Bongkar potensi diri part 1

Bukan mudah jadi saya (Alongxp) ni… dia seorang yang banyak pengalaman, sebab tulah namaya ada XP, singkatan dari eXPerience. Jadi bila dah banyak pengalaman, banyaklah panduan. bila banyak panduan, agak susah nak predict dia ni macam mana, so bila susah nak predict, susahlah nak bongkar potensi diri dia.

alongxp

Bukan sorang dua counselor cuba nak ‘korek’ personaliti dan potensi diri alongxp ni. di ‘haha’ kannye aje. dah la benda yang general je diorang dapat korek, banyak pulak tu yang salah.

Mana tak di ‘haha’ kannye… diorang dengan bangganya diorang cakap diorang boleh ‘membaca’ seseorang tu sebab diorang dah kursus benda ni.

Bukan senang nak baca alongxp ni… orang pertama yang saya jumpa yang dapat membaca personaliti saya adalah karim (bukan nama sebenar), nama karim tu pun si karim letak sendiri berdasarkan personaliti dia.

Sulaiman adalah nama yang dia letak pada saya. Dia cakap dengan orang lain, tak boleh panggil pendek, sol ke, leman ke, man ke, tak boleh… kena panggil sulaiman, penuh!!!

Orang kedua yang dapat korek personaliti saya adalah Dr.MIR Hazil dari pusat hijrah diri. Bila g pusat hijrah diri tu, perkara pertama kami kena buat, g scan aura menggunakan Mesin AVS (Aura Video Station). Hasilnya… aura saya adalah warna jingga.

Ni sedikit penerangan pasal personaliti warna jingga.

Personaliti jingga juga mampu menjadi seorang pemimpin yang kreatif. Namun begitu, mereka tidaklah terlalu kisah mengejar untuk menjadi pemimpin. Mereka memimpin melalui fizikal dan semangat mereka.

Personaliti jingga juga dianggap sebagai seorang penyelesaian masalah yang kreatif. Apabila cuba menyelesaikan masalah, mereka akan melihat daripada segala aspek. Mereka akan mengira risiko sesuatu masalah tersebut. Mereka juga akan mengira sumber-sumber yang lain sama ada mencukupi atau tidak dalam menyelesaikan masalah.
Selepas melakukan banyak pertimbangan dan penilaian, barulah mereka mengambil tindakan.

Personaliti jingga merupakan seorang yang kuat bekerja. Mereka amat sesuai untuk pekerjaan yang memerlukan kekuatan, semangat yang tinggi, tidak takut dan mempunyai kemahuan yang membara. ‘Cabaran’ dan jingga adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Personaliti jingga akan lebih berasa gembira

Pekerjaan personaliti jingga yang sesuai adalah ahli perniagaan, pereka , arkitek, penyiasat persendirian dan pemaju.

patutlah saya suka benda berkaitan siasatan dan yang sama waktu dengannya.

Bongkar potensi diri

Tu baru umum tau… tu baru penilaian umum. Kebanyakkan orang kenal saya sebagai orang teknikal, sebab saya orang it, dan saya memang orang yang jenis logik. boleh juga dianggap orang binary, 1 dan 0 sahaja.

Tapi sangat-sangatlah sedikit orang yang tahu saya ni kreatif. definisi kreatif ni subjektif. macam saya, kreativiti saya berbeza dari apa yang kebanyakkan orang fikir.

Sebab saya mampu menggunakan kedua-dua belah otak dengan seimbang, kebanyakkan orang dominan guna sebelah je.

Berdasarkan ujian ni kedudukan lengan dan ibu jari ni.

Bukan ni je ujian yang perlu dibuat untuk mengenali personaliti dan mombongkar potensi diri. Banyak lagi cara dan ujian yang perlu dilalui untuk

Tarikh lahir pun salah satu cara yang diambil kira. Kalau nombor plat kereta tu… kira mengarut dah tu. Kalau orang tu ada 3-4 kereta? hari-hari dia tukar pakai? kalau orang tu broker used car? macam mana nak kira tu?

So tempat yang betul dan orang yang betul untuk kita bongkar potensi diri adalah di Pusat Hijrah Diri dengan Dr.Mir Hazil.

Orangnya luar biasa, terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak ilmu. Benda yang selama ni kita fikir ilmu bangsa lain, sebenarnya adalah ilmu dalam islam juga. Tapi selama ni kita tak banyak pendedahan sebab di dedahkan dengan dan oleh orang yang salah dan informasi yang menyimpang jauh.

Dr.Mir Hazil ni dia sangat terperinci, kalau korang bertuah, korang akan berjumpa orang yang boleh cerita testimoni ngan dia, korang boleh menangis dengan dalamnya ilmu Dr.Mir Hazil ni

Dengan Dr.Mir Hazil,selain scan aura, jelaskan maksud aura warna kita, dia ada terapi untuk aura kita, akupuntur pun dia ada buat, reiki pun dia buat dan beliau adalah Master In Reiki.

PUSAT HIJRAH DIRI

No. 24C,

Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K,

Seksyen 9,

40100 Shah Alam, Selangor.

g sana, scan aura warna korang. pastu jumpa dr.mir… fahami dan bongkar potensi diri korang tu.

Bukan sekadar untuk bongkar potensi diri je, banyak ilmu yang korang boleh dapat dari Dr.Mir Hazil ni. korang juga akan ter reset minda bila jumpa beliau ni. banyak benda negatif akan berubah jadi positif bila jumpa dengan dia.

Macam saya cakap tadi, orangnya luar biasa, baru 2 kali saya jumpa dia. Tu je pun dah cukup banyak untuk saya ceritakan sampai post ni je dah lebih 700 patah perkataan sebab tu saya terpaksa buat beberapa part untuk entri bongkar potensi diri ni.

Saya akhiri post bongkar personaliti diri ni dengan ucapan salam maal hijrah 1439 dan jemputlah tonton video saya ni

Dan jemputlah subscribe ye… terima kasih

p/s: bukan sengaja hempas kalendar tu, nak letak, tapi caranya tu buat nampak dan bunyi macam menghempas

(Visited 24 times, 5,375,413)

6 thoughts on “Bongkar potensi diri part 1

  1. saya pun mahu discan..

    dah nampak potensi diri..

    namun potensi tersebut belum mencipta kejayaan besar..

    kejayaan kecil banyak..itu pun dah sangat bersyukur..

    misalnya kejayaan membaca artikel dan menulis komen lagi tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge