Hari ini dalam sejarah – 7 Januari 1967

Tarikh peristiwa 7.1.1967 (sumber)

Pada hari ini 07.07.1967, satu Mesyuarat Lembaga Suruhanjaya Matawang telah diadakan di Kuala Lumpur. Negara-negara yang menganggotai mesyuarat tersebut terdiri daripada Malaysia, Singapura dan Brunei. Mesyuarat itu pada dasarnya bertujuan untuk mengadakan satu sistem pertukaran matawang. Perwakilan negara-negara anggota yang menghadiri mesyuarat tersebut ialah Menteri Kewangan Singapura, En. Lim Kim Sen dan Pegawai Kewangan Brunei, Dato’ John Lee. Manakala Menteri Kewangan Malaysia, En. Tan Siew Sin yang mengetuai perwakilan Malaysia bertindak sebagai pengerusi mesyuarat tersebut. Wakil-wakil lain bagi kerajaan Malaysia yang turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Gabenor Bank negara, Tan Sri Ismail Mohd. Ali, Menteri Kewangan Sabah, En. Harris Salleh dan Setiausaha Kewangan Sarawak, En. T’en Kuen Foh. Turut hadir ialah seorang anggota bebas yang dilantik oleh ketiga-tiga negara anggota itu, iaitu En. Tan Chin Kuan.

Di antara perkara-perkara yang dibincangkan di mesyuarat tersebut ialah:-

  • berkaitan peraturan-peraturan untuk mengeluar dan menebus matawang kertas dan syiling selepas pembubaran lembaga pada 12 Jun 1967 nanti.
  • bersetuju di atas permintaan kerajaan Singapura dan Brunei iaitu wang syiling lembaga diletak di bawah pengawasan matawang masing-masing dalam tempoh sehingga 11 Disember 1967.

Dengan berlangsungnya mesyuarat Lembaga Suruhanjaya Matawang pada hari ini dalam tahun 1967, membuktikan kerjasama erat di antara Malaysia, Singapura dan Brunei dalam perkembangan ekonomi dan memperkukuhkan kedudukan matawang negara-negara anggota tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge