#lynkbloggerdinner menyesal

ni cerita hari jumaat yang lepas, bila mana saya turut dijemput ke satu event blogger yang saya kira agak mewah juga la walaupun di hotel 4 bintang iaitu #lynkbloggerdinner. Saya tak banyak pergi event blogger, tapi bukan tak pernah langsung, biasanya di cafe-cafe, dewan… tapi kali ni di hotel dan yang pastinya event #lynkbloggerdinner ni macam menampar muka saya yang tengah mamai dan itu seterusnya membuat saya menyesal.

Maknanya, lynk.my atau hexa cooperation mampu membuat event yang best untuk blogger juga la… dengan jumlah penaja yang saya boleh kata ramai, untuk event kali pertama, dengan menampilkan sharifah syahirah sebagai host event tu. Ko rasa biasa ke?

Habis tu kenapa saya menyesal? Ok, yang tu cerita kejap lagi… saya cerita step by step perjalanan saya nak ke event tu dari banting, selangor nak ke KL. Tak lah jauh sangat kalau tengok kat google map atau waze, cuba buat sendiri tengok… nangis ke tak hahahaha

Pukul 1700 waktu punch card tu, saya dengan pantas memecah kebuntuan office dengan menghasilkan bunyi dari punch card yang menumbuk kad saya. Tercengang bila mereka tengok saya orang pertama punch balik pukul 5, sebab saya selalunya balik lewat.

Berlari dari office menuju ke parking kereta tempat saya menyimpan lamborghini elemento saya.

lamborghini elementoGambar sekadar angan-angan

Angan-angan jelah yang saya mampu, nak beli? jangan kata nak beli, nak bayar downpayment dia pun tak mampu, kalau berangan tak kena bayar, downpayment pun tak perlu.

Encik nas, wakil dari lynk.my bagitahu pemakaian untuk dinner tu formal, pada saya tak jadi masalah sangat, kemeja saya ada, seluar pastinya ada, blazer kalau perlu pun ada (bukan orang perasan sangat blazer tu yang murah punya kan? hehehe) yang jadi masalah adalah kasut.

Kasut untuk pemakaian formal? masalah besar… saya ada banyak kasut, tapi… kasut yang ada tak kena langsung dengan warna pakaian dan gaya formal. Jadi destinasi pertama adalah kedai kasut. Berjaya mendapatkan kasut, saya terus ikut arahan waze untuk menepati masa yang dijangkakan.

Perjalanan tak begitu lancar sebab waktu tu adalah waktu orang lain pun balik kerja. Tak begitu lancar tapi tak begitu menyiksakan.

Dah sampai sempadan antara dengkil dengan putrajaya, saya baru terfikir, berapa baki touch n go saya? Aduh, nak kena topup touch n go dulu ni. Sambil mata melilau, otak ni terflashback dan terfikir, biasanya di plaza tol ada lorong tambah nilai, lega sekejap hati ni.

Tapi sekejap jelah leganya tu, kerisauan melanda semula bila teringat yang saya tak ada cash. Sebab saya memang jarang bawa cash… kalau ada pun duit seringgit-seringgit, lima ringgit yang biasanya tak sampai RM15.

Fikiran saya beralih dari nak cari stesen topup tpuch n go kepada nak cari mesin ATM, dan target saya adalah stesen minyak.

“Stesen minyak?” mata saya terus memandang ke meter minyak

meter minyak kereta lamborghinini bukan meter minyak kereta saya, gambar sekadar angan-angan

Alamak, minyak pun dah dekat E dah ni. Lupa pula nak isi minyak tadi… Tapi tak apa, minyak tu cukup sangat untuk sampai kl dan balik ke banting semula.

Dalam perjalanan tu, masa di highway MEX, saya singgah di satu R&R , tak ingat apa nama R&R tu, yang pasti bukan R&R seremban.

Niat utama adalah nak cari mesin ATM, tapi sayang… tak ada mesim ATM kat situ, jadi saya redah juga teruskan perjalanan dengan berkata dalam hati “orang yang nak belanja makan”

Akhirnya saya masuk KL juga, taklah sesak sangat, agak merangkak masa masuk jalan Tun Razak tu je kejap. Lepas tu agak selesa (standard selesa trafik kl je).

Akhirnya waze kata saya dah sampai di Concorde Hotel Kuala Lumpur. Fuhh… akhirnya…

Tapi… belum lega lagi, tibalah bahagian yang paling saya tak gemar bila pergi kl. PARKING!!!

Concorde hotel ni ada kompleks parking dia sendiri, oklah tu kan? Masalahnya kat mana jalan nak masuk kompleks parking concorde hotel ni? 3 kali terlajak simpang, akhirnya saya sampai juga ke parking hotel concorde ni.

kompleks parking concorde hotel kl

Sesampainya saya kat situ, saya terus tukar baju (jangan bayangkan part ni)dan sarung kasut yang bau kedai lagi tu.

Menononglah saya mengikut arah papan tanda menunjukkan arah lobby, sesampainya saya kat lobi, saya nampak meja pendaftaran, sya nampak muka-muka staf lynk.my yang saya kenal (belum tentu dia kenal saya walaupun dia senyum bila dia nampak saya) dan saya daftar

Melangkahnya saya masuk ke ball room tu, encik nas dari lynk.my menyambut saya dan seterusnya dengan bergaya meminta sorang awek yang saya tak ingat rupa dia untuk pimpin bawa saya ke meja yang sesuai dengan wajah handsome saya.

Maka duduklah saya di meja dengan Encik Kamil Salleh, penulis blog sensasi2020 dan beberapa blogger lain yang saya tak kenal sebab saya tak pernah jumpa sebab saya jarang join event blogger. Dan saya yakin mereka pun tak kenal siapa saya.

alongxp dan kamil salleh

Dah selesa duduk, barula buka deria pandang dengar dengan lebih meluas, dengar ada suara orang tengah berucap, mata mencari di mana dan siapakah yang empunya suara. Owh… Hasrul Hassan rupanya.

Seterusnya ucapan oleh COO Hexa Cooperation, Encik Fakhrul Iswandi yang juga orang yang paling banyak bagi sokongan kepada Best Blogger Network

coo lynk berucap

Seterusnya adalah penerangan tentang lynk.my oleh Encik.Khusaini, marketing manager Hexa Cooperation. Banyak input yang saya dapat dari penerangan yang beliau sampaikan walaupun masanya pendek je. Kalau panjang lagi, lagi banyaklah kot input yang saya dapat malam tu.

Moment-moment seterusnya tu yang best.

  1. makan – memang saat yang semua orang tunggu kat mana-mana majlis pun
  2. lucky draw – time nilah nak tengok luck tu dok kat good lagi ke pindah
  3. award – memacam award ada, tapi tak banyak sangat, tapi ok lah

Award memang saya tak dapat la… lucky draw pon tak dapat (tu sangatlah normal)

lucky draw blogger

Tapi bab makan sangatlah puas hati, jarang-jarang blogger yang bukan food blogger dapat makan kat hotel 4 bintang, makanan banyak… sampai letih dah nak makan.

Owh lupa nak cakap, boleh tahan gaklah ramai artis yang terjebak masuk dalam #lynkbloggerdinner ni. Selain sharifah syahirah,

sharifah syahirah

yang tengah tu fakhrul COO Hexa Cooperation, bukan donny yen

antara nama artis yang saya ingat adalah tasha shila(sorry kalau salah eja) dah macam pokok pinang saya tengok beliau tu.

Ok, tang mana saya menyesal tu?

Saya menyesal sebab boleh tertinggal purse dalam kereta, membuatkan saya dah tak boleh nak fokus pada majlis dan tak dapat nak enjoy bergambar dengan retis-retis yang ada serta rakan blogger yang lain.

macam kenal blogger ni hasrul hassan groupie #lynkbloggerdinner blogger jugak bestbloggernetwork afzalsukasukihatidia adzril dan dhia zakri rozaini dan kamil salleh top-top bloggermesti ada blogger yang korang kenal ada dalam gambar-gambar ni kan?

Gambar-gambar tu saya rembat dari group Best Blogger Network dan beberapa sumber yang saya mampu jumpa.

Menyesal gila sebab ramai gila blogger yang saya teringin nak berjumpa dan bergambar besama, hadir… tapi saya tak dapat nak bergambar bersama dek kerana risaukan wallet yang dalam kereta tu.

Duit tak ada pun dalam tu sebab saya sangatlah jarang bawak cash, tapi benda yang paling berharga, IC… tu kalau hilang, macam manalah saya nak balik… touch n go kat IC tu, kalau hilang lagi, bermakna saya akan jadi kehilangan kali ke 3 dan itu akan menjadi satu cerita yang panjang gila.

Saya sangatlah berharap akan wujudnya #lynkbloggerdinner versi ke 2, ke 3, ke 4, ke 5 dan ke sampai lebam…. sebab saya dah mula enjoy dengan event tu.

Selain itu, #lynkbloggerdinner akan menjadi satu lagi event yang menghargai blogger di Malaysia, selain dari SBB.

akhir kata #lynkbloggerdinner memang best gila, semoga ia menjadi satu event tahunan, semoga lynk.my dan Hexa Cooperation akan terus maju, cemerlang, gemilang dan yang terbaik.

 

Hasil carian :

(Visited 58 times, 5,369,459)

4 thoughts on “#lynkbloggerdinner menyesal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge