Loading...

Blog kena remove ke?

gambar dari google

Marah tau kalau saya gelak bila blog korang kena remove? marah kan? itu lah yang saya rasa bila saya ping blog di fb, lepas tu ada orang komen, eh… kalau komen tak pe, tapi ni komen yang meletakkan link blog, kalau mood saya tengah baik, saya abaikan je… kalau mood saya tak cukup baik, saya akan mark as spam… kejam tak? macam kejam kan? tapi itulah law internet, bila korang buat macam tu, maksudnya korang komen dan dengan sengaja meletakkan link, itu dikira spam, kalau korang buat benda yang sama di 10 post, 10 orang yang post tu mark komen korang tu kat spam, maka url blog korang tu dah dimark search-search engine sebagai spam, antara search engine tu tentulah encik google, owner kepada blogspot, platform korang tu…

korang tahu tak? kalau kat blog saya ni, komen2 ada link dalam komen tu, akismet akan terus detect sebagai spam dan mengasingkan comment tu ke ruang spam, dan bila komen tu dh masuk ke dalam ruang spam, saya tak akan dapat emel bgtau ada komen untuk di approve. kadang2 saya terlepas pandang bahagian spam tu, so lambat lah komen tu di approve. Blog saya ni berplatformkan wordpress, blog wordpess berhosting sendiri ni selalunya lebih mudah di capai oleh search engine, oleh yang demikian, blog korang yang dikira spam tu pon dikesai oleh search engine… so… tu yang kena remove… korang tak perlu nak letakkan link blog korang dalam ruang komen, sebab… bila nak komen tu kan dah ada ruang untuk letak nama, email dan url blog/website, so isi la dalam tu, dan commentluv akan masukkan latestpost korang dalam ruang komen tu secara automatik, yang tu tak dikira spam, dan google tak akan cop komen korang sebagai spam dan blog korang tak kan kena remove. klik sini untuk selesaikan masalah blog kena remove atau claim balik blog korang.

kalau rasa nak berblogging lama, taknak kehilangan visitor blog, hentikanlah spam kat komen tu… jangan nak kejarkan visitor, blog korang kena remove, visitor hilang lagi ada lah… lagi rugi.. tambah2 tengah ramai visitor, ape pon tak dapat…  sebarkan entri ini untuk pengetahuan ramai lagi blogger, terutama skali yang suka letak link kat komen tu.

5 comments
  1. Garfield

    Satu lagi kelemahan Blogspot adalah, ia mudah disabotaj.
    Kalau you nak kenakan seseorang, just report sake blog tu sebagai spam blog. Biasanye blogspot takkan check dan akan terus suspend blog tu.
    Garfield kata cerita ni best –>>Merry Christmas To Everyone!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge