Idea bahan untuk blogger baru

Idea bahan untuk blogger baru

Carik idea bahan untuk blogger baru? Jangan kata blogger baru, blogger lama yang dah dekat 10 tahun blogging macam saya ni pon selalu ketandusan idea, sebab tu tak popular kot. hehehe.

Entri ni adalah sambungan entri dua hari lepas iaitu Permulaan dalam dunia blogger, yang mana didalam tu saya kongsikan apa yang nak ditulis untuk entri pertama (kalau anda betul-betul belum ada idea nak tulis apa).

Ok, cukup dengan pengenalan, kita sambung cerita. Saya nak kongsi pendapat saya untuk idea bahan untuk blogger baru.

idea bahan untuk blogger baru

Untuk entri kedua atau mungkin yang seterusnya, idea bahan untuk blogger baru yang saya cadangkan adalah tentang diri anda.

Saya cadangkan buat tajuk siapa saya sebenarnya. Cerita pasal diri anda, pengenalan tentang diri anda, nama anda yang anda nak pembaca blog anda kenal. Contohnya macam saya, saya nak orang kenal saya sebagai alongxp, atau boleh panggil along.

Elakkan mendedahkan nama penuh anda dan nombor ic anda.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Terangkan sedikit sebanyak pasal diri anda, umur anda, status anda kalau tak keberatan, anak dara ke janda ke duda ke isteri orang ke.

Masih belajar ke, dah kerja ke, isteri nombor berapa ke, anak dah berapa.

Contohnya anda seorang mommy kepada seorang anak, anda seorang anak kepada mak mah dan cik daud, seorang adik kepada seorang abang, seorang kakak kepada dua orang adik.

Benda ni subjektif, maksudnya terpulang pada idea anda sendiri, saya cuma bagi pendapat.

Nak tambah ke nak letak ke, tu terpulang. Benda ni sebagai satu idea untuk anda sebelum anda mencipta page ‘ About ‘ di blog anda.

Kongsikan apa yang anda suka dan tak suka. Macam jenama kegemaran, makanan kegemaran, warna yang disukai.

Apa yang anda tak suka, contohnya tak suka lantai berhabuk, tak suka orang pakai seluar panjang kat rumah, tak suka pakai baju dalam seluar, tak suka stokin pendek dan apa sahaja.

Kalau rasa macam ringkas sangat, tambah lagi idea bahan seperti kelebihan dan kekurangan anda.

Contohnya:

Kelebihan:

Comel, kurus, tinggi, handsome macam alongxp, pandai masak, pandai repair komputer macam alongxp, pandai drift kereta control, pandai menjahit, pandai memikat. pandai berdebat.

Kekurangan:

Alergi telur, takut lipas, takut tinggi, pelupa.

Untuk permulaan dalam dunia blogging ni, pada saya, isi bukan keutamaan, objektif di awal ni adalah untuk melatih diri anda untuk menulis. Merapatkan hubungan anda dengan blog anda.

Kita berhenti sampai sini sahaja dulu.

p/s: cuba amalkan bawa pen dan buku nota kecil, catat point-point idea.

 

 

alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

You may also Like

Hari Raya in Malaysia

Hari Raya in Malaysia

June 29, 2018
Bodoh Involve Asia

Bodoh Involve Asia

October 30, 2017
Bongkar potensi diri part 1

Bongkar potensi diri part 1

September 25, 2017

20 Comments

  1. sensasi2020

    20th Sep 2015 - 4:38 am

    Saya juga mula-mula tulis artikel di blog pun adalah memperkenalakan diri juga agar ada orang nanti akan mencari siapa diri kita yang sebenar.
    sensasi2020 kata cerita ni best –>>Nasi Kukus Oh Azizah Buka Restoran Berdekatan Ampang Point

  2. Entri tulisan tangan (ETT) ke 4 - Alongxp.com

    1st Apr 2015 - 1:16 pm

    […] cerita penuh […]

  3. Baru buat blog, nak tulis cerita apa pula? - Alongxp.com

    23rd Mar 2015 - 7:59 am

    […] dari entri sebelum ni iaitu idea bahan untuk blogger baru , kali ni saya nak share idea untuk entri ke 3 bagi blogger yang baru buat […]

  4. zik

    21st Mar 2015 - 11:34 am

    nak letak about me pun boleh.. tapi jangan terlalu details sangat… aku punya pun dah kira details..hehe … kantoi sudah..
    zik kata cerita ni best –>>Panduan rujukan peperiksaan online pegawai psikologi s41

    • Alongxp

      21st Mar 2015 - 2:34 pm

      Ok.. Ni nk kena try ni hehehehe

  5. mrhanafi

    20th Mar 2015 - 6:22 am

    dah 3 tahun dalam dunia blogger rasa macam baru sahaja..tulis pun boleh tunggang langgang

    • Alongxp

      20th Mar 2015 - 9:11 am

      kan? rasa macam baru 3 bulan kan?

  6. khairul

    19th Mar 2015 - 10:01 pm

    Selalunya idea aku datang dari tv,pastu terus online ,buat note dan sebagainya…
    khairul kata cerita ni best –>>Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41

    • Alongxp

      20th Mar 2015 - 9:11 am

      ni orang-orang hebat ni…

  7. titan

    19th Mar 2015 - 2:05 pm

    aku jenis tulis ikut suka hati aku je.

    haha..
    titan kata cerita ni best –>>JBT sebagai Pakej Pelancongan PILIHAN ke Jepun

    • Alongxp

      19th Mar 2015 - 2:34 pm

      takpe… ko dh otai…

  8. MNH

    18th Mar 2015 - 10:51 pm

    Sebab tu kita kena tahu apa yang kita nak tulis bila kita dah wujudkan sebuah blog. Bila kita dah tahu, kita pasti akan ada idea nak update blog.
    MNH kata cerita ni best –>>NAJIB WAJAR IKUT RAFIZI

  9. MNH

    18th Mar 2015 - 9:46 pm

    Cara paling senang nak dapat idea nak tulis blog adalah cari apa minat kita dulu. Dan minat kita tu mesti yang boleh kita tulis dalam blog. Macam saya minat politik, sastera, novel, isu semasa, buku, jadi itulah perkara perkara awal yang saya kongsikan dalam blog saya dulu.
    MNH kata cerita ni best –>>NAJIB WAJAR IKUT RAFIZI

    • Alongxp

      18th Mar 2015 - 10:24 pm

      tu yang saya cadangkan mula macam tu…

  10. blogger lelaki

    18th Mar 2015 - 8:42 pm

    tapi aku selalu dapat idea ketika drive…memang xleh catat apa2 nota la…apa cadangan bro keadaan aku ini
    blogger lelaki kata cerita ni best –>>Masalah Besar Seorang Blogger?

    • Alongxp

      18th Mar 2015 - 10:16 pm

      tak tahulah ko pernah tengok ke tak, tapi memang ada orang yang sentiasa bawak voice recorder dan rakam suara sendiri, mungkin cara tu boleh di gunapakai pada ko…

  11. eyfa writer

    18th Mar 2015 - 1:58 pm

    menarik ni along ,saya pun belum buat lagi tentang diri saya tetapi jika buat mungkin ada perkara yang akan di beritahu ada perkara yang di rahsia kan demi keselamatan hehe,.
    nak buat dulu tapi asyik lupa saja,.
    eyfa writer kata cerita ni best –>>SIMKAD RAKYAT 1 MALAYSIA BAKAL DI LANCARKAN (SR1M)

    • Alongxp

      18th Mar 2015 - 8:04 pm

      samela saya pon… banyak yang saya tak dedahkan demi keselamatan…

  12. emalinmohd

    18th Mar 2015 - 1:34 pm

    Saya tak buat pun lagi page About me…huhuhuhu
    emalinmohd kata cerita ni best –>>Kenapa Bayi Saya Masih Tidak Puas Menyusu?

    • Alongxp

      18th Mar 2015 - 8:05 pm

      ada orang yang kata, benda tu pun perlu dalam seo sesebuah web… tapi tak tahu lah…

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Archives

×