Hari ini dalam sejarah 8 Januari 1948

Tarikh peristiwa 8.1.1948

Pada hari ini dalam tahun 1948, satu perjumpaan besar antara pertubuhan-pertubuhan politik negeri Kedah telah diadakan di Pejabat Kesatuan Melayu Kedah. Perjumpaan yang dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kedah ini telah dihadiri bersama oleh ahli-ahli SABERKAS dan Persatuan Pemuda Melayu Kedah. Perjumpaan yang diadakan ini adalah ekoran tidak puas hati pertubuhan-pertubuhan politik di atas tindakan kerajaan Negeri Kedah. Tindakan Kerajaan negeri membelakangkan fikiran dan pandangan rakyat semasa menggubal Perlembagaan Negeri Kedah dianggap sebagai cuba menyembunyikan sesuatu dari diketahui oleh ahli-ahli politik negeri ini. Ahli-ahli politik yang menghadiri perhimpunan ini telah menimbangkan berkenaan dengan surat-surat persembahan kepada DYMM Sultan Kedah di atas pindaan yang diminta diadakan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada UMNO yang menjadi badan induk kepada pertubuhan-pertubuhan politik di Kedah. Sesungguhnya dengan adanya perhimpunan pertubuhan-pertubuhan politik negeri Kedah pada hari ini dalam tahun 1948, menunjukkan puncak kepada kegiatan politik di negeri tersebut dan kesedaran tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pertubuhan-pertubuhan politik di dalam pentadbiran negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge