Jangan terpedaya dengan Penipuan Google Docs

Yup, tajuk memang menakutkan dan memang patut korang takut,terutama sekali mereka yang mempunyai akaun google patut takut dengan penipuan google docs ni.

Tak tahu benda ni dah sampai ke rakyat malaysia ke belum, tapi kat luar negara ramai dah yang terima email ni dan dah terkena dengan penipuan google docs ni.

Penipuan Google Docs ni bukannya dari google, tapi dari pihak yang tak bertanggungjwab mencipta script / aplikasi online dengan nama Google Docs

penipuan doogle docsEmail yang mereka terima kelihatan macam ni. Email yang diterima mungkin dari orang yang korang kenal atau mereka yang ada dalam contacts akaun google korang.

Dari reply-reply di twitter, ramai sangat yang kena. Merata tempat benda ni tersebar.

Kalau korang ada dapat email macam ni, kalau boleh jangan klik pada link tu atau pada ayat Open In Docs tu. Ni satu video apa yang terjadi bila klik link tu.

 

Kalau anda dapat email yang lebih kurang macam ni walaupun dari kawan korang, tanya kawan korang tu sama ada betul dia ada hantar email tu dan beritahu kawan-kawan korang yang bijaksanasini bab IT.

Belum jelas lagi apa lagi yang benda ni boleh buat tapi ramai yang kagum dengan kecanggihan penipuan google docs ni. Kalau korang klik benda ni, mula-mula sekali dia akan bawa korang ke page google account yang SEBENAR, tapi lepas tu korang akan diminta untuk membenarkan akses kepada satu aplikasi yang menggunakan nama google docs.

google docs palsu

Akses yang akan diberkan kepada aplikasi ini adalah membaca, menghantar, membuang dan menguruskan email gmail anda.

Seolah-olah korang bagi username dan password gmail korang kepada orang yang tak dikenali, lepas tu orang tu akan menggunakan gmail korang tu untuk menghantar email kepada orang lain.

Saya tak pelik kalau ramai rakyat Malaysia yang dah terkena benda ni memandangkan kita memang malas nak membaca, main tekan ok, next, continue je secara mengkhinzir buta.

Kalau anda dah klik link tu, atau nak check sama ada korang dah membenarkan akses ni secara tak sengaja. Sila pergi ke https://myaccount.google.com/permissions dan tengok ada tak Google Docs dalam senarai tu. Kalau ada (sepatutnya tak ada), klik pada ‘Google Docs’ tu dan tekan remove seperti gambar di bawah

membenarkan aksesSebab, bila korang dah membenarkan akses kepada benda ni, walaupun korang tukar password, ia mungkin tak membantu.

Tolong jangan pandang remeh benda ni. dengan email sahaja pun, macam-macam benda mereka boleh buat. Tambah-tambah kalau korang ni jenis ada 1 je email. dan email tulah yang korang gunakan untuk semua benda.

Itulah email untuk email peribadi, itulah email kerja… itulah email Facebook dan apa yang rakyat Malaysia takuti adalah facebook mereka kena hack.

So far, alhamdulillah fb saya belum pernah kena hack, tapi cubaan hack tu ada banyak kali, dan pernah hampir berjaya di hack oleh 1 app.

Anda boleh jadi celik IT jika anda rajin membaca.

(Visited 25 times, 5,312,215)

PC spec untuk main dota 2

Baru-baru ni adik saya, angah whatsapp saya, bagi spec sebuah pc dan tanya saya ok ke pc spec tu dengan harga tu? saya cakap ok sangat la tu, lepas tu dia bagi saya minimum pc spec untuk main dota 2.

pc spec unutuk main dota 2

Bila saya tengok minimum spec pc untuk dota 2 tu, saya cakap dengan dia, spec pc yang dia tunjuk kat saya tu dah ok dah, tapi dia kena tambah graphic card la untuk main dota 2 tu.

main dota 2 Continue reading

(Visited 59 times, 5,312,215)

Tips dan trik menggunakan windows

Lama dah saya perhati benda ni, ramai yang tak tahu tips dan trik menggunakan windows ni, benda ni simple je, tapi ramai yang tak tahu, jadi hari ni saya nak kongsikan tips dan trik menggunakan windows yang akan memudahkan kerja anda seterusnya meningkatkan produktiviti anda.

Tips dan trik menggunakan windows

Butang windows:

Ramai sangat saya tengok yang bawak / scroll mouse dari atas ke bawah, dari kanan ke kiri semata-mata nak butang mouse yang mengambil masa beberapa saat. Padahal kalau tekan je butang windows pada keyboard tu, takde berapa saat pun. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 67 times, 5,312,215)

nak hack whatsapp orang

Assalamualaikum dan hai para sahabat, nak hack whatsapp orang? ape hal? Ok, berdasarkan ilmu dan skill seo abang yang tak seberapa, dan rentetan dari entri cara baca whatsapp orang ni, maka banyakla orang yang contact abang dengan tujuan nak hack whatsapp orang lain, terutama pasangan mereka.

nak hack whatsapp

nak hack whatsapp orang

Sejujurnya abang tak faham apa faedah korang nak hack whatsapp orang, dan isteri abang pon tak galakkan abang bantu korang nak hack whatsapp orang, terutama bagi mereka yang dah berumahtangga.

Bagi abang la kan, kalau dah tak ada kepercayaan, kesetiaan tu pun akan makin pudar. Tapi abang cuma boleh cakap je… korang nak percaya kat pasangan korang ke tak, nak setia ke tak, tu bukan urusan abang.

So abang nak kongsikan satu lagi software yang membolehkan korang untuk mengintip whatsapp pasangan korang yang korang dah tak percaya lagi dah tu. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 1,590 times, 5,312,215)