Fakta menarik tentang Instagram

Fakta menarik tentang instagram adalah, saya tak pernah terfikir nak ambil tahu pun pasal fakta menarik tentang instagram ni sebelum ni.

Dan fakta menarik pasal instagram ni adalah, saya bukan nak buat sangat pun akaun instagram alongxp tu. Tapi nak tak nak kenalah jugak buat kan? Considered as personal branding… hehehehe

fakta menarik tentang instagram

Antara fakta menarik tentang Instagram ni, dia tak sampai 10 tahun pun, tapi dia jadi antara sosial media yang paling banyak digunakan. Dari baby, budak sekolah, budak U tak payah ceritalah… kereta, sampai ke binatang pun ada akaun instagram.

Mesti sekarang korang nak search kat instagram pasal benda tu kan?

Sebelum tu, meh baca dulu fakta menarik tentang Instagram ni.

  1. Instagram di mulakan pada 6 Oktober 2010.
  2. Asalnya Instagram dipanggil Codename, tapi ditukar kepada Instagram sebelum ianya dilancarkan.
  3. Nama Instagram adalah gabungan “instant camera” dan “Telegram
  4. Gambar petama yang diupload di instagram adalah gambar seekor anjing yang di dipost oleh pengasas bersama instgram, @kevin pada 17 Julai 2010 dengan caption testGambar pertama di instagram
  5. Satu kajian menunjukkan 8% dari seluruh akaun instagram adalah akaun palsu (tu termasuklah salah satu akaun yang saya buat)
  6. Gambar makanan paling banyak yang dimasukkan di instagram adalah Pizza, diikuti sushi dan steak.
  7. Dianggarkan setiap post yang disertakan dengan tanda pagar (hashtag) akan meningkatkan 12.6% engagement (sorry, saya tak tahu nak bagi terjemahan terbaik untuk perkataan tu.)
  8. Facebook membeli Instagram dengan nilai $1 Billion pada 2012. Masa tu cuma ada 30 juta JE pengguna.
  9. Pada 2018 ni, Selena Gomez adalah orang paling banyak follower iaitu 140 juta follower.
  10. Terdapat sekurang-kurangnya 1 juta pengiklan di Instagram.
  11. 5 negara paling banyak guna Instagram adalah US, Rusia, Turki, Brazil dan UK.
  12. Emoji paling banyak digunakan di Instagram adalah emoji hati
  13. Setiap bulan, lebih 16 juta carian Google untuk “Instagram”.
  14. Filter paling banyak digunakan adalah Gingham, Clarendon dan Juno dan saya rasa saya tak pernah guna filter-filter ni.
  15. Lebih dari separuh jenama di Instagram menggunakan filter yang sama pada setiap post
  16. 5 jenama paling banyak orang follow di instagram adalah National Geographic, Nike, Victoria’s Secret, 9GAG dan Nike Football.
  17. Pada tahun 2018 lebih 45 billion gambar telah dikongsikan di platform ini.
  18. Tak terkejut kan kalau saya kata gambar swafoto adalah antara gambar terbanyak orang masukkan kat Instagram. Lebih 290 juta gambar swafoto di instagram

    gambar selfie
    abaikan orang tengah berak yang tak tutup pintu kat belakang tu
  19. Instagram adalah media sosial kedua paling banyak orang guna selepas Facebook. Lebih 60% penggunanya login setiap hari.
  20. Tanda pagar yang paling digunakan adalah #me, #love, #follow dan #instagood.
  21. 96% pertaus jenama terkenal i U.S menggunakan Instagram.
  22. Lebih 75% pengguna instagram adalah dari luar U.S
  23. Pada hari biasa lebih 80 juta gambar dikongsikan di Instagram dan terdapat 3.5 billion like.
  24. Setiap hari 1 juta akaun memuat naik satu Story.
  25. Majoriti pengguna instagram adalah berumur antara 18 hingga 29 tahun. (cube teka, saya termasuk tak dalam golongan ni?)
  26. Pada 2017, Instagram adalah rangkaian paling banyak digunakan untuk cyber-bully.
  27. Gambar paling banyak orang like di instagram adalah gambar bayi Kylie Jenner yang baru lahir. Yang mendapat lebih 18 juta like.
  28. 80% dari keseluruhan akaun Instagram adalah akaun personal. Secara purata, seorang pengguna mempunyai 648 followers dan follow 359 akaun
  29. Bandar paling banyak orang guna instagram pada 2017 adalah di New York. Tapi… lokasi paling banyak masuk dalam instagram adalah Disneyland di Anaheim, California.
  30. Apa bila instagram melancarkan fungsi video pada 2013, 5 juta video telah dimuat naik pada 24 jam pertama.

Ok, cukuplah 30 je fakta menarik pasal telegram ni. Mata dah pedih dah ni… sekarang dah pukul 4 pagi, kejap lagi pukul 6 nak kena bangun nak pergi kerja.

alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

You may also Like

1 Comment

  1. Nurulaily Bt Ishak

    31st Aug 2018 - 12:45 am

    Bestnya…banyaknya fakta menarik tentang Instagram. Ig ni byk juga beri manfaat pada online seller. Senang dapat customer. hehehhe

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Archives

×