kurang ilmu. Termasuk lah yang ni, sampai hati tarik kanak kanak dari saf pasal dia nak masuk.

  5. tu la pasal..aku teringat aku pernah kena tarik ke belakang mentang2 aku budak2 lagi..ciss..dasar orang tua datang lambat,aku kena dok diundurkan semata2 nak bagi dia up ke saf paling depan..

    • @azrijohan, tu la pasal… cube dibuatkan supaya masjid tempat yg seronok utk budak2 pegi,bukannye tempat yg takut nk pegi,nnt org tu marah,org ni marah, aku pnh tgk,ade sorg pakcik tu, siak kot, die marah budak2,die menjerit2 time org khutbah jumaat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge