Blog peribadi yang best – tagline baru

Blog peribadi yang best

Blog peribadi yang best – itulah tagline baru blog saya. Best ke? saya rasa best… hehehehe.

Kenapa saya buat tagline blog saya ” Blog peribadi yang best “? Entahlah, tak tahulah nak cakap, tagline tu timbul malam tadi masa tengah draf satu entri Permulaan dalam dunia blogger.

Dalam entri tu saya nak tekankan, kebanyakkan blogger yang berjaya dan popular bermula dengan blog peribadi.

Entah macam mana timbul idea nak buat tagline blog macam tu.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Saya tak ingat entah berapa kali saya tukar tagline blog ni, cuma apa yang saya ingat, pada awal saya buat blog ni, menggunakan domain kakicandid.com, sampai dah bertukar ke alongxp.com, saya guna tagline Ni La BlOg Aku.

Lepas tu saya ada tukar tagline blog ni ke ke satu lagi tagline lain. Tapi saya tak ingat apa dia.

Lepas tu saya tukar tagline Bukan blog tutorial, bukan blog hacker.

bukan blog tutorial, bukan blog hacker

Sebab masa tu banyak sangat keyword yang dicari di blog ni adalah tutorial, dan cara nak hack, cara nak hack whatsapp la, cara hack wechat la, cara hack facebook la.

Tapi sebelum ni saya terfikir nak buat tagline bukan blog lucah, bukan blog hacker, sebab keyword lucah dan hack antara keyword yang paling banyak digunakan untuk sampai ke blog ni.

Tapi fikir-fikir balik, tak payahlah buat tagline macam tu. Jadi saya buat tagline bukan blog tutorial, bukan blog hacker.

Malam tadi ingat nak tukar terus, tapi line tenet lembab pulak malam tadi, dan mata saya ngantuk gila malam tadi, pukul 10 saya dah masuk tidur.

Jadi pagi tadi saya tukar tagline blog saya ke ” Blog peribadi yang best

blog peribadi yang best

Best ke tak best tu tak tahulah, yang saya tahu blog saya best, sebab tiap-tiap hari saya nak menghadap. Kalau tak bukak blog saya sehari tu rasa macam nak demam.

Ok, rasanya cukuplah sampai sini je saya merapu hari ni, nak cuba siapkan entri Permulaan dalam dunia blogger, yang saya nak tujukan khas untuk isteri saya dan buat semua yang baru menceburkan diri ke dalam dunia blogger.

 

 

Hasil carian :

alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

You may also Like

Hari Raya in Malaysia

Hari Raya in Malaysia

June 29, 2018
Bodoh Involve Asia

Bodoh Involve Asia

October 30, 2017
Bongkar potensi diri part 1

Bongkar potensi diri part 1

September 25, 2017

12 Comments

  1. Cara nak baca whatsapp orang lain - Alongxp.com

    31st May 2015 - 7:04 am

    […] saya dah pernah guna tagline bukan blog tutorial, bukan blog hacker, tapi ramai jugak yang cari cara nak baca whatsapp orang lain, cara nak hack whatsapp, mcm mana nak […]

  2. blogger lelaki

    16th Mar 2015 - 8:51 pm

    aku pun dah tak ingat tagline blog aku masa2 mula2 buat blog dulu
    blogger lelaki kata cerita ni best –>>Apa Yang Patut Dan Tak Patut Dibuat oleh Blogger

  3. Aretikz

    14th Mar 2015 - 10:25 am

    Weehuu ~ ok tu tagline.. kira alongxp punya nama domain pun dah nampak mcm blog peribadi.. kalau aku lak.. mcm xda kaitan nma blog dengan personal.. haha..
    Aretikz kata cerita ni best –>>Rumah 1 Malaysia

    • Alongxp

      14th Mar 2015 - 10:30 am

      tu bunyi macam nak beli domain baru je… hehehehe

  4. Vander Good

    14th Mar 2015 - 12:33 am

    Tagline yang boleh menarik minat pembaca untuk masuk dalam blog ni…hehe…
    Vander Good kata cerita ni best –>>Tips untuk kurus

  5. Ali Kanchan

    13th Mar 2015 - 10:38 pm

    Tagline? ntah ler apa motif tagline aku hahahah
    Ali Kanchan kata cerita ni best –>>Rawat Diri Dengan Bismillah 5

  6. encikarman

    13th Mar 2015 - 6:36 pm

    tag line ek, lupa plak tag line blog saya apa ya. kena seyes dalam memberi tagline blog ni.
    encikarman kata cerita ni best –>>Duit Online Dari Invoice Ke-2 Lazada Dah Masuk

  7. rina

    13th Mar 2015 - 5:07 pm

    bOLEH LAYAN tag line tu.. GOOD2…

  8. lekatlekit

    13th Mar 2015 - 3:51 pm

    erkk.. tak sure blog saya ada tagline ke tak sebab saya tak berapa kisah.. yang saya tahu saya enjoy tulis blog & saya akan terus tulis selagi saya enjoy buat benda tu hehehehe
    lekatlekit kata cerita ni best –>>NI CARA NAK MAKAN PEDAS KETIKA ULSER TANPA RASA SAKIT

    • Alongxp

      13th Mar 2015 - 4:26 pm

      ada… tagline tulah dari dulu sampai sekarang…

  9. eyfa writer

    13th Mar 2015 - 1:12 pm

    Tagline pun memainkan peranan kan long,sebelum ni saya ada tagline tapi mcm tak sesuai je..kena cri yang lebih sesuai hehe..betul tu along ..mgkin blog ni dah jadi jiwa kan bila tak hadap blog ..ish rasa mcm ada yg xsmpurna..pernah line internet tak ok sebelum ni..bukan setakat nak demam long…meroyan pun ada hehe
    eyfa writer kata cerita ni best –>>GARA-GARA COKLAT “HAMPEH” MEMPUNYAI LOGO KEPALA BABI,CADBURY DI FITNAH LAGI

    • Alongxp

      13th Mar 2015 - 3:03 pm

      kan? macam serba tak kena kan? huhuhu

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Archives

×