cara uninstall windows store

Dah berminggu-minggu saya cari cara uninstall windows store di windows 10. Penting sebenarnya untuk tahu cara uninstall windows store ni sebab ramai parent yang merungut pc dan laptop mereka dipenuhi game yang diinstall dari Windows Store ni.

Jadi, saya pun carilah cara uninstall windows store ni di internet. Kebanyakkan yang saya jumpa adalah cara uninstall windows store di window 8, bukan di Windows 10.

cara uninstall windows store windows 10

Biasalah, bila cari penyelesaian untuk Window 7, jumpa penyelesaian untuk window 10, bila cari penyelesaian untuk window 10, jumpa yang untuk window 8, bila cari cara nak selesaikan masalah di window 8 pula, jumpa cara nak selesaikan masalah window xp. Nampak tak betapa susahnya jadi saya? hahahaha.

Tapi bila saya jumpa cara nak remove windows store dari windows 8 ni pun kira dah ok dah sebenarnya, sebabnya sistem windows 8 ni tak jauh beza pun dari Windows 10. Windows 10 ni kiranya dia tambah baik dari windows 8 je.

Hasil carian saya hari ni, saya jumpa beberapa cara yang kemudiannya saya cuba.

  1. Disable windows store melalui Group Policy.

Hasil carian saya, saya jumpa cadangan untuk buang windows store melalui cara Disable windows store melalui Group Policy macam yang dinyatakan dalam rajah dibawah.

Disable windows store

Langkah untuk untuk disable windows store melalui Group Policy ni macam ni.

  • Buka kotak run dengan menekan butang windows pada keyboard dan butang r.
  • Taip gpedit.msc dalam kotak tu dan tekan enter.
  • Sekarang, pergi pada bahagian User Configiration, double klik pada Administrative Templates, kemudian double klik pada bahagian Windows Components dan seterusnya double klik pada folder Store.
  • Disable windows store melalui local group policy editor
  • Sekarang, double klik pada Turn off the Store Application dan pilih Enable seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah.
  • Turn off Store
  • Lepastu tekan OK
  • Dah selesai buat tu, buka kotak run lagi sekali, kali ni taip gpupdate /force lepas tu tekan enter.
  • akan keluar kotak berlatarbelakang hitam, dan ia akan hilang lepas ianya selesai update Group Policy tu.
  • Sepatutnya paparan yang anda akan dapat adalah macam ni.

The store app is blocked

Kalau cara diatas tak berkesan (tak menjadi kepada saya), anda boleh cuba cara yang kedua ni.

2. Uninstall Windows store menggunakan arahan PowerShell.

  • Tekan butang start, dan taip PowerShell, pilih PowerShell

PowerShell Win10

  • Lepas tu taip arahan ni Remove-AppXPackage Microsoft.WindowsStore_11808.1001.10.0_x64__8wekyb3d8bbwe

Nama software anda mungkin sama, atau mungkin berbeza dengan yang saya kongsikan di atas, untuk mendapatkan nama pakage / app / software bagi Windows store anda, guna command ni.

<

p style=”padding-left: 60px;”>Get-AppxPackage | % {if (!($.IsFramework -or $.PublisherId -eq "cw5n1h2txyewy")) {$_}} | select Packag
eFullName

akan keluar senarai panjang berjela macam ni, Macam saya punya seperti dalam kotak yang saya tunjuk ni.

senarai windows store

highlight nama package bagi windows store anda dan tekan enter.Pergi pada penghujung command Remove-AppXPackage tadi, tekan space sekali dan klik kanan, nama yang anda copy tadi akan terpaste disitu.

  • Seterusnya tekan enter, akan keluar mesej macam ni.

uninstall dalam prosesBermakna ianya dalam proses.

  • Sekarang, kalau anda tekan butang windows dan taip store, akan kelihatan macam ni.

tak dapat buka windows storeKalau anda tekan Microsoft Store tu, tak akan jadi apa, walaupun anda tekan sampai jari anda bengkak.

Kalau anda tak nak uninstall microsoft store ni, anda boleh block windows store tu dari download game atau software untuk install dalam komputer anda melalui firewall windows sendiri.

Caranya:

  • Tekan butang windows pada keyboard anda, taip firewall, pilih windows defender firewall tu, maka akan keluar paparan macam ni, pilih Advance settings di sidebar belah kanan tu.

advance setting

  • Bila keluar paparan seperti dibawah ni, klik pada Outbound Rules, double klik pada Microsoft Store, dan akak keluar kotak seperti ini.

block microsoft windows storeKlik pada Block the connection, tekan Apply dan Ok.

  • Anda boleh lihat hasilnya seperti ini.

windows firewall

Cara ni bagus kalau anda nak senangkan kerja di masa depan. Kot-kot ada masa anda nak guna balik windows store tu, lepaskan je sekatan tu.

Andai kata semua cara diatas tak menjadi, maklumkan kat saya melalui komen. Saya akan cari penyelesaian lain.

Selamat mencuba.

Hasil carian :

Alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

3 thoughts on “cara uninstall windows store

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge