Bila simkad hilang , apa nak buat?

Inilah antara padah bila banyak telefon dan banyak simkad. Risiko sama ada hilang telefon atau simkad hilang pasti akan dialami.

Simkad dan telefon yang hilang tu adalah simkad maxis saya, nombor yang ramai orang tahu dan telefon pintar percuma yang myeg bagi saya dulu.

Telefon tu boleh hidup, tapi… bak kata pepatah, ‘hidup segan mati tak mahu’ tapi rasanya istilah mati tak mahu tu macam tak sesuai pulak, sebab dia rajin mati dan restart sendiri.

Jadi mungkin pepatah yang sesuai untuk telefon tu adalah “hidup segan, mati je manjang”

Dahlah terhad nak install aplikasi, jadi sudahnya telefon tu dah jadi macam telefon zaman muda saya dulu, zaman nokia 3310, ericson t15 dan yang sama jenis dengan display monorchrome.

Setakat boleh guna untuk call dan sms, itupun selalunya tak boleh gak sebab asyik hang dan keluar error segala benda stoped.

Lebih menyedihkan lagi, susah betul nak charge, nak kata cable atau charger yang problem, bila guna cable atau charger yang sama di telefon lain, elok pulak chargingnye.

Bila dah susah nak charge, maka susahlah nak hidup, bila dah susah nak hidup, telefon kecik bewarna hitam tu selalu la dibuat main oleh anak dara saya ni

Lepas tu dia letak merata sampai sekarang tak jumpa, bila cuba misscall, gagal sebab telefon tu dah mati dek kerana susahnya nak charge.

Kesudahannya, 2-3 minggu sekali, atau sebulan sekali, saya akan topap nombor tu melalui online banking atau melalui agen topap. Sekadar nak bagi nombor tu hidup.

simkad hilang

Sejujurnya bila simkad hilang, terutama sekali bila simkad hilang tu pula simkad nombor maxis yang dah ramai sangat orang tahu, hati saya agak tenang sebenarnya. hehehehe

Sebabnya saya tak suka bercakap di telefon, paling utama sekali adalah, saya tak suka di call.

Niat nak tukar simkad hilang tu dah lama dah, tapi dek kerana kebizian melampau dan tahap pelupa yang parah, niat nak tukar simkad tu asyiklah tertangguh.

Tapi baru ni saya ternampak sesuatu yang mengujakan.

Tukar simkad dapat sejuta ringgit

Bila nampak offer yang maxis tawarkan untuk pengguna simkad 3g maxis, untuk ditukarkan kepada simkad 4g, rasa nak menyelongkar seluruh rumah tu membuak-buak. walaupun dah pernah buat dah.

sape baca blog ni, jangan bagitahu orang lain pasal offer Tukar simkad dapat sejuta ringgit tu tau. Mana lah tau harapan saya nak dapat RM1,000,000 akan jadi lebih tinggi bila ramai tak tahu. hehehehe

(Visited 40 times, 5,333,694)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge