lady drivers…

Pertama sekali, saya nak mintak maaf kepada semua gadis-gadis dan wanita-wanita yang memandu a.k.a lady drivers dan menunggang motorsikal, entri kali ini, pasti akan menyinggung perasaan anda semua. Saya terpanggil utk buat entri ni, lepas ramai yang tak puas hati dengan kenyataan Datuk Bung Mokhtar iaitu :

” KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.”

berita penuh

dan komen ayah saya sebagai jurulatih memandu yang berbunyi :

“Sekali lagi bung raden membuat spikulasi tentang pemandu,duduklah dalam Jabatan Pengangkutan baru tau betapa peningnya kepala dia orang nak mengatasi semua tu,Tok rasa kenyataan yg pemandu perempuan penyebab kemalangan tak relevan langsung,malah semasa ujian pemandu 70% pemandu wanita lulus berbanding lelaki,makna nya wanita lebih faham peraturan jalanraya.”

Terus terang saya katakan,saya setuju dengan kedua-dua kenyataan diatas, tapi,bila kedua-dua kenyataan diatas dikeluarkan secara umum,maksudnye tidak dengan terperinci, kedua2 kenyataan tadi jadi bercanggah, maksud saya macam ni, macam ayah saya cakap, “70% wanita yang lulus,dan lebih memahami undang2” memang betul,tapi tu masa ambik ujian memandu, masa da lepas peringkat P?

lady drivers park

Ckp Datuk bung tu mmg betul,tapi bercanggah bila dilihat dari sudut statistik, kenapa saya ckp betul? contoh paling ketara, didepan mata saya,dengan jarak kurang dari 200meter,bertentang dengan saya, saya nampak satu kancil putih dipandu sorang lady driver , tiba2 masuk ke lorong bersebelahan dan hampir menyebabkan hilux disebelah hampir terbabas kerana hendak mengelak kancil putih yang tiba2 masuk ke lorong hilux. bila dah kena horn dengan hilux tu,trus kancil tu masuk balik lorong sepatutnya,dan bila dua2 berhenti sebelah menyebelah kat traffic light, driver hilux tu pandang driver kancil putih tu, lady driver kancil putih tu langsung xde rs bersalah, xde la nak angkat tangan tanda mintak maaf, die buat2 cari barang kat dasboard la,gosok2 meter la…

lady drivers stuck

Andai kata hilux tu terbabas kerana nak mengelak kancil tu, secara automatiknya,laporan menunjukkan kereta hilux yang dipandu lelaki tu yang mengalami kemalangan, yang lady drivers td? masuk xdlm rekod? xde kan? sbb die xde ape2,die blah camtu je… betol ke x? kalau die berenti tolong ke mintak maaf skali pon, ape die nak buat?kereta die xkemik, so, die tak masuk dlm statistik tu kan?

kalau lah sebelah kiri hilux tu ada penunggang motorsikal,masa hilux tu mengelak,terlanggar motorsikal tu, camne?

saya memandu setiap hari,secara jujurnya, mmg saya mempunyai masalah dengan pemandu perempuan ataupun lady drivers ni, bukan semua, tapi kebanyakannya… contoh masalah yang saya selalu hadapi…

lady drivers upside down

memandu dengan kelajuan kurang dari 60km/j dilorong kanan. puas la org horn, maen lampu,die wat xtau je… bile kita tengok lorong kiri clear,kite bagi la signal,then masuk,masa dah nak lalu sebelah die,tibe2 die masuk kiri… tak menggagau kite ni?

masa nak tukar lorong atau masuk simpang,sambil pusing stering sambil petik signal,maksudnya tak bg signal lebih awal.

tidak statik ,maksudnya : masa memandu dijalan yang ada 2 lorong,die kejap2 menghimpit ke kanan, masuk sikit,da masuk balik ke kiri,bukan nak tuka lorong pon,tapi perbuatan die tu,buat org blkg yang nk memotong teragak2,bile org potong,tiba2 die masuk pulak ke lorong sblh tu,dah tak psl2, org td terpaksa brek atau mengelak, tu yg jadi kes terbabas,gagal mengawal kenderaan.

alasannye : xnampak, benda ni org panggil sebagai blindspot(titik buta) maksudnya keadaan dimana kita pandangan diluar apa yang kita nampak di cermin sisi… contoh blind spot macam dalam gambar ni..

selalunya kite xkn nampak kenderaan tu kalau dalam keadaan macam tu.

contoh laen,tengok gambar kat atas ni, kat cermin yang besar, tak nampak pon ada kereta kat sblh,nampak ckit je kat tayar dan bonet, tu pon kalau perasan la… tapi tengok kat cermin blindspot(kiri atas) nampak kan ade kereta kat sebelah?

contoh2 blondspot mirror :

ok,berdasarkn pengalaman saya,kalau nk beli cermin blindspot,pastikan cermin tu melengkung, supaya dia boleh memberi sudut pandangan yang lebih besar.

lagi satu,kepada lady driver ni,please… be more alert, kalau boleh jangan la berckp lame sgt kat telefon,walaupun guna hadsfree… sebab banyak yang saya tengok,bile die dah naek syok beckp kat telefon,die dah kurang alert,tu yg kejap kekiri ke kanan,

then, rajin2 la tengok side mirror, rear mirror(yang kat tengah tu), bila masa nak tengok side mirror n rear mirror? nnt xnmpk depan plak?

yang ni ssh nk ckp la…kang ckp kang kata bagi info yang salah plak… tapi saya cadangkan,setiap 30 saat,atau setiap seminit. rasa macam kejap sangat kan? tapi bayangkn, berapa saat masa yang diambil utk satu kereta melanggar kereta yang ada disebelah? tengok video 40 saat ni, brapa saat yang die ambil utk buat kereta sebelah mengelak.

 lady driver survive

kejap je kan?

so berapa lama pulak nk tengok side mirror tu? ni pandangan peribadi saya, berdasarkan pengalaman, pandang lebih dari 1 saat, tapi jangan sampai 3 saat, camne tu? haha..kena try la… yang penting kena selalu n alert pada side mirror n rear mirror. tak kira la korg dok kat lorong perlahan ke, lorong laju ke, kena alert… jangan leka…

Ok,sebelum komen, layan video ni dulu k? peace…

http://www.youtube.com/watch?v=QN5kJgpzMYI

Hasil carian :

(Visited 210 times, 5,350,193)

55 thoughts on “lady drivers…

  1. idok juga…masing2. ada gak ni drebar lelaki langgar tong sampah tepi rumah. tak perasan katanya. tong sampah tu dah terpacak lama kat situ. ada sorang drebar perempuan tu pulak dek kerana keyakinan terlaku tinggi sampai pagar rumah dilanggarnya. nyaris tak tumbang. sedih bila tengok ramai yg tak guna 3 cermin dgn baik, lupa signal dan tak hormat org lain bila memandu. Tapi kak liza yakin ramai perempuan yang pandu kereta saja tapi tak jenguk pun minyak gear ok ke tak, air cukup, tayar cukup pam dan tak botak, scheduled maintenance dah buat belum. main redah aje.

  2. sebagai pemandu pempuan…sy sndr x puas hati ngan pemandu perempuan lain yg membawa agak membuta tuli…hahah…bile duk komplen dlm kete mak akan tny, awk tu bukan pompuan ke…ekeke…

  3. Pingback: Ni La BlOg Aku… » Blog Archive » touch n go punye cerita… korg tau?
  4. all de statement d atas, x yg t’kena batang idung aku..ahhaha

    tapikan, semat seh satria neo baru tue..
    cun siottt… ^^

  5. eerrkk.. nak marah ke tak nak marah ke tak ngan datuk bung tuh? emm.. tak jadi la. sbb tak pernah bawak kete lagi even dah ada lesen 4 bulan yg lpas.. sob3..

  6. heh..heh…
    isu panas ni bro…
    ammboi lihat makin ramai kaum hawa yg panas semacam jer kat sini…huhu

    p/s : bro…mcm mn nak wat komen camni? boleh turunkan ilmu…?

  7. apa pulak kurangnya lelaki? hehe. semalam sy memandu kancil, ke bandar bp. berhenti di trafic light. bila trafic light hijau, ada hilux n wira memotong. wira memotong dlm keadaan merbahaya dan hilux memotong di bahagia kiri. kereta kancil yg sy pndu di himpit 2 kereta, dan sy yakin pemandu adalah lelaki kerana dlm keadaan laju / gaya pemanduan tersebut. 😉

  8. alar… kalau nak eksiden tuh tak kira jantina der… heheheheh.. tp konklusi yang leh dibuat..

    laki- eksiden sbb laju n memotong
    pempuan- eksiden sbb careless…

    heheheheh..

  9. kalu bab ni memang ammboi setuju…
    depa tau nak sound org jer bila kita sound dema ni..
    siap nak boikot si bung tu lagi sebab keluarkan kenyataan camtu..
    adesss..
    mentang2 lah dema ni dikatakan makin terpelajar…
    tapi tak bermakna mereka dah terer kat atas jln raya..

    • tu la psl,dgr kat radio pagi td, agk2 la… klu ditunjuk ngan statistik,mmg la tak,sbb diorg jadi punca,bukan mengalami, cam sy tulis tu,die mkn jln,org mengelak,org laen yg eksiden,die trus je…

  10. naluri perempuan(chewah!) saya tamau ngaku..xP
    tp ikut observation sy pon,mmg ad betul jugak la..
    tp bukan semua ye..=)
    segelintir je,tapi yg segelintir tu lah org nmpak..apo nak buek..xD

  11. betul2 saya setuju Dinaz.tp alhmdllh slma 7tahun pgg lesen xde r sy nak menyusahkan pemandu2 lain…sy jugakan perempuan,hikhik…
    sy cuma xsuka pemandu yg ade lebal ‘P\ sesuka badak die je nak dok ikut lorng laju bawa macm siput sedut..haish..tensen woo..

  12. sangat setuju walaupon dinaz pn perempuan…. Memang kalau dikaju pon banyak berlaku kemalangan sebab kelalaian perampuan memandu…
    pasal pakai phon sambil memandu mmg la pakai handfree tapi rasanya adalah amat tidak digalakkan…
    pernah tengok oprah show?? tentang NO PHON ZONE?? mengesahkan bahayanya memandu sambil menggunakan phon??
    Dinaz dh mentrai perjanjian ini kalau belum apa kata kita sama2 menyokong??
    http://www.oprah.com/questionaire/ipledge.html?id=4

  13. stuju2…mmg pompuan memandu sukehati sket..tp tak sume taw…n tak sume pmpuan myebabkn kemalangan…kes sy,si lelaki tu yg menyebabkan sy xcdent…tak sume pmpuan tak bagus memandu taw…tp,sy stuju sbb pemandu pmpuan myebabkn pemandu lain terpakse berjage2…but not all,k…heee~

    • mmgla…xsume…tp btul kan? diorg kebanyakannye xpeduli kan? mcm kes awek membe,pompuan tu bwk suke2 ati,pastu leh ckp kat awek membe, being scratch is normal what? awek membe tu ckp rs nk scratch je muke die…hahaha…

  14. hmmm..interesting..sbnarnyee lelaki pempuan sama sahaja..orang cakap malang tidak berbau..betol x? kalau dah benda nak jadi walau dielakk skalipun terkena juaa..takdir penentu segalanya..

    nak nanges niee..word verification nie susah betull..xleh buangkan ke? dah 10x coba nie..huwaaaaaaaaaaa….kalau buang mesti senang sy nak komen..

    • mmg btul pon…lelaki pon ade gak…tp yelah, ni kan tempat sy meluahkn perasaan,sy kan lelaki,hehehe… yg lelaki laen la mslh pemanduannye…
      klu sy remove word verification, makin berlambak-lambak la spam masuk… mslhnye bukan spam sembarangan tau,spam yg boleh wat kena malware…. huhu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge