Jangan Upah Saya

Yup, jangan upah saya untuk buatkan anda laman web atau blog untuk anda atas sebab-sebab yang berikut.

Anda tidak kenal sesiapa yang pernah berurusan dengan saya.

Tidak bersedia untuk membayar upah yang mahal. Anda mahu beli Ferrari tapi anda mahu membayar pada harga kancil.

Saya bukan seorang pakar buat laman web. Saya hanyalah seorang yang sering menimba pengalaman dan masih menimba pengalaman dan belajar dalam bidang ini.

Bagaimanapun… harga upah saya bukanlah murah… anda boleh jumpa mereka yang mengambil upah membina laman web yang jauh lebih murah dari saya.

Tetapi, tidaklah terlalu mahal (bergantung pada budget anda). Ini kerana saya hendak menjaga market perniagaan ini, atau lebih jelas lagi, saya tidak mahu memberi persaingan tidak sihat dengan pembina laman web yang lain dengan membuang harga.

Jadi, adakah anda bersetuju untuk upah saya buatkan anda laman web / blog?

YaTidak




TiadaAda