Bisnes online – apa yang perlu?

bisnes online

Sekarang ni ramai yang dah mula buat bisnes online, tapi banyak gak yang membuatkan perniagaan yang mudah tu jadi susah. Kerja yang memerlukan 3-4 langkah je dah jadi sampai 10 langkah. silap-silap perniagaan kena tutup, atau peniaga kena tahan pihak berkuasa. contoh berita yang saya ambil ari blog sebelah

 2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

Nampak tak betapa bahayanya? haha… takut tak? so langkah yang perlu korang buat untuk mula berniaga online ni, korang mestilah mendaftarkan syarikat, saya tak pasti kalau boleh daftar syarikat tu secara online, tapi saya try search daftar ssm online tadi, hasil yang saya dapat mengatakan sistem tu ditutup sementara. kali terakhir saya dengar member saya yang kata nak daftar syarikat melalui internet pon akhirnya buat secara offline.

Ok, sambung balik topik bisnes online ni, entri ni sebenarnya saya buat sebab saya dimintak tolong(tapi ada upah la hehe) setupkan website e-commerce, kerja tu boleh jadi senang, dan tuan punya website pon akan jadi senang nanti bila semua benda yang diperlukan lengkap. apa yang perlu?

  • Nama syarikat
  • nombor pendaftaran syarikat
  • pengenalan tentang syarikat
  • contact
  • lokasi
  • servis yang disediakan
  • produk
  • saluran pembayaran
  • cara penghataran

 

ok, sedikit penerangan tentang perkara2 kat atas tu, nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat tu maknanya benda2 yang korang guna masa daftar syarikat tu, contohnya alongxp network sdn.bhd nombor pendaftaran syarikat  3422fdz12-v (contoh je)

pengenalan tentang syarikat : contoh : alongxp network adalah satu syarikat rangkaian org2 yang suke duduk depan komputer mencari bahan dan upload ke website alongxp.com. kumpulan kami terdiri dari 15 orang yang sentiasa ada online, sebab dunia kami semua depan pc, kadang2 mak atau isteri kami sampai  tarik telinga kami ajak pegi makan.

Contact : contoh : hubungi kami di

alamat : no 55, jalan seri,

taman landak,

tampin,

negeri sembilan

tel : 0129753123 (contoh)

email : admin@alongxp.com

twitter http://twitter.com/alongxp

http://fb.com/blogalongxp

Lokasi : sama dengan alamat

 

servis yang disediakan : servis yang disediakan ni maksudnya perkidmatan yang anda tawarkan kepada pengguna. contoh : menjual kain pelekat gajah bertimpuh, kain batik cap kaki palsu, menjual baju kanak-kanak berumur dari 3 bulan hingga 12 tahun.

Produk : bila anda mengupah seseorang untuk membuat web e-commerce untuk anda memulakan bisnes online anda tu, jika anda mengharapkan yang anda terus boleh memulakan perniagaan melalui internet dari web e-commerce anda, tolong bagi detail tentang produk2 anda, seperti gambar, harga, berat, saiz, kualiti, buatan, dan kalau perlu, jumlah stok. ini akan memudahkan anda dan pembina laman web anda. so tak perlu nak habis kredit atau membuatkan bil telefon anda melambung untuk membincangkan perkara-perkara ni.

saluran pembayaran : bagi detail cara pembayaran yang anda tawarkan kepada pengguna, nombor akaun bank, akaun paypal, kalau anda membenarkan cod, bagi detail area mana yang anda cover. so anda tak perlu dah nak usik2 bahagian setting tu, belajar je macam mana nak tambah produk.

cara penghantaran : jelaskan cara penghataran yang anda gunakan, guna courier ke, cod ke pos ekspress ke, so detail ni boleh dimasukkan dalam laman web e-commerce anda, sebab mungkin ada sesetengah orang yang serik dengan beberapa jenis penghataran atau syarikat penghantaran, contoh paling jelas, saya sendiri, cukup serik dengan pos ekspress, 2 kali dah terkena, benda tak sampai, 1st time masa saya belajar, hantar borang kat orang, borang tak sampai2, lagi sekali, tahun lepas, OP(Offical Photographer) saya hantar album gambar persandingan saya, tak sampai2… dan anda mungkin boleh menyatakan jumlah cas yang dikenakan bagi setiap jenis penghantaran.

 

bisnes online dari rumah

gambar sekadar hiasan

 

notakaki: ada sesetangah orang mengadu, kenapa kos nak buat web terlalu tinggi yang webprogrammer kenakan? well.. pada saya, memang patutla diorg kenakan nilai yang tinggi, nak costumize cms je pon dah memerlukan ilmu programming, ilmu tu bukan boleh dapat senang2… even kalau webmaster tu belajar sendiri pon, masa yang digunakan tu, tinggi nilainya, nak servis komputer lagi, bill elektrik,bill internet, bayaran plugin,theme, banyak lagi la… so jangan berkira sangatla kan? 🙂 Penerangan lebih lanjut kenapa upahnya mahal sangat disini Kenapa upah mahal sangat

 Panduan lengkap bisnes online

 

Hasil carian :

(Visited 281 times, 5,350,533)

3 thoughts on “Bisnes online – apa yang perlu?

  1. untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni http://www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi…yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9…lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge