Fungsi fidget Dan pengguna sebenar

Dua tiga menjak ni dok trending dan jadi isu pasal fidget spinner. Apa benda fidget ni? Apa fungsi fidget dan untuk siapa ia dicipta?

Saya pun baru je tahu pasal benda alah fidget ni, masa tu saya buka laman web lelong nak tinjau-tinjau kasut sport. Terpapar fidget cube di muka depan laman web tu. Jadi saya pun tengok dan baca keterangan dan fungsi fidget cube dan fidget spinner ni.

fungsi fidget dan pengguna sebenar

Apa benda fidget ni? Makna fidget Yang sebenarnya, mengikut kamus dwibahasa dan Google translate adalah meresah atau menggelisah. Bukan bermaksud benda macam gadget dan sebagainya.

maksud sebenar fidgetmakna fidget

Dan video penerangan fidget cube ni boleh ditonton di sini

Kalau korang pernah baca entri saya sebelum ni, saya ada masalah anxiety yang sangat teruk dan stress yang teruk. Dan benda alah fidget ni diciptakan untuk orang macam saya. Tu antara fungsi fidget asalnya.

Fidget ni dicipta untuk orang yang tangan atau kaki dia tak reti diam, yang bila dia buat kerja, bercakap, tangan dia akan main pen la, main kunci la, goyang kaki la, petik kuku la, petik lighter la, menggaru walaupun tak gatal dan tabiat yang lebih kurang macam tu.

Fungsi fidget spinner tu asalnya (saya rasa la) untuk orang yang tangan dia memang tak reti diam. Biasanya mereka ni suka pusing-pusingkan telefon.

Masa zaman-zaman Nokia 3310 kita boleh nampak cukup ramai orang macam ni. Terutama bila duduk sorang diri menunggu bas atau menunggu orang, atau bila duduk minum sambil berbual benda yang serius.

Ni sekadar pandangan saya… Fidget ni adalah satu benda untuk orang tertentu guna dalam waktu tertentu, mungkin sepanjang waktu, tapi benda ni kalau diikutkan digunakan tanpa mereka sedar.

Orang macam ni dia tak tenang kalau tangan dia tak menggentel sesuatu. Otak dia terlalu banyak berfikir dan tengah laju nak sampaikan apa yang tengah difikirkan atau tengah galak menerima input, dek kerana adrenalin itu, tangan dan kaki dia jadi tak reti diam.

Dia rasa dia jalan tak betul kalau tangan dia tak buat sesuatu, padahal dia jalan tu ok je. Dia jadi kurang yakin dengan diri sendiri bila tangan dia tak buat kerja.

Dan disebabkan fidget cube ni kecil, cukup muat tangan untuk menyembunyikan fidget cube ni dalam genggaman, jadi sesuai untuk di gunakan bila rasa gugup untuk buat presentation atau berucap depan orang ramai.

Jadi, memandangkan fungsi fidget cube ni adalah mengurangkan stress dan anxiety, membantu untuk fokus semasa buat kerja atau study, jadi saya pun beli 1, warna kelabu-merah macam ni.

fidget cube grey redTapi saya tak rasa yang saya beli tu original dan berkualiti sebab ada bahagian yang tak berapa berfungsi dengan baik macam suis tu yang tak berbunyi klik sepenuhnya, bola buat silver tu pun tak macam yang ditunjukkan dalam video kat bawah ni, Boleh digunakan, tapi tak sesempurna seperti yang sepatutnya.

Tapi dengan harga yang saya beli tu, tak payah lah nak komen sangat pon. Ibarat tengok movie yang di download secara haram dengan beli dvd atau blueray yang original.

Kat bawah ni adalah salah satu video macam mana nak tahu fidget cube tu palsu atau real

Hasil saya browsing di lazada, saya jumpalah beberapa fidget cube yang saya berani lah nak rekomen, sebab ada warranty. Antaranya yang ni EDC Fidget Cube yang ni dia bagi warranty 3 bulan dengan tukar satu dengan 1 terus, bukan hantar warranty, repair pulang balik

EDC Fidget Cube

Saya try gak cari yang warna macam yang saya dah beli tu, ada memang lah ada, tapi tak ada yang shipping dari Malaysia, kalau yang hitam-merah ada lah.

Memandangkan korang dah baca fungsi fidget, so janganlah lepas ni asal nampak orang dok menggentel fidget cuba atau fidget spinner, korang mark mereka tu macam baru lepas merogol orang.

Atau kalau anda ada pandangan? komen je kat bawah ni ok?

Hasil carian :

(Visited 74 times, 5,375,413)

11 thoughts on “Fungsi fidget Dan pengguna sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge