charger handphone tercucuk dibelakang kepala bayi

QUINGYUAN: Sebuah pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala seorang bayi selepas dia terjatuh dari katil dan menghempap alat itu.

Bayi berusia setahun itu kini semakin pulih selepas pakar bedah mencabut pengecas itu dalam pembedahan selama enam jam.
Mereka terpaksa menanggalkan satu persatu pengecas itu hingga tinggal dua rod logam.

Pakar kemudian terpaksa menggerudi tengkorak bayi itu bagi mencabut bahagian terakhir di sebuah hospital di Quingyuan, China.
Ketua pakar bedah, Li Guofeng berkata: “Sebuah pengecas telefon bimbit hitam terpacak di belakang kepalanya. Ini kali pertama saya berdepan dengan kes seumpama ini.” Menurutnya, bayi itu bernasib baik kerana terselamat. “Jika ia terkena pada saluran darah, dia mungkin mati serta-merta,” katanya. – DM

Hasil carian :

(Visited 280 times, 5,352,395)

7 thoughts on “charger handphone tercucuk dibelakang kepala bayi

  1. Astagfirullah…nasib baik bayi tu selamat. Itulah benda2 mcm ni jgn dipandang ringan, kadang2 benda yg beginilah blaku kemalangan, akibat kecuaian kita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge