Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan ni bermula bila saya ternampak tweet kamil salleh.

Masa tu  nak je reply “selama ni tulis guna kaki ke? Hahaha” tapi hati ni tergerak nak tengok entri tu.

Jadi saya pon pergi ke link yang ada kat twitter tu. Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

Owh… Kamil salleh dicabar oleh suria lekat lekit yang mencabar blogger lelaki untuk menulis entri dengan tulisan tangan.

cabaran menulis entri dengan tulisan tangan
klik gambar kalau nak terjebak sekali

 

Apa? Suria lekat lekit ingat orang laki tak ada menulis tangan ke? Hehehe.

Kalau orang muda, budak-budak remaja mungkinla malas nak tulis tangan.

Tapi kalau orang yang muka muda tapi umur tak berapa nak muda macam saya, mungkin dah rajin nak tulis tangan.

Tambahan lepas saya beberapa kali tonton cerita abraham lincoln the vampire hunter, dan saya teringat hobi idola saya, Dr.M dimasa lapang iaitu menulis, buat saya terfikir.

“Orang yang hebat suka menulis ke?”

Kalau macam abraham lincoln tu, walaupun tak tahu betul ke tak dia suka menulis, tapi dalam zaman dia memang tak ada komputer, jadi mestilah dia tulis kat buku nota dia tu.

Tapi macam Tun Dr.M, zaman dia dah ada banyak gajet. Tambahan, dia bapa permodenan. Tapi kenapa dia tulis tangan?

Bak kata MNH dalam entri dia yang bertajuk Faktor bergiat dalam dunia blog.

Menurut Dr. Mahathir, orang yang menulis mempunyai fikiran yang sangat tajam

Saya seorang yang banyak berfikir, tu antara penyebab saya susah nak tidur juga.

Saya cuba satu anjakan paradikma, saya ambil kertas dan pen dan mula menulis, memang syok. Tapi mula-mula tu tulisan agak huru haralah.

Tapi saya dapat rasa kepuasaan dan lega bila dapat menulis tangan. Antara kelebihannya, ada bateri ke tak ada ke, tetap boleh menulis.

Tapi saya lebih suka menulis menggunakan pen yang bermata 0.7 dan prefer menggunakan ball pen dakwat basah.

Ok, dah panjang sangat bebelan saya, dengan ini saya menyahut cabaran menulis entri dengan tulisan tangan.

Dan… Instead of buat entri WW. Saya nak jadikan hari rabu, hari cabaran menulis entri dengan tulisan tangan.

So saya akan pilih satu coretan kat buku nota saya, saya akan scan dan terbitkan pada hari rabu.

Rasanya lebih berfaedah dari buat entri wordless wednesday.

So inilah dia coretan pertama bagi buat entri dengan tulisan tangan saya. Harap jangan baca semasa memandu, saya tak akan bertanggungjawab jika anda pengsan.

tulisan tangan buruk
boleh tahan… buruk… hahahaha

 

Hasil carian :

alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

You may also Like

Hari Raya in Malaysia

Hari Raya in Malaysia

June 29, 2018
Bodoh Involve Asia

Bodoh Involve Asia

October 30, 2017
Bongkar potensi diri part 1

Bongkar potensi diri part 1

September 25, 2017

19 Comments

  1. Idea untuk menulis blog - Alongxp.com

    24th Apr 2015 - 7:57 am

    […] itu juga, saya biasakan diri saya untuk membawa pen dan kertas ke mana-mana, pergi makan, pergi mandi, pergi buang air besar, masuk tidur, pergi merokok dan […]

  2. alin marlini

    17th Mar 2015 - 10:09 pm

    Cantik jugaj tulisan along
    alin marlini kata cerita ni best –>>Mini Library

    • Alongxp

      18th Mar 2015 - 8:06 pm

      cantik? hahahahaha….

  3. hafizi

    14th Mar 2015 - 9:55 am

    hahaha…susah nak tulis tangan.. hahaa along buat la entry COC bagi promote clan blogger tu hehehe

    • Alongxp

      14th Mar 2015 - 9:59 am

      aku malu… level rendah… trphy ckit, kalau tak dah lama dah aku buat… tp insyaAllah aku akan buat nanti hehehehe

  4. emalinmohd

    12th Mar 2015 - 1:31 pm

    Untuk lelaki sahaja ye? tapi tulisan saya pun tak cantik. kalau ada untuk,wanita malu nak publish tulisan sendiri..hihi
    emalinmohd kata cerita ni best –>>Suamiku Pemalas Sekadar Mitos Atau?

    • Alongxp

      12th Mar 2015 - 2:45 pm

      asalnya ni untuk perempuan, tapi lelaki dicabar untuk buat…

  5. eyfa writer

    11th Mar 2015 - 11:19 pm

    Wah menarik ni buat entry tulisan tangan along,sy dah terbiasa menaip hehe agak kekok untuk menulis di tambah bila ada sesi temuramah along tahu la kan boleh jadi ala ala tulisan doktor hehee…nak cepat dan perlu kepantasan bila ada temuramah sbb sy xguna voice recorder utk sesi temuramah sbb sy xnk bertentang mata haha boleh tak bg alasan ni??kalau sign tu ok la heehe..apapun tulisan along nice 😉
    eyfa writer kata cerita ni best –>>PUAK SAMI KANIBAL DI INDIA YANG DI GERUNI

    • Alongxp

      12th Mar 2015 - 8:52 am

      ini macam punya orang pon ada ka? hahahaha

  6. blogger lelaki

    11th Mar 2015 - 9:12 pm

    aku je yg belum berani nak buat..bukan apa takut nnti orang tak faham aku tulis
    blogger lelaki kata cerita ni best –>>Apa Yang Patut Dan Tak Patut Dibuat oleh Blogger

    • Alongxp

      12th Mar 2015 - 8:52 am

      alah… tulisan aku tu orang faham ke? buat jela…

  7. azstory311

    11th Mar 2015 - 8:14 pm

    “And to be honest, cukup mudah untuk baca personaliti anda berdasarkan 2 gambar ni. Sekian terima kasih… hehehehehehehe”

    – so then please tell me..
    azstory311 kata cerita ni best –>>[Suria Lekat Lekit] Cabaran Menulis Entry Dengan Tulisan Tangan

    • Alongxp

      12th Mar 2015 - 8:47 am

      hehehehe… yang tu untuk kegunaan peribadi je, bukan untuk dijual.. hahahaha… tp org tulisan macam ni, dia biasanya kreatif la, not typical somehow and happy go lucky, tu je boleh bgtau

  8. Helmi Aliarit

    11th Mar 2015 - 3:56 pm

    Menarik, boleh dibuat dalam blog saya. 🙂

    Rasanya tulisan saya lebih buruk. 🙂
    Helmi Aliarit kata cerita ni best –>>Kapal Terbang Ini Cuba Mengelilingi Dunia Dengan Hanya Menggunakan Tenaga Solar.

    • Alongxp

      11th Mar 2015 - 4:11 pm

      amat dialu-alukan untuk buat…

  9. MNH

    11th Mar 2015 - 2:29 pm

    Pada saya yang penting sesuatu penulisan itu mestilah boleh dibaca. Buruk takpe asalkan boleh baca

    • Alongxp

      11th Mar 2015 - 3:28 pm

      yg tu boleh dibaca? hahahaha

  10. lekatlekit

    11th Mar 2015 - 11:36 am

    terima kasih kerana berani sahut cabaran ni. tak ramai blogger lelaki yang sporting. Apapun tulisan awak tu kategori boleh lulus lagi sebab masih boleh baca… tapi entri ni serius tak berapa wordless hahahaha..
    lekatlekit kata cerita ni best –>>KAFE DALAM KANDANG KAMBING

    • Alongxp

      11th Mar 2015 - 11:41 am

      untuk yg kali ni, wajib nak panjang2 sebab SEO… hehehehehehe

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Archives

×