Kongsi hobi dan minat anda

Kongsi hobi dan minat anda

Kongsi hobi dan minat anda dalam entri ke 5 atau ke 6 atau entri yang ke berapa pun.

Nak cerita pasal artis yang anda minat pun boleh. Cerita pasal idola anda pun boleh.

Macam saya, antara idola saya,selain ayah saya, idola saya adalah tun dr.m.

Kongsi hobi atau minat anda macan contohnya kelab kereta ke, kelab motorsikal ke, komuniti hacker ke komuniti blogger ke, kelab fotografi ke.

kongsi hobi dan minat anda

Macam saya masa dulu, diwaktu saya ada banyak sangat masa lapang, diwaktu saya tak pandai menghargai masa yang ada, saya pernah join kelab kereta satria.

Dan dalam pada masa yang sama, saya sangat suka ambil gambar.

gambar air terjun cantik air macam kapas

Saya bermula dalam dunia fotografi dari 0, mungkin bukan kosong, mungkin dari nilai negatif.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Dulu saya tak tahu pun kamera DSLR tu dipanggil DSLR. Saya panggil kamera hitam gemuk.

Saya tak tahu apa itu shutter, saya tak tahu apa itu apature, saya tak tahu jenis jenis lens macam wide lens, zoom lens, super zoom lens. Apa pun saya tak tahu.

Dek kerana minat, saya main beli je nikon d40.

Lepas tu baru saya belajar fotografi. Saya belajar fotografi dari banyak sumber, sama ada online atau pun offline.

Melalui forum fotografi online, website tutorial fotografi online, melalui kawan-kawan photographer dan banyak lagi.

Cuba kembangkan cerita kongsi hobi dan minat korang tu. Untuk entri pertama hingga entri ke 10 ni, cuba…. Cuba hasilkan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

Kalau tak mampu,takpe… Cuba lagi. Tapi kalau boleh, usaha untuk hasilkan 100 patah perkataan.

Masa saya mula-mula belajar pasal SEO, nak hasilkan 100 patah perkataan tu memang sangat susah.

Tapi saya jenis orang yang “kalau orang lain boleh buat,kenapa aku tak boleh buat?” atau ” takkanlah limit saya sampai sini sahaja?” atau tak boleh bukan pilihan untuk saya.

Jadi saya cuba lagi. Gagal tu pasti… Gagal sekali bukan beerti gagal selamanya,tapi saya bukan gagal sekali,tapi gagal berkali-kali dan itu tidak bermakna gagal selamanya.

Dah hasilnya? Sekarang ni kalau nak buat 300 patah perkataan sekalipun cukup mudah.

Sebab tu di advertorial.my,saya nyatakan yang setiap advertorial yang saya hasilkan mesti lebih dari 350 patah perkataan sebab saya yakin saya boleh buat.

Sekarang, share post ini dan hasilkan entri kongsi hobi dan minat anda.

Hasil carian :

Alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

14 thoughts on “Kongsi hobi dan minat anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge