Hari ini dalam sejarah – 28 Disember 1963

Tarikh Peristiwa:     28.12.1963 (sumber)

tv pertama

Pada hari ini dalam tahun 1963, Perkhidmatan  Televsiyen  Malaysia  (TV)  telah  dilancarkan  oleh  Ketua  Menteri, Tunku  Abdul  Rahman  Putra  bertempat  di  Studio  sementara  TV  Malaysia  di  Dewan  Tuanku  Abdul  Rahman, Jalan  Ampang,  Kuala  Lumpur.  Pada  peringkat  awal  pelancarannya,  ia  bersiaran  lima  setengah  jam  sehari  atau 44  jam  seminggu  dengan  tambahan  masa  siaran  pada  hujung minggu.  50 peratus daripada  rancangan  yang disiarkan  dibuat  secara  langsung  dari studio manakala  selebihnya  merupakan filem-filem sumbangan  daripada Filem Negara dan lain-lain sumber luar.  Kejayaan  kepada  pelancaran  perkhidmatan  ini  ialah  hasil  daripada bantuan  daripada  Suruhanjaya  Penyiaran  Kanada  kepada  kerajaan  melalui bantuan  teknikal  dalam  bidang  kejuruteraan,  latihan,  rancangan  dan  pentadbiran.  Sebagai permulaan, penerimaan siaran adalah terhad kepada ibu negara dan kawasan-kawasan berhampiran.  Berikutan  itu,  mulai  tahun  1964  beberapa buah stesen pemancar telah dibina  bagi  meningkatkan  liputan  kawasan  siaran  iaitu  di  Gunung Kledang,  Perak; Gunung  Tampin,  Negeri Sembilan  dan  Gunung  Jerai,  Kedah  dan  diikuti  dengan  pemancar  di  Gunung  Pulai,  Johor  dan  Bukit  Maxwell, Perak.


Hasil carian :

(Visited 204 times, 5,368,663)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge