Loading...

Fakta Sejarah Internet

sejarah internet

Asalnya saya bukan nak tulis pasal fakta sejarah internet. Saya sebenarnya nak tulis fakta pasal laman web. Asalnya post pasal fakta laman web tu nak berkongsi maklumat tentang laman web berdasarkan apa yang ramai tak tahu.

Tapi bila nak cerita pasal laman web, mestilah ada intro pasal internet kan? Saya rasa perlulah anda tahu fakta sejarah internet sebelum anda tahu pasal laman web.

sejarah internet

Ok, kita teruskan pasal fakta sejarah internet. Sebenarnya Internet ni tidak dirancang akan cipta. Punca terciptanya internet adalah kerana Soviet Union telah melancarkan sebuah satelit buatan manusia ke orbit pada tahun 1957 yang dikenali sebagai Sputnik.

Sputnik ni, bukan ada fungsi sangat pun masa tu, dia cuma hantar bunyi blip bleep je masa dia pusing bumi. Mungkin Soviet Union nak test tahap penghantaran dan penerimaan isyarat radio.

Sputnik satelit pertama soviet union

Tapi pada kebanyakkan Rakyat Amerika, Putnik yang bersaiz bola pantai tu adalah sesuatu yang merisaukan mereka. Ini membuktikan, sementara saintis dan jurutera Amerika dok sibuk merekabentuk kereta yang lebih gah, set TV yang lebih baik, pihak Soviet Union lebih fokus kepada benda yang kurang remeh, bersedia untuk perang dingin.

Nah… disinilah punca terwujudnya sejarah internet.

Fakta Sejarah Internet

Lepas pelancaran Sputnik tu, ramailah rakyat Amerika mula pandang serius tentang sains dan teknologi. Sekolah-sekolah mula tambah subjek macam kimia, fizik dan kalkulus.

Syarikat-syarikat mula ambil geran kerajaan dan melaburkannya pada kajian dan perkembangan saintifik. Dan kerajaan Amerika sendiri mulalah menubuhkan agensi-agensi baru macam NASA dan ARPA untuk teknologi berkaitan angkasa macam roket, senjata dan komputer.

Permulaan Arpanet.

Pakar-pakar ketenteraan dan saintis mula risau akibat yang akan berlaku kalau Soviet lancarkan serangan pada sistem telefon negara diorang. Diorang takut, satu peluru berpandu je dah cukup untuk melumpuhkan seluruh talian komunikasi jarak jauh.

Pada tahun 1962, sorang saintis dari M.I.T dan ARPA bernama J.C.R Licklider mencadangkan satu penyelesaian bagi masalah ni. Satu “Rakaian Galaksi” komputer yang mampu untuk berbicara antara satu sama lain.

JCR Lickersumber

Satu rangkaian yang membolehkan ketua-ketua kerajaan untuk berkomunikasi walaupun pihak Soviet menghancurkan sistem telefon.

Sorang lagi saintis M.I.T membangunkan satu cara untuk menghantar maklumat pada tahun 1965 yang dipanggil “penukaran paket(packet switching)”. Penukaran paket ni menukar data kepada blok-blok atau paket sebelum dihantar ke destinasi yang dihajati.

Dengan cara ni, setiap paket boleh memilih haluan sendiri dari satu tempat ke satu tempat. Tanpa “penukaran paket” ni, rangkaian komputer kerajaan diorang yang sekarang ni dikenali sebagai ARPAnet terdedah kepada serangan musuh, macam sistem telefon diorang.

Mesej Pertama

Pada tahun 1969, ARPAnet telah menghantar mesej pertama diorang. satu komunikasi ‘node kepada node’ dari satu komputer kepada komputer yang lain.

Komputer pertama kat makmal kajian kat UCLA, komputer kedua lak kat Stanford. Setiap satu komputer tu bersaiz satu rumah kecil.

Mesej yang diorang hantar tu pendek je… LOGIN je mesejnya, tapi terkandas ditengah jalan… komputer kat Stanford cuma terima 2 huruf je.

Membesar

Harap takdelah orang jumpa entri ni bila search keyword membesarkan ehem-ehem… ni nak cerita sejarah internet membesar. Macam mana internet ni membesar dan meluas menjadi apa yang kita guna hari ni.

Pada akhir tahun 1969, cuma 4 komputer je yang bersambung kepada ARPAnet, tapi masa tahun 1970, rangkaian tu membesar dengan mantap. Tahun 1971 ke Universiti Hawaii dan 1973 ke London dan Norway.

Jadi, bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian ‘penukaran paket’ ni makin membiak, menjadikan ianya makin sukar untuk disatukan ke satu rangkaian ‘INTERNET‘ seluruh dunia.

Jadi, pada penghujung tahun 70 an, sorang saintis komputer bernama¬† Vinton Cerf memberikan penyelesaian dengan memperkenalkan “Transmission Control Protocol” atau TCP yang membolehkan semua komputer pada semua rangkaian-mini untuk berhubung antara satu sama lain.

Tak lama lepas tu, dia tambah lagi protokol yang dikenali sebagai “Internet Protocol“. Yang hari ni kita sebut secara keseluruhannya sebagai TCP/IP.

Ada penulis menerangkan yang protokol yang si Vinton Cerf perkenalkan ni sebagai ‘the handshake’ yang memperkenalkan komputer berbeza dan jauh antara satu sama lain dalam dunia maya.

WWW = World Wide Web

Inilah saat paling penting dalam sejarah Internet. Protokol yang mamat atas tadi tu (Vinton Cerf) buat dah menukarkan Internet yang asalnya untuk penggunaan pihak tentera dan kerajaan kepada satu rangkaian dunia.

Sepanjang tahun 80-an, para pengkaji dan saintis menggunakan rangkaian besar ni untuk menghantar data dan fail dari satu komputer kepada yang lain.

Tapi menjelang 1991, internet berubah lagi apabila Tim Berners Lee, seorang pengaturcara komputer di Switzerland memperkenalkan World Wide Web(akan bunyi pelik kalau saya terjemahkan kepada bahasa melayu) yang mana internet bukan sekadar menghantar fail dari satu komputer kepada komputer yang lain, ianya satu ‘sawang(web)’ maklumat yang semua orang boleh capai.

So, Sejarah Internet yang kita kenal hari ni, web, blog dan sebagainya, si Berners-Lee ni lah puncanya.

Sejak tu banyak perkara berkaitan Sejarah Internet tercipta, pada tahun 1992, sekumpulan pelajar dan pengkaji kat University of Illinois membangunkan pelayar bernama Mosaic yang kemudian dikenali sebagai Netscape dan seterusnya pupus… hehehehe

Mosaic memberikan pengalaman melayari laman web yang mesra pengguna. Ia membolehkan pengguna membaca dan melihat gambar dalam laman yang sama untuk pertama kalinya dan menjelajah dengan scrollbar dan pautan boleh klik.

Dalam tahun tu jugak, Congress memutuskan yang Web boleh digunakan untuk tujuan komersil. Sudahnya, banyak syarikat berpusu-pusu membina laman web mereka sendiri, usahawan e-dagang mula memanfaatkan internet untuk menjual barang.

Nampak tak? Omputeh ni bila ada peluang je, sambar terus… tu yang saya pelik bila tengok peniaga kat Malaysia ni yang rasa tak penting untuk ada laman web, cukup sekadar ada Facebook.

Sekarang, rangkaian sosial macam Facebook menjadi satu cara popular untuk semua peringkat umur untuk terus berhubung.

Memang saya akui Facebook memang penting untuk berhubung. Tapi kalau korang peniaga, yang ada produk khususnya, buat la laman web, himpunkan segala maklumat kat dalam tu. Bubuh gambar produk, letak alamat dan sebagainya.

Sebenarnya kalau anda buat laman web untuk perniagaan anda, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk pengguna mencapai anda sebelum mereka menghubungi anda dan kerja anda pun akan lebih mudah untuk menerangkan kat mereka sebab mereka dah explore laman web anda.

Dengan laman web ni, adalah lebih mudah untuk kita customize reka letak yang lebih mesra pengguna berbanding Facebook.

Kenapa taknak buat web untuk syarikat anda? buat la… kalau tak tahu nak contact siapa, boleh contact saya sebagai pilihan terakhir… hahahaha

 

3 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge