Kes buli, junior, senior

Kes buli, junior, senior

Hari ni aku blogwalking, kerana hasil kajian aku… dua sumber yang membantu menaikkan trafik adalah SEO dan blogwalking, yang lain-lain tu ada juga, tapi dua tu yang utama lah… salah satu yang menarik dalam perjalanan blogwalking aku adalah, aku bila terserempak dengan blogger lelaki yang membawa cerita pasal Senior, Junior dan buli yang menarik minat aku nak share pengalaman pasal kes buli, junior dan senior.

Ok, sekarang ni umur aku dah 30 walaupun muka nampak macam baru 19, tapi hakikatnya aku dah berumur 30, dah berkahwin dan beranak tiga(sila percaya). Sepanjang umur aku ni, memang banyak kalilah merasa jadi senior, dari darjah 1 sampai darjah 5, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 4, dari semester 1 sampai 3 kat poli (tahap pelajaran aku tak tinggi, takat sijil teknologi maklumat politeknik muadzam shah, pahang darul makmur). Dan merasa jadi senior dari darjah 2 sampai darjah 6, dari tingkatan 2 sampai tingkatan 5, dari semester 2 sampai semester 4 (tahap pelajaran aku tak tinggi, takat sijil teknologi maklumat politeknik muadzam shah, pahang darul makmur).

Kalau baca kat page about aku, pengalaman aku bersekolah memang belambaklah… sebab aku sekolah rendah kat empat sekolah rasanya, sekolah menengah tiga sekolah, ipt dua, sepanjang aku sekolah tu, memang kes buli ni ada kat mana-mana tempat aku pergi, aku jarang kena buli dengan senior, selalunya yang membuli aku adalah kawan-kawan sebaya aku… hahahahaha

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,893 times, 5,372,234)

Masa aku awal-awal bergelar budak sekolah menengah (bangga beb, seluar dah tukar warna… dah jadi hijau huhuhu), aku sekolah kat sebuah sekolah kat kolumpo (maksudnya kuala lumpur lah), kat sekolah tu, hasil pemerhatian aku, kat situ ada banyak peringkat status, ada yang miskin, sederhana, dan kaya… antara budak yang kaya kat sekolah tu adalah seorang senior, dia kira agak berpangkat dalam pengakap sekolah. Masa tu tahun 1997 rasanya, dia dah pakai kamera digital… sampaikan kami ni memasing jakun bila tengok dia ambil gambar.

Walaupun kat sekolah tu ada yang kaya, ada yang miskin, tapi tak ada jurang, semua berkawan baik macam status tu tak ada makna. Dan ada satu budaya kat sekolah ni yang dipanggil ‘rumble'(macam tu lah agaknya ejaannya…) yang mana rumble ni berlaku masa selang masa antara 1 kelas dengan 1 kelas yang lain. Menariknya sekolah aku masa tu, biasanya cikgu yang bergerak masuk ke kelas bila sampai waktu subjek dia, contohnya kalau cikgu suraya mengajar subjek matematik, pukul 9:30 pagi adalah waktu matematik bagi kelas 2 setia, maka cikgu suraya akan bergerak dari kelas sebelum tu, 1 jujur ke kelas 2 setia, untuk mengajar matematik. Tapi kat sekolah aku ni, murid-murid yang bergerak dari kelas ke kelas, contohnya pukul 7.40 adalah subjek agama islam ustazah fatin untuk kelas 2 setia, maka  lepas perhimpunan, budak-budak kelas 2 setai akan ke kelas ustazah fatin, pukul 8.50, budak-budak kelas 2 setia akan keluar dari kelas ustazah fatin dan bergerak ke kelas cikgu suraya pulak. dalam perjalanan tu, budak-budak 2 setia ni akan berkumpul di kiri kanan lorong atau kaki lima macam gambar kat bawah ni… sapa yang tahu tu akan join sekali kat tepi, siapa yang leka atau tak tahu, lalu kat tengah, akan disepak kakinya sambil budak-budak yang menyepak akan bersorak ‘rumble’

grafik buli

Tapi apa yang menariknya… benda tu tak pernah pon ada yang cedera teruk, tak ada balas membalas, tak ada report kat cikgu, tak ada isu lah senang cerita.

Masa aku sambung belajar kat sekolah teknik, aku tak tinggal di asrama, aku berulang dari rumah ke sekolah, pagi ayah hantar, balik naik bas, singgah cyber cafe, chat seround, dapatkan nombor awek sorang, lepastu balik rumah. kenal dengan senior ada juga, tapi masing-masing buat hal masing-masing je. tak ada kes buli melibatkan aku.

Habis sekolah, aku belajar kat kolej, boleh baca kat about aku, tak duduk asrama, cuma tinggal kat rumah sewa yang disediakan kolej dengan bayaran RM70 satu kepala, semua housemate same semester dengan aku. tak ada isu buli juga.

Bila aku masuk poli, tulah pengalaman duduk asrama aku yang pertama… sem satu, aku rasa tak ada pulak senior buli aku… mungkin sebab umur aku yang lebih tua dari diorang.

Semester dua pon tak ada senior buli aku, walaupun masa tu aku duduk satu dorm ngan senior-senior yang dikenali dengan keterejalan mereka, tapi diorang ok je ngan aku. Cuma member aku sorang ni ngan sorang senior ni… apa yang tak kena agaknya, senior aku tu cam tak puas hati je ngan member aku, tapi tak adalah pulak sampai jadi kes macam ni

 

kes buli

gambar sekadar hiasan (hasil google)

Tapi masa aku semester dua tu, adalah sorang budak junior (sem 1), agak biadab istilah yang aku bagi kat dia, contohnya macam 1 hari tu, masa kami tengah sibuk dan cemas nak siapkan assignment yang tinggal beberapa minit nak due, dia boleh datang, matikan monitor tu, saya yang tengah berusaha mengatasi had kelajuan menaip saya, terus bangun nak bagi ‘hadiah’ dekat budak biadab tu, tapi kawan-kawan tahan dengan alasan ‘nanti makin lambat kita nak siapkan assignment ni’. Jadi saya sambung menaip balik.

Tapi hujan tak sampai ke petang, perangai budak biadab tu dah lama diperhatikan senior-senior aku yang sebilik dengan aku ni. 31 mac, dah masuk 1 april, aku dengan beberapa kawan lain berjaga lewat tunggu senior kami yang boleh tahan terejal ni yang tak balik-balik kebilik, kami takut bila kami dah tidur nanti di ‘april fool’ kan kami.

Dekat pukul 4 pagi baru senior-senior aku tu balik bilik, masing-masing balik terus tidur, aku dengan kawan-kawan dok pandang satu sama lain. “Tak ada april fool ke?” masing-masing angkat bahu, dalam pukul 4.30 kami tidur.

domain murah

(Visited 141,090 times, 5,372,234)

Esok pagi dengar cerita, malam tu budak biadab tu ditarik ke belakang asrama, dibagi hadiah sorang sikit dan berkesudahan dengan ucapan ‘april fool’. Lepas dari tu barulah budak biadab tu slow sikit. Tapi hadiah yang senior aku tu bagi tak adalah sampai mencederakan budak tu. budak tu boleh je pergi kelas esoknya. Cuma lepas dah kena ‘april fool’ tu baru dia sedarlah yang ada senior kat situ.

Kalau macam kes budak-budak sekarang ni… aku tak tahulah nak cakap macam mana. kurang kasih sayang kot….

Hasil carian :

(Visited 732 times, 5,372,234)

12 thoughts on “Kes buli, junior, senior

    • tula pasal… taipkan assignment ke, caskan telefon ke kan? ni melampau sangat… buat budak junior kenal sape senior sudah… xyah lelebih la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge