Karangan keluarga saya untuk blogger

Karangan keluarga saya

Karangan keluarga saya yang kita buat masa sekolah dulu boleh jadi sangat bermanfaat pada anda sekarang.

Jangan sangka anda dah habis sekolah dah berbelas, berpuluh tahun, benda macam karangan keluarga saya tu tak ada faedahnya.

Kalau sebelum ni, anda cerita pasal diri anda macam yang saya kongsikan dalam entri baru buat blog, nak tulis cerita apa pula?.

Untuk entri ke 4 atau mungkin yang seterusnya, cuba kongsikan cerita pasal keluarga anda, disini permulaan dalam dunia blogger anda.

karangan keluarga saya

Mula belajar menulis entri dengan ejaan penuh dan betul, mula belajar untuk buat cerita yang panjang, dan karangan keluarga saya adalah permulaan yang baik untuk ini.

Ceritakan tentang ibu bapa anda, kalau boleh cerita dengan terperinci sehinggakan pembaca boleh membayangkan ibu bapa anda, mana yang terlalu peribadi tu, boleh simpan je.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Ibaratkan anda pergi ke sesuatu majlis kawan anda bersama ibu bapa anda, anda memperkenalkan ibu bapa anda kepada kawan anda, bayangkan apa yang kawan anda lihat dan dengar, itulah yang anda boleh ceritakan dalam blog.

Jika anda dah berkeluarga, cerita pula pasal keluarga anda, encik suami, puan isteri, si abang anak sulong, si kakak anak nombor dua, si kembar anak nombor 3 dan empat yang kembar lelaki perempuan dan harith si bongsu yang keje nak mintak dukung je walaupun umur dah nak masuk 3 tahun.

Kalau dalam entri sebelum ni anda cerita sikit pasal keluarga anda dan lebih banyak cerita pasal anda, untuk ” karangan keluarga saya ” kali ni banyakkan cerita pasal keluarga anda dan kaitkan sikit je pasal diri anda.

Mula belajar macam mana nak masukkan gambar. Untuk permulaan ni, cuma belajar je masukkan gambar, jangan serabutkan kepala anda dengan tag atau sebagainya, nanti anda hilang semangat yang tengah membara untuk berblogging tu.

Benda-benda tu akan anda pelajari mengikut masa dan keseronokan berblogging. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya berblogging.

Kalau karangan pasal keluarga anda terlalu panjang, pecah-pecahkan kepada beberapa entri dan belajar untuk buat pautan ke antara satu entri dengan etri sebelumnya.

Selamat berblogging

Hasil carian :

alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

You may also Like

10 Comments

  1. Entri tulisan tangan (ETT) ke 6 - Alongxp.com

    15th Apr 2015 - 1:24 pm

    […] Cerita penuh […]

  2. Dalilayusof

    31st Mar 2015 - 9:30 am

    Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. bukan tak de idea nak menulis, kadang2 sebab kita ni terlalu nak perfect..he2
    Dalilayusof kata cerita ni best –>>Perkembangan Maisara.

  3. diana

    30th Mar 2015 - 4:48 pm

    yang ni saya rasa macam tak boleh buat…sebab saya ini kalau bab keluarga suka sembunyi2 sikit.paling kuat nak cerita pun pasal anak saya je…tapi kalau pi blog orang saya suka baca cerita tentang keluarga diaorang..eheheh
    diana kata cerita ni best –>>ANAK CHE TA DAN ZAIN DAH JADI ARTIS

    • Alongxp

      30th Mar 2015 - 8:09 pm

      ni cadangan untuk blogger baru, awak tu entri dah berpuluh ribu…

  4. MNH

    27th Mar 2015 - 12:37 pm

    Tips yang bagus untuk bakal.blogger baru yang tak tahu nak tulis apa dalam blog dia.
    MNH kata cerita ni best –>>HIDUP LELAKI MUSNAH KERANA CINTA SEORANG PEREMPUAN (Bahagian dua)

  5. mrhanafi.com

    26th Mar 2015 - 5:35 pm

    saya rasa memang nak tulis tentang keluarga juga lepas nie..
    mrhanafi.com kata cerita ni best –>>Promosi BestMobile Untuk Jana Pendapatan

  6. Ummi Hanie

    26th Mar 2015 - 3:24 pm

    blog sy genre personal… so memang banyak pasal keluarga… 🙂
    Ummi Hanie kata cerita ni best –>>Pizza Hut Big New Year Box

  7. Aretikz

    26th Mar 2015 - 6:27 am

    Setakat ni, aku ada juga tulis dulu sal mak aku.. hehe.. menarik juga idea ni.. hehe
    Aretikz kata cerita ni best –>>The Chronicle Of Gunting Kuku

  8. zazazehra

    26th Mar 2015 - 1:34 am

    hehe…jarang cite tentang family kat blog..
    zazazehra kata cerita ni best –>>JBT Sebagai Pakej Pelancongan Pilihan Ke Jepun

  9. blogger lelaki

    25th Mar 2015 - 8:55 pm

    tiba-tiba teringat balik tajuk karanagn zaman sekolah dulu2..hahaha
    blogger lelaki kata cerita ni best –>>Jom Mengundi MSMW2015, Undi adalah Rahsia

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Archives

×