kenangan…

korg pernah dgr lagu ni? Dayang Ku Intan & Jay Jay – Kita Insan Biasa… aku xtau la budak-budak skarang tau ke x,tapi sape2 yg sebaya aku atau lebih tua mesti tau lagi ni… top gak la lagu ni kan? aku td tengah pilih lagu nk masukkan dalam memori kad,nk letak balik dalam kereta, memori kad tu aku guna masa ada job baru nih… so skang nk masukkan balik la… tengah dok pilih2, ternampak la lagu ni… terus teringat kat seseorang… sorg gadis dan kemudian jd wanita yg pnh hidup ngan aku, kitorg pnh nyanyi lagu ni(melalak sbnrnye) ms naek motor otw balik ke kluang, n tiap2 kali aku lalu tempat tu kat highway,aku mesti teringat kat die, wlaupn die da kawen,n bakal jd mak lagi skali ngan suami baru die,n aku pon da ada gf skang, aku xkn pnh lupekn die,syg tu tetap akan ade wlaupun secubit kat dlm ati aku nih… tambah2,ngan die dulu,2 hero dah kami “publish”, muhammad andi haikal dan muhammad andi hazim, sampai la beberapa generasi akan datang, tu la bukti kasih syg aku… aah…da mule masuk mode jiwang+sentimental+tacink dan sbgnye dah… ok… jom same2 nyanyi lagu nih…

Jay Jay & Dayangku Intan

Kita Insan Biasa

( P )
Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu…

( 1 )
( L )
Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu…

( P )
Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan

( L )
Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa…

( ulang dari 1 )

( P )
Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
( L )
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa…

(Visited 34 times, 5,376,325)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge