Fakta menarik tentang Android.

Kali ni saya nak kongsikan Fakta menarik tentang Android. Hari ni, Android memonopoli hampir semua jenama telefon, kecuali Apple yang masih bertahan dengan IOS.

Nokia yang dulunya sangat sombong, tak nak guna Android sebagai Sistem Operasi pada telefon pintar mereka, akhirnya terpaksa menelan Android kedalam badan telefon pintar mereka.

Fakta tentang Android

Begitu juga dengan Blackberry. Pada saya, blackberry OS tu bagus dah, mantap, laju dan semakin bagus masa kali terakhir saya guna blackberry.

Sampaikan, lepas saya dah beberapa bulan guna Samsung Galaxy Note 1 (N7000) pun saya masih beli satu blackberry, sebab lebih puas bertweet guna bb. Analogi tahap kepuasan menggunakan blackberry tu saya tak boleh nak kongsikan kat sini sebab… tak sesuai untuk tatapan umum… hehehehe

Tapi mungkin sebab, luas dan banyaknya pilihan app untuk android berbanding blackberry  OS yang membuatkan blackberry pun dah guna Android sebagai Sistem Operasi mereka. Itu pun boleh dikira sebagai fakta menarik tentang Android juga tu.

  1. Sistem Operasi Android di bangunkan oleh Android Inc pada 2004 dengan mendapat sokongan dari Google. Jadi… pada 2005 , Google bayar $50 Juta untuk dapatkan Sistem Operasi tu.
  2. Andy Rubin, Nick Sears dan Chris White mengasaskan Android Inc pada 2003
  3. Asalnya Android dicipta untuk kamera digital, bukan untuk pasaran telefon pintar.
  4. Andy Rubin, Pencipta bersama Android adalah orang yang bertanggungjawab untuk pemilihan nama.
  5. Perkataan Android bermaksud satu manusia dengan penampilan robot jantan.
  6. Logo Android dicipta oleh Irina Blok pada 2007. Idea untuk logo tu dia dapat dari logo Tandas lelakiFakta menarik tentang Android
  7. Logo Android sebenarnya tak dipanggil Android. Google secara tak rasminya panggil dia Bugdroid
  8. Semua versi Android dinamakan sempena nama jajan dan pencuci mulut. Kecuali Android 1.0 dan 1.1.
  9. Pada 2007, Google melancarkan sistem perisian berasaskan Linux: Android OS.
  10. Telefon pintar pertama yang menggunakan Android dilancarkan pada 2008, iaitu HTC Dream atau T-Mobile G1 yang ada papan kekunci slide.
  11. Android telah diaktifkan pada lebih 1 bilion tablet atau telefon pintar.
  12. Ok, yang ni Fakta menarik tentang Android yang saya baru perasan. Android dilepaskan mengikut turutan abjad: Astro, Bender, Cupcake, Donut, Eclair, Froyo, Gingerbread, Honeycomb, Ice Cream Sandwich, Jelly Bean, KitKat, Lollypop dan Marshmallow.
  13. Android sebenarnya jenis sumber-terbuka. Maknanya orang ada pilihan untuk ubahsuai kod sumber bagi Sistem Operasi tu dan pengeluar telefon boleh tambah ciri yang diorang suka. Tengok sini source.android.com
  14. Sony Ericsson mengeluarkan LiveView pada 2010 yang berfungsi memaparkan beberapa benda macam Twitter feeds, rss, text dan media player.Sony Ericsson LiveView
  15. Phandroid adalah laman web pertama yang membuat liputan berkenaan Android. Laman web ni ada macam-macam benda, antaranya berita, review, editorial, video dan segala macam mak nenek lain berkaitan fakta menarik tentang Android.
  16. Nasa pun guna Android. Mereka menghantar 2 Telefon Nexus S yang menggunakan Android ke angkasa untuk menguji sensor di orbit dalam ISS.
  17. Android telah dikembangkan untuk digunakan dalam Google Glass dan Smart Watch.
  18. Kepentingan Android dalam pemasaran telefon bimbit disedari sepenuhnya bila Eric Schmidt, CEO Google dipaksa untuk meletakkan jawatan dari ahli Lembaga Pengarah Apple pada 2009.
  19. Pada 2015, Sistem Operasi Android digunakan pada 81.6% telefon pintar yang dijual.
alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

You may also Like

1 Comment

  1. Pengetua

    9th Sep 2018 - 8:24 pm

    Dah beberapa tahun gunakan iPhone tapi baru-baru ni kerap terasa nak patah balik gunakan device Android pula. Mungkin satu hari nanti ada rezeki, tukar phone Android, amin.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Archives

×