bukan nak kurang ajar,tapi sesekali kena ajar!!!

Hari ni aku kiranya bertindak agak kurang ajar la, sbb melanggar arahan dari pegawai atasan, bukan niat aku nak kurang ajar, selama ni aku buat je apa yang diorg nak,aku ikutkan jugak,cuma sekarang ni, aku dah muak ngan sikap sambil lewa diorang dalam melakukan tugas.

mentang2 la pangkat diorg besar, kedudukan diorg besar, suka2 je arahkan tanpa bagi surat, mintak maaf,dah 2 kali aku terkena, satu kejadian, bila jadi sesuatu yang tak diduga, langsung diorg tak nak backup aku. satu lagi, kata nak bagi surat, dah 7 bulan surat tu xkelua2, dah 2 kali dah aku isukan, bendanya simple je. tapi dek kerana simple lah diorg buat keje main2.

bila bercakap bukan main lagi nak tunjuk diorg hebat, nama dia jugak yang naik,orang lain yang wat rajin,orang lain yang terkenal, beria aku rajin2 pon, jangankan orang nak pandang, kebajikan pon diabaikan. ni ke balasannye?

mintak maaf la ye… zaman TOLONG saya pada tuan dah habis. ckit2 boleh,ni nak kena pegi jauh2, duit minyak xde,claim belom tentu dapat, surat xde, kalau jadi ape2, belom tentu tuan2 semua nak backup saya,silap2 lepas tangan je, cam kejadian kamera jatuh dulu, kalau saya nak fight, boleh je… tapi tolong punya pasal, xde la nk fight. so cukup2 la… bia la orang lain lak jadi mangsa ye? mekasih…

 

{prtm}

Hasil carian :

(Visited 316 times, 5,351,408)

20 thoughts on “bukan nak kurang ajar,tapi sesekali kena ajar!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge