Kelemahan Whatsapp berbanding Telegram

Penat dah nak terangkan kenapa saya lebih suka guna telegram, jadi saya buat entri Kelemahan Whatsapp berbanding Telegram ni, supaya mudah untuk saya jawab atau terangkan kenapa kita perlu menggunakan Telegram sebagai aplikasi utama untuk menghantar mesej berbanding Whatsapp.

Kelemahan Whatsapp berbanding Telegram

1.Buta IT.

Bukan menghina… tapi ni hakikat yang saya nampak… beberapa tahun lepas, saya pernah terdetik nak tulis pasal buta IT ni, masa tu saya rasa zaman ni dah tak ada dah orang yang buta IT sebab masing-masing boleh online.

Tapi hakikatnya, walaupun ramai yang boleh online, tapi mereka ibarat berjalan ditengah bandar yang asing tanpa mengetahui dimana mereka berada, macam mana mereka boleh sampai sana.

Orang pakai Whatsapp, tapi mereka tak tahu yang kalau mereka nak format telefon tu, mereka perlu backup pangkalan data whatsapp tu. Ok, tu mungkin bukan situasi terburuk sebab whatsapp dah boleh backup benda-benda tu semua kat google drive… lega rasanya kan?

Tapi berapa ramai pakcik makcik yang guna whatsapp tau apa itu google drive?

google drive

Betapa ramainya manusia atau lebih tepat lagi, pengguna whatsapp yang tak tahu yang mereka ada akaun google. Sebab semua tu disetupkan oleh ‘orang kedai’ atau anak atau jiran atau orang lain.

Bila tukar telefon atau format telefon atau telefon rosak atau lebih malang lagi, telefon hilang, habis hilang semua perbualan di whatsapp tu.

Tu yang keluar status kat fb ke twitter mintak whatsapp balik perbualan dulu. Itulah Kelemahan Whatsapp yang orang tak sedar-sedar juga.

Ini semua tak terjadi di Telegram… Telegram tak pernah jadi satu benda yang merisaukan saya kalau saya nak format telefon, format je, install balik, masukkan nombor telefon, segala conversation ada semula siap boleh dapat balik apa yang saya tak sempat baca sebelum saya format.

Berbanding dengan whatsapp, dia akan kembali kepada keadaan masa kita backup. Kalau ada mesej yang masuk selepas kita backup dan sebelum kita format, pasti mesej tu akan hilang. Padan muka kau hahahaha

2. Tak tahu punca.

Whatsapp group, bila orang add, kita tak dapat tengok dan tak tahu apa yang ahli lain bualkan sebelum kita join group tu. tu lagi satu Kelemahan Whatsapp berbanding Telegram.

Berbanding dengan telegram, kalau group biasa, kita boleh set sehingga 300 mesej sebelum kita join.

Kalau supergroup, kita boleh tengok balik mesej sejak group tu ditubuhkan/ sejak group tu jadi supergroup.

Jadi, orang yang baru join group telegram tidaklah terpinga-pinga, dan ahli group tak perlulah nak forward balik mesej-mesej terdahulu.

Lagi 1, jenis forward. Kita tak tahu dia forward dari siapa, cuma ada tulis forwarded je. Kalau kat telegram, terpapar nama siapa yang forward. Jadi kita yakin tiada penipuan disitu.

4. 1 Telefon sahaja.

Kita hanya boleh guna Whatsapp secara sah hanya pada 1 telefon dan 1 Komputer sahaja pada satu-satu masa. Berbanding dengan Telegram, kalau anda ada 10 telefon sekali pun, anda boleh guna Telegram dengan nombor yang sama pada semua telefon tu. Begitu juga dengan pc, gunalah di seberapa banyak pc yang anda ada.

Had telegram hanya pada secret chat. Hanya 1 telefon sahaja boleh guna secret chat, telefon lain tak akan terima mesej di secret chat tu.

5. Synchronization yang tak berapa efektif.

Anda seorang yang biasa buat kerja depan skrin komputer, ada tak berapa ada masa nak pegang telefon. Jadi anda guna whatsapp desktop atau whatsapp web.

Tapi semua tu sia-sia kalau telefon anda habis bateri atau tak connect dengan internet. Sebab whatsapp web atau whatsapp web tu ibarat cermin kepada telefon anda je.

Berbeza dengan Telegram… telefon pecah ke mati ke, anda masih boleh guna telegram dengan nombor yang sama di pc atau telefon lain.

6. Tak boleh edit mesej yang dah hantar.

typo whatsapp

Ni punca member selalu kena bahan jari gemuk sebab salah taip. kalau kat telegram, boleh edit balik mesej yang ada kesalahan ejaan tu.

kelemahan whatsapp dikala typo

6. This message was deleted.

kelemahan whatsappthis message was deleted

Dah delete tu, dah la… nak bagitahu nak buat apa? tu semua punca gaduh… kalau kat telegram, dah delete, dah… tak ada jejak. Habis cerita.

7. Sticker.

Korang bergembira dengan sticker yang whatsapp baru lancarkan? Kami pengguna telegram dah bertahun dah bermain dengan sticker.

Kelemahan Whatsapp bab sticker ni. Anda perlu install app sticker tu baru boleh guna. Kalau anda isntall app yang untuk masukkan gambar sendiri, kalau anda format telefon, habis sticker tu.

Kalau telegram, dah add sticker tu, sampai mati sticker tu ada dalam senarai sticker anda, install la Telegram kat mana-mana peranti anda, pakej sticker tu ada sekali.

8. Makan ruang storan.

Tang ni yang paling menyampah ni. Penuh galeri dengan video dan gambar dari whatsapp, kalau delete dari telefon, akan datang kalau kita nak tengok balik, walaupun dari whatsapp, dah tak dapat dah. kena minta orang lain hantar balik.

Berbanding dengan Telegram, dia gunakan sedikit sahaja ruang untuk cache media. Kalau kita clearkan cache tu, bukanlah satu masalah. Sebab semua gambar tersimpan di server telegram, kita boleh tengok semula bila-bila masa melainkan kita set untuk delete dari server telegram setelah mencapai satu masa.

Ok, itu SAHAJA Kelemahan Whatsapp yang dapat saya kongsikan kali ni.

Hasil carian :

Alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

5 thoughts on “Kelemahan Whatsapp berbanding Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge