Cara nak buat laptop jadi laju

Laptop akak ni lembab balik la… lepas awak usik hari tu(usik laptop dia), dah laju, ni dah slow balik dah… macam mana nak buat laptop ni jadi laju balik? So kali ni saya nak share cara nak buat laptop jadi laju.

laptop lembab macam siputOwh ya, lupa lak nak cakap, ayat yang memula tu, yang akak tu, tu luahan rasa beberapa orang akak yang saya servis…. laptopnya…

Alah, benda simple je pon servis nak buat laptop jadi laju ni, semua orang boleh buat, tapi ada sesetengah orang yang perlu salin nota untuk ingat step yang tak seberapa ni.

laptop laju

Owh ya, cara nak buat laptop laju ni boleh digunapakai juga untuk komputer atau pc yang menggunakan sistem operasi windows.

Apa yang biasanya buat laptop atau pc jadi slow adalah disebabkan oleh lambakan fail-fail sampah yang wujud sementara kita guna komputer yang terkumpul setelah sekian lama dan kita tak pernah bersihkannya.

Ianya ibarat… korang buat draft kertas kerja, korang tulis atas beberapa kertas, dan bila dah dapat hasil akhir, kertas tu korang biarkan berlambak.

ATAU…

korang salin nota kat dalam kelas, kertas conteng-conteng, lepas tu korang salin apa yang korang tulis tu dalam laptop atau komputer, lepas tu kertas tu korang letak tepi, tak buang.

ATAU

korang dapat idea masa tengah drive atau masa dalam bas, korang catat atas kertas, sampai tempat kerja atau rumah, korang taip semula idea tu, kertas tu korang lambakkan atas meja.

Sampai satu tahap, ruang kerja korang dipenuhi dengan kertas-kertas sementara yang akhirnya menyusahkan korang nak bergerak atau nak mencapai sesuatu.

So kat sini saya nak share satu software dan beberapa tips macam mana nak buat laptop jadi laju balik atau pc korang jadi laju balik.

cara nak lajukan laptop

Cara nak buat laptop jadi laju

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,867 times, 5,335,149)

Software yang diperlukan untuk buat laptop jadi laju adalah ccleaner.

ccleanerdownload software ccleaner free ni dengan klik kotak hijau kat bawah ni.

Download software free

Bila korang dah download software ccleaner free tu, mestilah korang kena buka fail tu dengan double klik kan?

Bila dah double klik, dia keluar kotak, tekan yes.

Bila keluar install options tu, korang bolehla pilih nak biar tick semua ke atau pilih macam saya ni ha

cara nak buat laptop jadi laju

lepas tu tekan install, bila dah siap, saya cadangkan korang untick kotak view release notes macam saya buat.

 

cara nak buat komputer jadi laju

Bila dah klik finish tu, keluarlah paparan antara muka ccleaner macam dalam gambar kat bawah ni, antara muka ccleaner memang tak ada kena mengena dengan lagu antara gadis yang kutemui

antaramuka ccleaner interface

Korang boleh terus je klik run cleaner atau boleh je pilih apa yang nak dibersihkan dengan scroll lagi ke bawah dan pilih tab Aplications kat atas tu dan pilih apa yang nak dibersihkan dan apa yang taknak dibersihkan macam dalam gambar kat bawah ni

bersihkan laptopMacam kes saya, saya biasanya untick bahagian internet history dan internet session bagi kedua dua browser yang saya biasa guna.

Walaupun saya boleh je dapatkan balik history dan bookmark mozilla dan sebagainya, tapi saya lebih cenderung untuk biarkan je supaya senang saya nak sambung kerja.

ok, sambung balik cerita cara buat laptop jadi laju ni. Bila korang klik je butang run cleaner tu, akan keluar pop up macam ni.

lajukan pc

klik je ok… lepas tu, tunggu kejap… dah siap.

selesai membersihkan

macam tu lah lebih kurang bila dah siap… korang akan nampak berapa banyak jumlah yang dah dibersihkan.

Macam saya ni, 7.1mb sebab masa saya buat ni, saya tak tutup firefox dan saya skip untuk bersihkan fail firefox, kalau tak, beratus megabyte akan dicuci.

Lagipun, saya baru je buat benda ni semalam.

domain murah

(Visited 141,087 times, 5,335,149)

Saya ingat nak kongsi beberapa lagi tips untuk lajukan laptop dan pc, tapi yang ni pun dah cukup panjang dah, nanti saya sambung lah lagi ok?

 Owh ye… sila abaikan gambar background tu, tu bukan motor saya, belum mampu lagi nak beli, tahap kemampuan nak beli tu pun ibarat langit dengan kerak bumi. Gambar tu sekadar angan-angan pemberi motivasi untuk jadi rajin bekerja

 

 

 

Hasil carian :

(Visited 282 times, 5,335,149)

7 thoughts on “Cara nak buat laptop jadi laju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge