Bodoh Involve Asia

Mohon jangan salahkan saya jika anda sakit jantung atau strok atau tekanan darah anda naik bila baca tajuk bodoh involve asia ni. Andai ada yang melatah, mungkin disebabkan perkataan bodoh atau anda tak tahu apa itu involve asia.

Involve asia adalah satu program yang dulu dikenali sebagai shopstyler yang memfokuskan pada jaringan affilate. Dimana affiliate pula bermaksud, kita dapat komisen bila pengguna beli barang yang kita promosikan melalui link kita.(harap faham ayat saya)

involve asia

Ok, apa maksud bodoh involve asia?? maksud saya bila saya kata bodoh involve asia tu sebenarnya saya yang bodoh involve asia. bukannya saya cakap involveasia ni bodoh atau bodoh punya involveasia. Saya dah tau lama pasal involveasia, dan saya pun dah lama register involveasia ni.

Tapi selama ni saya tak pernah explore pon benda ni, tu antara sebab saya kata saya ni bodoh involve asia. Continue reading

(Visited 18 times, 5,371,882)

Fakta tentang blog alongxp.com

Ini adalah satu entri yang menekankan berkenaan fakta tentang blog alongxp.com yang patut anda tahu.

fakta tentang blog alongxp.com

Fakta tentang blog alongxp.com #1

Satu blog peribadi yang secara asasnya berkongsikan hal berkaitan dengan teknologi

Secaara khususnya blog ini adalah blog yang berkongsi fakta tentang teknologi.

Berkongsi bagaimana menggunakan teknologi terutama sekali teknologi ICT

Berkongsi apa yang anda perlu tahu mengenai teknologi, terutama sekali teknologi ICT dari dulu hingga kini. Continue reading

(Visited 73 times, 5,371,882)

#lynkbloggerdinner menyesal

ni cerita hari jumaat yang lepas, bila mana saya turut dijemput ke satu event blogger yang saya kira agak mewah juga la walaupun di hotel 4 bintang iaitu #lynkbloggerdinner. Saya tak banyak pergi event blogger, tapi bukan tak pernah langsung, biasanya di cafe-cafe, dewan… tapi kali ni di hotel dan yang pastinya event #lynkbloggerdinner ni macam menampar muka saya yang tengah mamai dan itu seterusnya membuat saya menyesal.

Maknanya, lynk.my atau hexa cooperation mampu membuat event yang best untuk blogger juga la… dengan jumlah penaja yang saya boleh kata ramai, untuk event kali pertama, dengan menampilkan sharifah syahirah sebagai host event tu. Ko rasa biasa ke?

Habis tu kenapa saya menyesal? Ok, yang tu cerita kejap lagi… saya cerita step by step perjalanan saya nak ke event tu dari banting, selangor nak ke KL. Tak lah jauh sangat kalau tengok kat google map atau waze, cuba buat sendiri tengok… nangis ke tak hahahaha

Pukul 1700 waktu punch card tu, saya dengan pantas memecah kebuntuan office dengan menghasilkan bunyi dari punch card yang menumbuk kad saya. Tercengang bila mereka tengok saya orang pertama punch balik pukul 5, sebab saya selalunya balik lewat.

Berlari dari office menuju ke parking kereta tempat saya menyimpan lamborghini elemento saya.

lamborghini elementoGambar sekadar angan-angan

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 61 times, 5,371,882)

Belajar buat blog tak perlu belajar coding

Tak tahu nak translate perkataan coding tu kepada perkataan bahasa malaysia yang sesuai, tapi hakikatnya kalau nak belajar buat blog , tak perlu belajar coding pun.

Saya ada beberapa kawan yang mempunyai ilmu yang pada pandangan saya adalah sesuatu yang hebat, maknanya ilmu dia tu bukanlah ditahap biasa.

Saya galakkan dia buat blog, kongsikan ilmu tu kepada mereka yang tak ada banyak masa untuk pergi ke kelas untuk belajar ilmu-ilmu yang mereka ada tu.

Tapi mereka taknak buat blog sebab katanya nak kena belajar coding macam saya, gelak besar bila saya dengar mereka cakap macam tu. Hakikatnya, nak belajar buat blog tak perlu belajar coding pun.

belajar buat kod tak perlu belajar coding

Ramai yang berfikiran luas, terbuka dah berjaya dalam menulis blog tanpa tahu apa tu html, xml, css, js dan segala mak nenek yang lain.

Saya cakap dengan diorang, saya belajar coding sebab saya ni cerewet, saya nak rupa blog saya ni macam ni la, macam tu la… ditambah pulak saya ni jenis tak berapa nak banyak duit sebanyak mana demand saya, jadi saya belajar coding untuk merealisasikan apa yang saya bayangkan.

Ditambah pulak, saya mula blogging dizaman bukan segalanya auto. Lama kelamaan benda tu jadi minat, tu yang saya belajar coding.

Kalau korang rasa ada ilmu, belajar buat blog dan menulislah di blog.

Kalau korang suka menulis, belajar buat blog dan menulislah di blog.

Kalau korang suka membaca sekali pun, belajar buat blog dan menulislah di blog.

Kalau korang suka bercerita, belajar buat blog dan menulislah di blog.

Buat je blog guna blogspot dulu, tulis artikel dulu, baru fikir nak guna wordpress ke ape ke, design macam mana, iklan ke apa semua kemudia, yang penting tulis dulu.

Rahsia penulis HEBAT!!

Blog adalah tentang isi kandungan, Isi kandungan yang lengkap dan bermanfaat akan jadi tumpuan utama, gaya penulisan menarik akan menambahkan pembaca dan membuatkan pembaca kembali baca blog anda.

Banyak blog yang ada isi kandungan yang bagus walaupun gaya penulisan yang “biasa-biasa je” yang saya dah jumpa, tapi jadi top sebab isi kandungan dia tu lebih lengkap dan bermanfaat berbanding blog lain yang tulis benda yang sama.

Habis tu? nak tunggu apa lagi? belajar buat blog sekarang dan mula menulis, tak perlu nak tunggu-tunggu lagi, guna telefon pun dah boleh mula.

Hasil carian :

(Visited 61 times, 5,371,882)