macam mana nak translate bila tak boleh copy?

Pernah tak korang nak guna Google translate di handphone untuk translate perkataan yang korang tak tahu macam mana nak taip, so guna copy paste la kan? Tapi macam mana nak translate bila tak boleh nak copy?

Contohnya macam saya, saya main game cina. Ok, fakta pasal saya, saya tak berapa nak main game sebab saya seorang yang sangat-sangat sibuk. Saya tak mudah dipengaruhi tapi tak mustahil untuk dipengaruhi jika kena pada cara dan masanya.

three kingdom

Kalau saya main game sekali pun, game strategy bukanlah kegemaran saya sebab ia akan menyebabkan komitmen kepada otak saya dan masa saya.

Jadi macam mana saya boleh terjebak dengan game cina ni pulak?

game cina three kingdomBila dah tengok lepas sorang, sorang terjebak, lepas tu hari-hari dengar mereka berbual… terminat jugakla akhirnya.

Asalnya kami main game yang diberi nama Tiny Empire, tapi sejak hujung januari hari tu, agreement antara company yang manage tiny empire dan mungkin game provide tiny empire yang asal dah tamat. Maka beralihlah kami ke provider yang lain ni pulak.

Game yang sama, tapi dari provider yang lain. Dek kerana kecewa dengan provider yang lama tu, maka saya tak buka game yang lama tu selama seminggu sebelum dia tamatkan perkhidmatan, rupanya masa tu lah dia bagi peluang pemain untuk transfer akaun ke provider baru. Maka bila main game three kingdoms ni, saya terpaksa mula dari awal.

eh panjang pulak ceritanya. Provider yang baru ni selalu bagi pengumuman dalam bahasa cina macam ni.

macam mana nak translate bila tak boleh copySelalunya saya abaikan je, tapi kali ni saya nampak macam ada perkara berkaitan server 01 hingga 97 dalam pengumuman tu. Masalahnya saya tak boleh nak copy. Jadi macam mana saya nak translate bila tak boleh nak copy?

Jadi sekarang saya akan kongsikan cara macam mana nak translate bila tak boleh nak copy menggunakan app google translate di handphone. Pastikan anda dah install google translate dan ada sambungan internet kalau anda tak download offline translation.

Mula-mula sekali saya akan screenshot benda yang saya nak copy, atau anda boleh snap gambar benda yang anda nak translate. Contohnya papan tanda jalan dalam bahasa asing.

Kemudian, buka app google translate tu tadi.

pilih bahasa upload gambar

Pilih bahasa yang anda nak translate, macam kes saya ni, bahasa cina

Pilih bahasa yang anda nak terjemah

klik pada butang kamera.

align text

bila keluar paparan macam ni, anda boleh snap gambar ayat yang anda nak translate tu, contoh perkataan pada banner, bunting atau papan tanda. Kalau gambar tu dah ada dalam telefon (contoh screenshot tadi), tekan butang album / galeri macam yang saya tunjukkan tu.

pilih imejPilih gambar yang diingini.

scan textGoogle translate akan scan teks bahasa yang anda mahu terjemah.

highlight text untuk translateHighlightkan teks yang nak di terjemah. Hasil terjemahan akan dipaparkan. Anda boleh tap pada terjemahan tersebut untuk paparan teks penuh.

Senang je kan? So far saya tak pernah alami google translate ni tak detect teks tu, kalau anda mengalami masalah macam tu, cuba crop image tu.

Tapi, yelah… terjemahan mesin kan? kadang-kadang entah apa benda entah yang dia translate. Sebab tu biasanya saya translate ke bahasa inggeris.

Selamat mencuba.

Hasil carian :

(Visited 35 times, 5,352,164)

6 thoughts on “macam mana nak translate bila tak boleh copy?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge