kes diseret 100 meter dalam tu!!

dari Harian metro 7 jun 2011:

SUNGAI PETANI: Akibat terlalu marah, kira-kira 100 lelaki menghalang polis menunda sebuah treler selepas kenderaan itu menggilis dan menyeret seorang wanita hingga hancur sebahagian tubuhnya dalam kemalangan berhampiran pekan Sungai Lalang dekat sini, malam kelmarin.

Kekalutan itu bermula apabila sepasang suami isteri yang menaiki motosikal dipercayai bergesel dengan sebuah treler dari arah belakang ketika keluar dari stesen minyak di Jalan Sungai Petani-Alor Setar, jam 7.15 malam.
Kejadian itu menyebabkan motosikal yang dibonceng mangsa, V Muniammah, 44, dan suami, R Selvaraju, 46, terbalik dan wanita itu tercampak ke bawah treler sebelum diseret hampir 100 meter menyebabkan sebahagian tubuhnya hancur sebelum treler itu berhenti, manakala suaminya hanya cedera ringan. Pasangan suami isteri dari Ladang Sungai Getah Division 1, Jalan Bukit Selambau, itu dalam perjalanan ke rumah anak saudara mereka di Taman Desa Ria untuk meraikan sambutan hari lahir.
Saksi yang mahu dikenali sebagai Jat berkata, ketika kejadian, motosikal dinaiki pasangan itu tidak berhenti di persimpangan menyebabkannya bergesel dengan treler sebelum terbalik dan wanita berkenaan terjatuh di bawah kenderaan berat itu.

– berita penuh –

nota kukukaki : sblm ni, depan mate sorg cikgu sekolah aku, sorg lelaki india, main melulu keluar simpang,tak berhenti cam berita ni dan terus dirempuh lori trelar sampai terputus perut die dan mati ditempat kejadian. takkan nak salahkan pemandu lori tu? dah itu jalan die, even kalau memandu 40km/j sekali pon, kalau tibe2 moto tu kelua melulu, dengan tak dijangka, mmg tak sempat brek. 

ape susah sangat ke nk berhenti kat simpang tu, pastikan jarak kenderaan yang akan lalu tu mmg jauh dan kenderaan tu tak laju. susah ke?

kalau yang bangsa aku lak, selalunya budak2 pompuan, diulang, budak… yg aku rs antara 15 ke 19 tahun, dengan tak pakai helmetnye… keluar simpang main suke, pastu slow… a.k.a tekedek2, alo cik adik,ko da la main masuk je jalan org, pastu menghalang org…

pastu pakcik2 pon lbh kurang gak cam dak pompuan tu… adeh… nak marah, org tua. tak marah kang aku takut, klu tak aku, org lain yg terlanggar. jangan la anggap sume org cekap, jangan la anggap sume org sempat tekan brek.

sape salah tu nombo 2, nyawa, keselamatan diri tu yang diutamakan, kalau kena langgar, mati, xpe.. kenapa aku cakap xpe?

ok, contohnye:

situasi 1 : nazri(bukan nama sebenar) bekerja sebagai tukang sapu di sacc mall,gaji RM750 sebulan, isterinya milah(bukan name sebenar) meniaga nasi lemak dan kuah mueh. mereka mempunyai 2 org anak yang berumur 3 dan 1 tahun. dipendekkan cerita, satu hari, nazri keluar dari simpang tanpa berhenti di simpang tu dan diseret sebuah lori membawa tanah, mangsa mati ditempat kejadian, bile camni, milah hilang sumber pendapatan dari suaminye, so dengan income meniaga, die masih mampu menyara anak2 die. sebab die perlu suap 3 mulut je. 6 bulan kemudian, milah kawen lagi. keluarga nazri pon xleh nak kate ape.

situasi 1 : nazri(bukan nama sebenar) bekerja sebagai tukang sapu di sacc mall,gaji RM750 sebulan, isterinya milah(bukan name sebenar) meniaga nasi lemak dan kuah mueh. mereka mempunyai 2 org anak yang berumur 3 dan 1 tahun. dipendekkan cerita, satu hari, nazri keluar dari simpang tanpa berhenti di simpang tu dan diseret sebuah lori membawa tanah, mangsa cedera parah ditangan,kaki dan mengalami retak tulang belakang, dan mengambil masa setahun, utk pulih, tapi tangan dan kaki kanannye terpaksa dipotong, kaki kirinya yang patah mengambil masa 6 bulan utk sembuh. nazri hilang sumber pendapatan, milah kena suap 4 mulut sbb nazri masih hidup, xtahan, milah mintak cerai, salah ke milah? nazri yg cari penyakit,keluar tak berenti. mcm2 mslh timbul… tul x?

Hasil carian :

(Visited 120 times, 5,375,332)

19 thoughts on “kes diseret 100 meter dalam tu!!

  1. ada akal tak mau fikir jadi macam tu la…ramai yang memandu dan menunggang tak berhati-hati terutama di simpang…malah ada yang sanggup belah sedangkan lampu isyarat masih lagi merah…tapi kalau jadi kemalangan menyusahkan semua pihak…

  2. ramai yang memandu dan menunggang tak berhati-hati terutama di simpang…malah ada yang sanggup belah sedangkan lampu isyarat masih lagi merah…tapi kalau jadi kemalangan menyusahkan semua pihak…ada akal tak mau fikir jadi macam tu la…

  3. kesimpulannya kena sentiasa alert n perhatikan keadaan sekeliling…kadang2 benda jadi bukan berpunca dr kte…huhuh…

    along…sowi…bz cket…lame da x melawat along…sihat dak?

  4. kes camni.even yang salah terangterangan si pemandu motor tu.konpem lesen pemandu lori tu kena gantung,,, sian kat dreba lori tu..sah2 hilang punca pendapatan..
    pemandu motor ni cam kebal lak bila2 undang2 pn mcm sebelah dorg.
    ada hari tu.. motor langgar keta aku, yg si mat motor tu merapak je lari..mungkin dia igt dia salah atau tade lesen..dengan naifnya aku p wat report polis.. polis tu ckp senanye aku yg salah.sbb kejadian tu berlaku dekat line kuning,dh bg signal segala.tp motor mana nk berenti kan kat line kuning

  5. uiitt… menakutkan…
    mintak2 dijaihkan lah dari jadi kat diri sendiri…
    dah serik dah part excident ni… mmg slalu macam tu… org lain yg x hati2.. org yg hati2 gak jd mangsa…

  6. sadisnya cerita ni xsanggup nak baca…kalo ada jln selain dr jln raya rasa mcm xmau drive kt atas jln raya jek…hoho…bhati2 dijln raya

  7. Kawan aku meninggal kena gilis kereta cam nie gak le kisahnya. Time subuh nak pegi keje, tetiba hindu tua bawa motor keluar terus dari simpang rumah dia tak tengok kiri kanan dah, kawan aku elak, hindu tua tu jatuh tepi jalan sebab tergeser sikit, member aku jatuh tengah jalan.

    Time member aku merangkak nak ke tepi… kereta belakang gilis tengah pinggang. Meninggal di tempat kejadian.

    Masa mandi mayat, masih ada bekas tayar kereta tengah perut yg langgar dia time subuh tu.

    Kes naya je…!! Huh..!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge