Bila isteri jadi blogger

Bila isteri jadi blogger

Bila isteri jadi blogger, apa yang akan berlaku?

Isteri siapa yang jadi blogger? Pastinya isteri saya sendiri.

Seperti yang saya nyatakan dalam entri permulaan dalam dunia blogger, saya ada beritahu yang saya baru buatkan blog untuk isteri saya.

Dan banyak entri-entri untuk blogger baru yang saya tulis selepas itu saya tujukan khas untuk isteri saya dan kepada mereka yang baru jadi blogger.

Bila isteri jadi blogger, banyak manfaatnya, terutama sekali kepada suaminya, yang juga seorang blogger, contohnya seperti saya, Alongxp.

suami isteri jadi blogger

Bila isteri jadi blogger, barulah dia makin faham kenapa saya selalu tidur lewat. Walaupun dia tak pernah bising atau pertikai  atau merungut sebab saya selalu tidur lewat, tapi bila dia pon dah jadi blogger, saya lebih senang hati.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,893 times, 5,371,857)

Secara jujurnya, saya tak sangka yang bakat menulis isteri saya tu, pada saya lebih bagus dari saya yang dah lama berblog ni.

Entri dia melebihi 400 patah perkataan yang mana itu adalah melebihi “recommended minimum” bilangan patah perkataan yang diperlukan bagi menghasilkan sebuah entri yang mesra seo.

Dia memang pandai mengolah ayat, berbanding saya. Mungkin penangan dia rajin baca novel kot.

Tak kisahlah, janji dia nak menulis blog, sehingga saya hasilkan entri ni, dia dah hasilkan 4 entri di blog dia, ziramaya.my , entri yang terbaru yang dia dah terbitkan masa saya tulis entri ni adalah apa itu fibroid.

Bila isteri jadi blogger ni, ia juga jadi satu cabaran dan motivasi kepada saya, blogger yang kiranya boleh dikategorikan blogger senior sebab saya dah bermula lebih awal dari dia.

Bila isteri jadi blogger, saya perlu buat lebih baik dalam berblogging untuk menjadi contoh kepada beliau. Banyaklah kot tutorial yang saya akan hasilkan lepas ni.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,371,857)

Yelah, kalau dia tanya, maknanya ada orang lain pun macam dia, jadi… seseorang perlu memberi tunjuk ajar. Mungkin orang lain dah buat, tapi saya sebagai orang yang depan mata dia, apa salahnya saya pon buat jugak kan?

Harap-harap dia teruskan berbog macam redmummy, cik epal dan blogger-blogger wanita yang lain. Tak mustahil saya akan renew domain ziramaya.my tu bila dia nak expired nanti.

Kalau korang rajin, singgah-singgahlah ke blog ziramaya.my tu ye.

Hasil carian :

(Visited 233 times, 5,371,857)

12 thoughts on “Bila isteri jadi blogger

  1. Bagus nya suami isteri minat tulis blog..dulu saya pernah buatkan blog untuk suami tapi dia tak minat.dia lebih suka membaca dari menulis..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge