camne nak amik gambar air terjun yg cun?

beberapa minggu yang lepas,ada la sorang kawan ni tanya aku, cam mana nak amik gambar air terjun yang cun? pada aku, kalau nak cun tu maksudnya air yang deras mengalir tu jadi macam kapas lah…

aku bukan lah pandai sangat pon dalam photography ni.. kamera pon nikon D40 je.. budak2 skarang tengok kamera aku pon diorg gelakkan je.

kamera beginner je nih… masa aku beli ni dulu, aku zero dalam photograhy, masa tu aku tak tau pon apa kelebihan dslr ni, nama pon tak tahu, aku tau masa tu aku nak beli satu kamera gemuk yang warna hitam… hahaha… berbulan gak la aku guna mode2 cam auto n mode2 yang ada gambar tu, masa tu tak tau apa tu aperture, apa tu shutter speed, apa tu isoΒ sume aku tak tau, senang cerita apa pon aku tak tau… tu belum sebut bokeh, DOF, RO3 dan macam2 lagi lah.tapi lepas dah muntah2,migrain dok belajar sana sini. aku dah faham dah ckit2.

ok, berbalik kepada cerita pasal air terjun tadi, so aku cakap dengan dia, kalau dalam cuaca yang cerah, guna iso paling rendah yang ada, cam kamera d40 aku tu,iso paling rendah yang ada 200. pastu pakai apature yang kecil, santaklah sampai 18 ke hehehe… contoh gambar kat bawah ni..

ok, masa gambar ni diambil atau masa aku shoot, masa ni dah pukul 6 lebih, sebab pegi pon tak plan sebenarnya, tiba2 datang idea gila membe2 nak pegi tekala ni lpas balik kerja, so masa ni kiranya dah gelap lah.. so aku pakai iso-400, shutter speed 0.8 saat, aperture 11. ni yang aku faham lah, kalau salah tolong betulkan, aperture… bila disebut sebagai aperture besar,nilainya kecil contohnya f1.4, f 1.8, f 3.5,bila sebut aperture kecil, nilai nya besar, contohnya f 11,f 18,f 22 camtu lah…

ok… tengok gamba kat bawah ni pulak.

aku shoot yang ni dulu sebenarnya, sbb nak try n error… yang ni aku shoot guna shutter yang agak laju, 1/20 second, aperture 3.5, iso 800… korang boleh tengok beza buih2 air dengan kocakkan air tu.. lain kan? ada rasa cam nk cuba?jom kita shoot, ajak kawan2 yang ada dslr,kite pegi tekala ke gabai ke(sakit peha panjat gabai beb haha) kita try nak? hehe

Hasil carian :

(Visited 204 times, 5,372,061)

19 thoughts on “camne nak amik gambar air terjun yg cun?

  1. bro. ni la bnda 1st aku blajar msa pegang dlsr.. iso guna 200 je.. speed lg slow lg bgs.. aperture ikut lense blh takat mna.. mmg lawa jd dia.. tp klu nk lg lama kena pasang filter.. ak lupa nama filter utk landskap tu.. tp mmg ok.. xda la overxpose.. err, ni stakat ingat kembali je.. πŸ™‚

  2. hye! bgus tips ni tuk budak yg beginner. sy pun tak sampai setahun lagi guna slr. msih byk kena blaja. nnti bg la tutor lg k! =)

  3. Assalamualaikum,
    Hu hu hu saya memang suka ambik gambar, tapi tak penah dapat gambar cantik macam ni. Tak tau apa pun ilmu fotografi…main bedal je —-> kamera pun kecik punya je. Cita-cita je tinggi πŸ˜‰

  4. macam saya..kalau slow shutter lagi cantik kalau nk buat gambar last tu..buat bagi dia betul2 freeze ..mcm shutter speed tggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge