Ingat Matta Fair, ingat Traveloka Saleabration

Kenapa bila saya kata Ingat Matta Fair, ingat Traveloka Saleabration jugak? apa kaitan Matta Fair dengan Traveloka Saleabration? Ramai orang tau pasal Matta Fair 2019 (ada ke yang tak tahu?) tapi korang tau tak pasal Matta Fair Promo atau pasal Traveloka Saleabration? ada kaitan ke semua tu?

matta fair
gambar hasil carian google, credit to owner

Jawapannya adalah….

Tidak ada kaitan secara lansung. Secara siaran tertunda juga mungkin tak ada kaitan. Tapi Matta Fair Promo ni satu pilihan yang terbaik bagi mereka yang teringin sangat nak pergi Matta Fair 2019 yang akan berlangsung dari 15 mac sampailah 17 mac nanti kat PWTC.

matta fair 2019 kl

Tapi andai kata, korang tak sempat nak manage nak pergi pada tarikh tu, jangan risau, ada lagi pada 5 april sampai 7 april kat setia spice arena Pulau Pinang.

matta fair penang

Umak aih… jauhnye…

Jangan risau abang-abang, kakak-kakak, makcik-macik, pakcik-pakcik, adik-adik sekali. Jarak bukanlah satu isu bila anda semua ingat akan Traveloka. Sebab tulah saya kata, Ingat Matta Fair, ingat Traveloka Saleabration. Sempena matta fair 2019 ni, traveloka cuba untuk membantu mereka yang jauh untuk mendekatkan diri kepada matta fair dengan promosi dan diskaun yang bukan biasa-biasa melalui promosi diorang yang dinamakan Traveloka Saleabration ni.

traveloka saleabration

Kempen matta fair 2019 promotion package yang ditawarkan melalui Traveloka Saleabration menawarkan diskaun yang pastinya buat anda semua tak fikir 2 kali lagi dah, terus nak sambar je.

Fokuskan fikiran korang untuk sampai ke matta fair tu je. Bab flight, hotel apa semua, biar Traveloka kasi kawtim. Sebab, traveloka ni dia all in one app, mudah dan yang paling penting, part ni yang paling orang suka. Harga dia jujur, takde cas tersembunyi, kalau anda nak itu, harga tulis macam tu, itulah dia.

So, takdelah korang risau bila nak naik flight nak kena bayar lagi, nak check in nak kena bayar lagi, nak check out nak kena bayar lagi apa semua, bila anda dah book, anda dah bayar, dah… sediakan diri dan keperluan untuk travel je. Tak kiralah nak pergi matta fair tu ke, nak balik kampung ke nak bercuti ke.

Sebab macam saya cakap tadi, traveloka ni all in one app, boleh guna untuk book flight, book hotel dan macam-macam lagi. Jadi, kalau anda nak guna untuk memenuhi keperluan anda nak balik kampung pun boleh, nak pergi hantar pengantin ke hantar orang bertunang ke, boleh… nak guna untuk bercuti pun boleh. Malah, kalau atas dasar urusan kerja atau perniagaan sekali pun sangat-sangatlah boleh (lagi bagus sebenarnya, boleh jimat banyak kat situ).

traveloka saleabration

Kalau anda lihat dalam app ni, anda boleh lihat yang perkhidmatan pergi balik ke airport pun tersedia dalam aplikasi ni. Jadi tak payah nak guna atau bayar kepada beberapa pihak untuk satu perjalanan atau percutian anda.

Kiranya, kalau anda nak bercuti, anda tak perlu dah nak risau pasal perlu berurusan dengan banyak pihak bila anda merancang nak handle sendiri percutian anda tanpa melalui ejen pelancongan. Kiranya anda nak travel secara sendiri, dan anda tak nak bersusah payah nak berurusan dengan pihak A untuk transport, pihak B untuk penerbangan dan pihak C untuk penginapan.

Anda cuma perlu berurusan dengan pihak Traveloka je… settle semua masalah, anda cuma menikmati percutian dan perjalanan anda ikut tekak sendiri je. Tak best ke gitu? Tambah-tambah kalau anda jenis backpackers atau solo traveler, tak suka ikut plan orang, anda nak bergerak ikut rasa sendiri je.

Bukanlah saya nak kata kalau travel guna agensi pelancongan tu tak bagus, cuma… biasanya kalau dengan agen pelancongan ni, mereka dah sediakan jadual percutian.

Contohnya anda pergi ke spot A, kat situ diperuntukan 1 jam. Macam saya, saya suka ambil gambar… kadang-kadang leka sampai makan masa 3-4 jam kat satu tempat tu disebabkan pemandangan atau suasana kat situ yang sangat mempersonakan sampai beratus keping gambar diabadikan.

Kadang-kadang ada waktu tertentu, contohnya pemandangan terbit dan terbenam matahari, nak dapat moment tu bukan mudah… jadi kena bersedia lama kat situ.

Selalin tu, antara benda yang susah nak dapat adalah cahaya matahari yang masuk dicelah-celah bangunan atau dicelah awan tu kadang-kadang boleh jadi sangat menarik, itu yang kadang-kadang, dah masuk kereta, dah start enjin pun boleh keluar balik sebab nak ambil gambar.

awan
gambar 10 tahun lalu… nak kata berjaya macam tak, nak kata gagal pun macam tak berapa

Itu kalau bergerak solo.

Kalau bergerak dengan keluarga pula… macam saya dan isteri, kami suka tempat bersejarah, ditambah pula saya suka ambil gambar, isteri saya pula suka baca penerangan. Lepas tu kami berdua akan gabungkan minat masing-masing tu dan kami mula (acah-acah) mengkaji tempat atau benda bersejarah tu.

Anak-anak? Pastinya main… kalau mereka dah sangkut kat tempat main, sejam mana cukup… tambah-tambah budak… dia mana tahu penat, bila dia penat, dia terus tidur, bangun tidur je sambung main lagi.

Tambahan pula saya ni jenis 2 perkara yang saya susah nak tolak permintaan anak-anak saya.

1.Main

2. makan

Kalau mereka nak main, saya susah nak kata tak boleh, malah saya galakkan lagi sebab tu membantu perkembangan otak.

kalau bab makan pula… yang ni kalau nak cerita, memang boleh jadi satu lagi entri.

Sebab tu saya lebih gemar kalau dapat bergerak sendiri, bukan ikut orang atau kumpulan atau rombongan. Jadi, traveloka memang satu pilihan yang sangat sesuai dengan saya.

Lagipun traveloka ni selalu buat promotion. Nak lagi best, install app dia, belek hari-hari… pasti akan ada masa yang diskaun dia macam tak masuk akal, tapi itulah rezeki namanya.

So ingat… ingat travel, ingat traveloka, Ingat Matta Fair, ingat Traveloka Saleabration

Alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge