keputusan liga super Malaysia

Ini kalau mak aku nampak la ni, mesti beliau gelak berdekah-dekah sambil nak bukak link ni sambil berkata, “apa sawan la yang melanda anak aku ni tetibe minat bola siap buat post blog keputusan liga super Malaysia la, kedudukan liga super Malaysia semua ni?”

Sebabnya, tak tahu kenapa saya tak minat bola sepak, apatah lagi nak ambil tahu pasal keputusan liga super Malaysia ataupun kedudukan liga super Malaysia. Mungkin sebab saya jenis tak suka benda yang ramai sangat orang suka kot. Atau… mungkin sebab ada banyak lagi pilihan sukan lain yang boleh dipilih.

keputusan liga super Malaysia

Malah, kalau saya tengok permainan snooker pun saya tak mengantuk. Tapi, saya pernah dibawa pergi ke stadium, untuk menonton perlawanan Selangor melawan Kelantan, di kala orang sekeliling bersorak, saya boleh menguap. Sadis tak?

Tapi kenapa saya nak menulis pasal keputusan liga super Malaysia dan kedukan liga super Malaysia ni sedangkan saya kata saya tak minat tengok bola?

Untuk fakta, isteri saya lebih berminat tengok bola sepak berbanding saya. Masa di awal perkenalan kami, saya selalu lah bawa dia pergi kedai mamak untuk dia tengok Piala Dunia.

Lebih menarik lagi, dia siap bawa jadual perlawanan bola sepak, lepas tengok tu, dia dia update dalam tu.

Saya pula? Saya cari kedai mamak yang menyediakan free wifi, so saya boleh buat kerja dalam tu, kalau tak, mau tertiarap kemengantukan kat situ.

Cerita di sebalik Keputusan Liga Super Malaysia

Ok, kenapa menulis tentang keputusan liga super malaysia dan kedudukan liga super malaysia? Sebab tagline blog ni, blog peribadi yang best. Belum sampai ke tahap tu pun, tapi cuba untuk mencapai target untuk jadi blog peribadi yang best tu.

So, dalam usaha untuk mencapai target tu, saya cuba meluaskan cabang penulisan, termasuk benda yang bukan minat saya, jadi, bila orang seach, dengan harapan, blog saya tersenarai dalam keputusan carian.

Sebab tu dalam entri di sayablogger.com, saya ada cadangkan guna nama sendiri untuk domain, jadi, harapan untuk menulis pelbagai niche tu tinggi, lepas tu create la blog-blog lain yang ada niche tersendiri dan linkkan blog utama anda, macam saya ni, blog utama saya, alongxp.com ni.

Walaupun taglinenya blog peribadi yang best, tapi blog ni lebih menjurus ke arah Teknologi dan lebih formal dan berhemah berbanding blog saya bukan cikgu yang memang peribadi dan lebih santai. Blog tu pula saya kurang menekankan bahagian Teknologi.

Macam dah meleret pula kan? Tajuk  pasal keputusan liga super Malaysia dan kedudukan liga super Malaysia, tapi dah meleret cerita pasal blog pula.

Yelah… saya dah berblog selama 12 tahun, dalam otak ni sentiasa fikir pasal blog je, nak tulis apa, nak baiki apa. Sebab tulah saya cipta sayablogger.com, dengan niat nak berkongsilah ilmu blogging yang tak seberapa ni.

Saya nak kongsi sikit pasal Fakta Liga Super Malaysia ni.

Liga Super Malaysia ni di bentuk pada 2004 atas keputusan FAM untuk menswastakan liga ni juga dikenali sebagai Dunhill Liga Super.

Bermula dengan 8 kumpulan iaitu :

  1. Pahang
  2. Selangor Public Bank
  3. Perlis
  4. Perak
  5. Penang
  6. Sabah
  7. Sarawak
  8. Kedah.

Perlawanan pusingan pertama Liga ni adalah pada Valentines Day tahun tu diantara:

Perak vs Pahang – 0 vs 0

Perlis vs P.Pinang – 2 vs 1

Kedah vs Selangor Public Bank – 3 vs 4

Sabah vs Sarawak – 3 vs 1

Pusingan Kedua pada 21 Febuari 2004 diantara :

Pahang vs Sabah – 4 vs 2

Selangor Public Bank vs Perak – 1 vs 1

Penang vs Kedah – 3 vs 2

Sarawak vs Perlis – 1 vs 1

Pusingan ke tiga diantara :

Perak vs Penang – 4 vs 0

Pahang vs Selangor Public Bank – 2 vs 1

Kedah vs Sarawak – 2 vs 2

Sabah vs Perlis – 4 vs 1

Dia sampai 21 Pusingan, lebam pulak kalau nak senaraikan semua pusingan kan? Kesudahan bagi liga super Malaysia pertama tu dimenangi Pasukan Pahang. Dan penjaring terbanyak pun dari pasukan Pahang juga iaitu Indra Putra Mahayuddin dengan 15 jaringan Gol.

Untuk Liga Super Malaysia 2018 ni, Indra Putra Mahayuddin main untuk pasukan Selangor dan…. dah kena kad merah masa game bulan 7 hari tu.

Dan untuk Liga Super Malaysia 2018 ni, sebanyak 12 pasukan menyertai liga ni.

Kalau anda nak tahu keputusan dan kedudukan liga super Malaysia, anda bolehlah ke laman web www.kitajuara.my, kat situ ada beberapa senarai keputusan perlawanan / liga bola sepak Malaysia.

senarai liga bola sepak

Kalau anda tekan link keputusan liga super Malaysia ni, anda mungkin akan jumpa paparan macam ni.

kitajuara.my fixtures

Jangan panik, jangan pelik… Nampak tak tab results sebelah Tab Fixtures tu? tekan yang tu. Maka akan terpaparlah keputusan macam ni.

keputusan liga super

Kalau tengok senarai kedudukan pasukan kat bawah ni pulak, nampaknya JDT mendahului dengan 59 mata, meninggalkan Perak dengan perbezaan 23 mata.

kedudukan liga super MalaysiaSaya ni orang Johor… Seharusnya saya sokong JDT la kan? Saya tak cakap yang saya tak sokong JDT, cuma… saya macam malas nak tengok JDT main. hahahaha…

Sebab bila saya tengok je sama ada JDT kalah, atau keadaan yang boleh saya katakan… baik tengok budak sekolah rendah main. hehehehe…

Tapi apa yang best pasal team JDT ni, saya suka tengok jersi mereka, dan yang paling saya suka pasal JDT, semangat penyokongnya… Bukan sebab kawan saya ada dalam BOS tu, tapi sebab semangat mereka tu saya nampak unik.

Kalau anda antara golongan yang masih berminat dengan bola sepak Malaysia, bolehlah ke laman Web kitajuara.my. Bukan sekadar markah je ada di situ, berita berkaitan bola sepak yang lain macam pun ada.

berita liga super malaysia

Highlight macam “Gol sendiri” ni pun ada.

Video Gol Sendiri

Tiada ku sangka, pemain profesional pun termasuk gol sendiri… so takdelah saya rasa malu sangat… hahaha.

Tapi andai katalah… anda lebih suka untuk akses sesuatu menggunakan app berbanding browser, tak jadi masalah. Download app kita juara ni melalui link dibawah.

Download (untuk pengguna iPhone)

Download (untuk pengguna Android)

Macam-macam benda ada kat dalam tu.

highlight liga super malaysia

Ada highlight dari perlawanan-perlawanan termasuk yang tak disiarkan secara live di tv3 dan tv9.

kedudukan liga super

Kedudukan Liga Super Malaysia pun ada juga.

Keputusan Liga Super Malaysia pun ada juga.

Orang kata, semuanya dihujung jari je. So, tak perlu rasa gundah-gulana kalau tak sempat nak tengok game malam sebelum tu. Semuanya di hujung jari je sekarang ni. Jadi dah tak perlu bersusah-payah dah sekarang ni.

Saya tak tahulah kalau orang betul-betul minat bola macam mana, boleh ke mereka menghadap tv sekurang-kurangnya 90 minit berterusan je? Saya ada seorang kawan, yang memang minat bola, malah dia juga pernah jadi jurulatih bola. Dia pun sangat jarang tonton perlawanan penuh.

“aku tengok highlight je” kata dia.

So, boleh la kita ajak dia buka web kitajuara.my ni atau boleh juga install app kitajuara tu. Lagi puas kot kalau buka web. Cuba korang buka tengok macam mana, lepas tu komen kat sini.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara (masih guna ke slogan ni?)

 

alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Archives

×