Jenis dan perbezaan mouse

Bila kata jenis dan perbezaan mouse, biasanya orang akan sangka jenis mouse berwayar dan wireless mouse. atau mouse bola dengan optical mouse.

Memang tak salah semua tu. Tapi hakikatnya banyak lagi jenis mouse dan dalam entri ni saya akan kongsikan perbezaan antara mouse-mouse tu.

Mouse mekanikal:

Mouse mekanikal ni juga orang panggil mouse bola atau mouse guli sebab ianya menggunakan bola untuk mengesan pergerakkan titik paksi x dan y seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah.

mouse bola

Perbezaan ketara pada mouse ni, pada sayalah… bola tu sendiri… ada kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihannya, saya suka feel pergerakan tu.

Kekurangannya, nak kena rajin bersihkan bola tu, kalau tak pergerakkannya akan tersangkut-sangkut dan tak tepat.

Optical Mouse :

Dulu ada orang panggil laser mouse sebab dulu memang ada laser mouse yang mana kelebihan laser mouse ni dia boleh digunakan atas permukaan berkilat macam kaca.

Agak susah nak membezakan antara optical mouse dengan laser mouse sebab secara luarannya nampak sama. Dan saya tak pasti sekarang ni mouse-mouse yang dijual dipasaran hanya optical mouse atau laser mouse atau optical+laser mouse.

optical mouseSebabnya saya tengok walaupun lampu led bawah tu dah rosak, tak menyala, mouse tu masih boleh digunakan dan kebanyakan mouse sekarang boleh digunakan diatas permukaan berkilat macam kaca dan plastik.

Apa yang pasti, kelebihan bagi optical mouse / laser mouse ni, tak perlu nak bersihkan bola macam mouse mekanikal.

Kekurangannya, kebanyakkannya tak tahan lama, sekali dah ada masalah, memang terus buang je.

 

Infrared(IR) atau radio frequency wireless mouse:

Saya tak pernah jumpa yang IR mouse ni, biasanya saya jumpa dan kebanyakkan yang dijual sekarang adalah radio frequency wireless mouse sebab tertulis 2.4Ghz .

wireless mouseWireless mouse ni memerlukan kuasa dari bateri untuk beroperasi. Dan bateri tu dipasang pada mouse tu sendiri. Manakala reciever (benda usb yang kecil tu) tak memerlukan kuasa sebab dipasang pada usb. USB port tu sendiri ada kuasa.

Biasanya wireless mouse ni jenis optical mouse, tapi saya pernah jumpa wireless mouse jenis bola. Mungkin orang yang beli tu jenis macam saya agaknya, dia lebih suka feel pergerakan bola tu.

 

Mouse dengan banyak butang:

mouse main gamemouse corsair banyak butangmouse banyak butangperbezaan mouseBiasanya mouse yang banyak butang ni adalah mouse untuk main game.. tapi tak menjadi kesalahan untuk digunakan bukan untuk main game.

Sebab setiap butang tu boleh diprogramkan fungsinya.

Perbezaan mouse biasa dengan mouse untuk main game adalah dpi nya. Mouse biasa biasanya mempunyai dpi antara 400 hingga 800 dpi, manakala mouse untuk main game biasanya lebih dari 800 dpi, ramai orang pakai 1200 dpi ke atas.

Sebab mereka nak bergerak laju, dan bergerak dengan jarak yang banyak tanpa perlu sapu keseluruhan meja.

Mouse jenis ni tak susah untuk dijumpai, kecuali mouse-mouse macam dalam gambar kat atas. Mouse ada banyak button ni bukanlah alien sangat, kat mana-mana pun ada jual, cuma kita tak perasan je.

Ada sesetengah orang main beli je mouse, sampai dia tak perasan pun yang mouse dia ada butang lebih.

Trackball Mouse:

Yang ni yang saya teringin nak beli… tapi disebabkan harganya lebih mahal dari biasa, jadi… saya tangguhkan dulu niat nak beli mouse jenis ni.

trackball mouseAnda mungkin fikir ianya berfungsi macam mouse mekanikal, tapi sebenarnya tak…

Kalau trackball zaman dulu mungkin ye, tapi mouse trackball sekarang menggunakan sensor optik yang mengesan titik-titk pada bola tu.

Mouse trackball ni boleh duduk setempat je. Sebab kita cuma perlu gerakkan bolanya sahaja.

 

Stylus mouse:

Kalau ikut istilah buku, dia akan kata lebih kurang macam ni. Satu lagi mutasi tetikus yang digemari oleh para artis (pelukis khususnya) adalah stylus mouse, yang mana ia kelihatan seperti pen dan dilukis pada satu pad khas.

Senang cerita, sekarang kalau anda nak cari di laman web atau app shopping online, cuba cari drawing tablet.

Kalau dulu, brand yang paling dikenali dan paling boleh diharapkan adalah jenama Wacom dengan model paling popular, Wacom Bamboo. Tapi harga masa tu, memang boleh menangis kalau nak beli…

Tapi sekarang dah banyak syarikat lain yang keluarkan Stylus mouse ni. Anda boleh search drawing tablet di lazada atau shopee atau 11street. Tapi untuk kegunaan profesional atau lebih memuaskan, memang wacom jugalah kot jadi pilihan.

Saya sendiri pernah beli yang brand lain… ada saya ceritakan dalam entri lukisan digital.

drawing tabletTapi lepas tu saya dihadiahkan wacom intuos oleh kawan saya sebab saya dapat meneka masalah sebuah PC dengan betul. Malah, saya gunakan wacom intuos ni untuk buat gambar featured image tu.

stylus mouse

Stylous mouse ni sebenarnya macam mouse juga, anda boleh guna untuk gerakkan cursor, klik sana sini. Kelebihannya adalah pergerakkannya untuk melukis adalah lebih lancar dan tepat berbanding menggunakan mouse biasa.Saya dah guna banyak kali, jadi saya tahu perbezaannya.

Sekarang ni dah ada banyak dah revolusi benda ni, siap ada yang kita boleh guna terus pada skrin.

 

3D Mouse:

3dconnexion mouse3d mouseYang ni bukan semua orang guna. Perbezaan mouse ni… ianya selalunya tak menggantikan mouse yang ada, tapi ia mouse tambahan. Mouse ni sangat sesuai untuk orang yang buat kerja 3D macam kerja arkitek dan animasi. Mereka yang biasanya guna AutoCAD, Maya dan sama jenis dengannya.

Mouse 3D ni memudahkan mereka yang buat kerja 3D ni untuk melihat dan meneroka dari semua paksi x, y, z, alif, ba, ta dan segala huruf paksi yang ada.

Ok yang ni yang terakhir.

Wireless Air Mouse:

Yang ni yang paling saya suka. Saya pun baru tahu memang ada benda ni… hehehe… Selama ni saya mengharapkan benda ni wujud, tapi bila search, macam biasalah, lain dicari, lain yang dijumpa.

Anda boleh tengok demo bagaimana air mouse ni beraksi.

 

Mouse ni menggunakan gyroscope (benda yang sama ada dalam smartphone kita) untuk mengesan pergerakan kita. model yang ditunjukkan ni ada dijual dishopee. C120 2.4GHz 3D Somatic Handle Wireless Air Mouse+QWERTY Keyboard+Remote Control.

Yang ni sangatlah sesuai untuk digunakan dalam presentation atau untuk digunakan dalam kelas.

Harap adalah yang hadiahkan saya mouse ni untuk hari jadi saya nanti… eh… hari ni lah birthday saya. hehehehe

Perbezaan mouse.

Perbezaan mouse-mouse yang saya tunjukkan kat atas ni adalah satunya revolusi teknologi, keduanya… perbezaan mouse-mouse ni adalah mengikut keperluan pengguna mouse tu sendiri.

Kalau orang biasa, mouse biasa, orang main game, gaming mouse untuk mereka yang selalu main game, stylous mouse

 

alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

You may also Like

3 Comments

  1. Khairul Zamri

    14th Sep 2018 - 11:05 pm

    Banyak juga fungsi mouse ni saya beli dan guna yang mana mudah untuk digunakan dan boleh guna lama saja

    • Alongxp

      15th Sep 2018 - 9:53 am

      Kita sebagai penulis, memang mouse yang macam tulah yang kita biasanya nak

  2. Azwan

    13th Sep 2018 - 2:57 pm

    Kalau zaman saya belajar dulu, 3D mouse tu kami panggil ‘trackball’ . Sebiji sfera bulat sebesar bola tenis, brand logitech. Amat membantu semasa belajar autoCAD.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Archives

×