Macam mana nak dapatkan backlink percuma?

Baru ni saya update entri dia blog saya yang lagi satu. Dan masa tu lah saya terfikir idea macam mana nak dapatkan backlink percuma. Backlink ni sangatlah penting dari sudut SEO.

Masa dekat-dekat 11 November baru ni saya banyak membebel bila para blogger dijemput bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan blogger yang menjanjikan voucher bernilai RM30 bagi setiap penyertaan. Kenapa saya kata mereka bersungguh-sungguh?

Selain hantar email beberapa kali bagi mengingatkan para blogger untuk join contest tu, mereka panjangkan lagi tempoh pertandingan tu. Kenapa agaknya ya? Bila anda baca tajuk entri ni mestilah anda akan sangka yang mereka buat tu untuk dapatkan backlink percuma kan?

Itu sudah pasti, berapa ribu backlink dari blog yang bukan spam yang akan mereka dapat?

Ada yang tak bersetuju dengan tindakan saya tu. Mereka kata, buat link affiliate untuk barang yang kita senaraikan tu, jadi kalau orang beli, kita akan dapat komisen.

Memang betul, tapi kalau itu objektif pihak penganjur, pastinya dia akan galakkan blogger guna link affiliate. Tapi ni dia tak suruh letak link pada barang-barang yang kita nak, tapi dia suruh kita letak link pergi ke satu page. So, kalau dah habis nanti mereka boleh redirect link tu.

Dan… kalau kita buat link affiliate, bukan link yang kita letak tu akan pergi terus ke page dia, tapi akan pergi ke laman yang menguruskan affiliate dulu, baru pergi ke page mereka.

Tapi sebenarnya, tu bukan objektif utama mereka, untuk gunakan voucher RM30 tu, kita kena berbelanja RM100, jadi lepas tolak RM30 tu, mereka akan dapat RM70 dari anda… best kan?

Dahlah dapat backlink percuma, dapat lagi sale minimum RM70 dari setiap blogger yang menyertai. Padahal syarikat lain bayar sekurang-kurangnya RM100 untuk blogger bagi backlink kepada mereka.

Macam mana nak dapatkan backlink percuma?

cara dapatkan backlink percuma

Jadi, kalau kita, sebagai blogger, macam mana nak dapatkan backlink percuma?

Ada banyak cara sebenarnya. Bezanya berkualiti ke tak berkualiti jela backlink yang kita akan dapat tu. Saya akan kongsikan beberapa cara bermula dengan cara mendapatkan backlink yang berkualiti secara percuma.

  1. Hasilkan entri yang menarik. – saya selalu bagi backlink kepada entri yang menarik. Cara saya bagi backlink kepada entri menari ini adalah dengan memberi ulasan tentang topik tu atau menjawab entri tu.

  2. Hasilkan imej / gambar original dan menarik. – anda hasilkan gambar sendiri, unik, berbeza dari orang lain, tepat dengan kata kunci tertentu. Pastikan letak url blog anda dalam gambar tu. Harap-harap ada orang yang akan meletakkan backlink kepada anda / blog anda sebagai kredit bagi gambar tersebut.

  3. Buat Contest – Ini macam yang saya cakap situasi kat atas tu. Buat contest, dengan syarat letakkan backlink. Penentuan pemenang tu ikut kriteria contest tulah. Ada juga yang menentukan pemenang dengan tengok sape yang paling banyak bagi backlink.

  4. Buat Giveaway –  Ini lebih kurang jugalah dengan yang contest tu.

  5. Bloglist exchange – Ajak blogger lain bertukar link blog. Maksudnya, kita letak url blog dia dalam bloglist kita, dia letak url blog kita. Cara ni google tak berapa suka. Melainkan bloglist tu hanya muncul di satu page sahaja (contohnya ia hanya muncul di homepage/muka depan sahaja.)

Ada satu lagi cara untuk dapatkan backlink berkualiti, tapi ini biasanya bukan percuma. Melainkan ada pihak yang nak menaja.

Caranya adalah dengan membuat contest SEO. Contest SEO biasanya akan disertai oleh blogger-blogger yang hebat dan mempunyai blog yang berkualiti dimata enjin carian.

Alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

3 thoughts on “Macam mana nak dapatkan backlink percuma?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge