Fakta tentang blog alongxp.com

Ini adalah satu entri yang menekankan berkenaan fakta tentang blog alongxp.com yang patut anda tahu.

fakta tentang blog alongxp.com

Fakta tentang blog alongxp.com #1

Satu blog peribadi yang secara asasnya berkongsikan hal berkaitan dengan teknologi

Secaara khususnya blog ini adalah blog yang berkongsi fakta tentang teknologi.

Berkongsi bagaimana menggunakan teknologi terutama sekali teknologi ICT

Berkongsi apa yang anda perlu tahu mengenai teknologi, terutama sekali teknologi ICT dari dulu hingga kini.

Fakta tentang blog alongxp.com #2

Bukan satu blog yang menyediakan dan menawarkan perkhidmatan untuk hack whatsapp, wechat, facebook dan segala macam jenis hack.

Penulis utama blog alongxp.com bukanlah seorang hacker walaupun anda mungkin berfikir yang beliau adalah seorang hacker, hakikatnya beliau sama sekali bukanlah seorang hacker.

Fakta tentang blog alongxp.com #3

Blog ini telah dimulakan sejak tahun 2008, telah ada entri yang bertambah dan dibuang sejak dari itu, jadi jika anda menemui mana-mana entri di blog ini melalui laman enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya, tiada jaminan yang entri tersebut adalah entri terbaru.

Dan tiada jaminan yang entri tersebut masih boleh digunapakai pada zaman ini.

Kenapa saya terbitkan entri tentang fakta blog alongxp.com ini? Ini adalah kerana ramai orang yang menghubungi saya melalui whatsapp minta saya hack handphone orang lain.

Kebanyakkannya adalah mereka yang berpasangan, minta saya hack whatsapp mereka, ada yang dah berkahwin, dan ada juga yang masih bersekolah.

Adalah saya ingin tekankan disini, saya tak buat perkhidmatan hack whatsapp, wechat, facebook dan segala jenis aplikasi instant messenger.

Ini adalah kerana ianya bukannya mudah, kebanyakkan pendekatan untuk hack whatsapp, hack wechat , hack facebook dan sebagainya ni memerlukan akses kepada handphone orang yang akan dihack.

Maknanya, jika si A minta saya hack whatsapp atau hack wechat si B, si A perlu memegang handphone si B, dan si A boleh membuka lock handphone si B bagi membolehkan proses install software yang diperlukan.

Jika si A yang rapat dengan si B tak dapat akses handphone si B, macam mana nak install app yang diperlukan untuk hack telefon beliau?

Dan saya, orang yang anda tidak kenal dan saya pastinya tak kenal anda, tak akan dapat mengakses telefon si B.

Hasil kajian saya, ada cara untuk hacker install software ke dalam telefon mangsa tanpa perlu memegang handphone mangsa, tapi ianya memerlukan si hacker untuk bersambung kepada wifi yang sama dengan handphone mangsa.

Dan itu memerlukan kos yang tinggi dan memerlukan jumlah masa yang sangat panjang. Itupun belum tentu jadi.

Oleh kerana kesukaran itulah, saya tak sanggup nak cuba untuk menawarkan perkhidmatan hack wechact, hack whatsapp, hack facebook atau hack benda-benda lain kerana saya takut saya tak mampu nak memberikan kejayaan kepada anda sebaliknya hanya memberikan kekecewaan kepada anda.

Dan saya juga tak sanggup untuk menanggung rugi jika anda meminta refund andai kata proses hacking tersebut gagal, kerana pastinya saya akan meminta wang pendahuluan sebelum memulakan proses kerja seperti mana saya tetapkan syarat dalam perkhimatan saya yang lain.

Kerana sesuatu kerja tu memerlukan modal, dan modal tersebut saya akan gunakan untuk membuat kerja, dan jika ianya gagal, dan anda mahukan wang anda kembali, pastinya saya perlu menggunakan duit saya sendiri untuk memulangkan wang anda. Dan pastinya saya tak mahu perkara itu berlaku.

Oleh kerana itu, saya tak mahu menawarkan perkhidmatan yang belum tentu saya boleh buat. Supaya saya tak mencipta nama yang buruk kepada diri saya sendiri

Jadi, jika anda terbaca entri ini dan anda seorang hacker yang mampu untuk hack facebook, hack whatsapp atau hack wechat atau hack telefon, sila hubungi saya kerana ramai yang mungkin memerlukan kepakaran anda.

(Visited 30 times, 5,330,555)

One thought on “Fakta tentang blog alongxp.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge