Belajar buat blog guna blogspot

kalau korang nak belajar buat blog guna blogspot, saya cadangankan jangan cari saya… hahaha…

Sebab blogspot bukanlah platform yang biasa saya guna, apatah lagi kepakaran saya. memang tak lah…

Ramai yang whatsapp, telegram, tweet, dan pm saya di fb nak belajar buat blog, malangnya nak belajar buat blog guna blogspot, terpaksalah saya mengecewakan mereka sebab blogspot bukan dunia saya.

Bukannya saya tak reti langsung guna blogspot, tapi sebab jarang guna, so bila akan datang mereka nak minta bantuan tentang blogspot, pastinya saya akan membuang banyak masa mereka sebab saya kena explore semula untuk cari penyelesaian dan bantu mereka tu.

Kalau nak tips penulisan, bolehlah saya kongsikan mana yang saya tahu, tapi saya sangat sarankan dapatkan bahan rujukan untuk jadi penulis yang hebat ni.

Belajar buat blog guna blogspot

Seriusly, pada mereka yang nak belajar buat blog guna blogspot, dapatkanlah ebook yang saudara anuar ni buat. Susah payah dia reka untuk memudahkan mereka yang nak belajar buat blog guna blogspot.

 

Lebih berbaloi berbanding mengharapkan saya yang guna wordpress ni untuk ajar anda semua guna blogspot.

Tips penulisan blog:

Salah satu benda yang selalu orang terlepas padang atau pandang remeh adalah submit sitemap di Google Search Console atau dahulunya dikenali dengan nama Google Webmaster tools. Saya ada tulis cara submit sitemap di webmaster tools di blog sayablogger.com

Cara submit sitemap di Google webmaster tools

Continue reading

(Visited 76 times, 5,372,299)

Apa beza antara blogspot dengan wordpress?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog alongxp.com, masih ramai lagi rupanya yang tak tahu apa beza antara blogspot dengan wordpress.

Ada blogger yang dah mula tertarik dengan wordpress, tapi takut sangat nak berhijrah kepada wordpress, sebab boleh dikatakan besar juga lah perbezaan antara 2 platform blogging ni.

beza antara blogspot dengan wordpress

Tapi pada saya, kalau korang boleh belajar menggunakan blogspot, kenapa tak boleh belajar menggunakan wordpress? berhenti dari duduk goyang kaki di zon selesa, berhijrah lah, mungkin ada hikmah yang lebih baik.

Tapi ada jugak orang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging yang tanya saya apa beza antara blogspot dengan wordpress bila saya tanya dia, dia nak guna blogspot atau wordpress untuk blogging?

Ada juga client yang mintak saya buatkan blog yang tanya apa beza antara 2 platform blogging ni. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 223 times, 5,372,299)

Cara install wordpress melalui Softaculous

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? Hari ni saya nak kongsikan Cara install wordpress melalui Softaculous.

Softaculous adalah salah satu skrip pemasangan-auto atau auto-installer script. Ia membolehkan anda untuk install aplikasi web popular seperti WordPress dengan mudah, dengan beberapa klik dan tanpa pengetahuan teknikal yang tinggi.

cara install wordpress

Syarikat penyedia webhosting seperti ServerFreak dan Gempakbox menggunakan Softaculous dalam control panel yang disediakan mereka.

Cara install wordpress melalui Softaculous

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 234 times, 5,372,299)

Ucapan terima kasih kepada pemberi komen

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar?(boleh tak korang jawab di ruangan komen?) Kali ni saya nak kongsikan cara untuk kita beri ucapan terima kasih kepada pemberi komen.

Ok, sebelum saya mengembirakan anda dengan tutorial cara memberi ucapan terima kasih kepada pemberi komen di blog anda, izinkan saya memberi kesedihan kepada anda.

Berita sedih ini adalah untuk pengguna blogspot, sebab entri ni adalah untuk pengguna self-hosted wordpress sahaja sebab ia memerlukan kita memasang plugin. Iaitu plugin Thank Me Later.

Ucapan terima kasih kepada pemberi komen

Pernah tak korang dapat ucapan terima kasih lepas korang bagi komen kat mana-mana blog? Mungkin pernah mungkin tak pernah. Mungkin di blog tu sendiri atau dapat ucapan terima kasih melalui email. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 250 times, 5,372,299)