Bertambah setahun lagi.

Sebelum saya lanjutkan penulisan saya tentang bertambah setahun lagi, adalah hendak saya tekankan disini apa yang bertambah setahun lagi ni tiada kena mengena dengan kerajaan baharu yang baru sahaja cukup umur setahun baru-baru ini. (baru-baru ini atau baharu-baharu ini? seriously saya memang tak bahagia betul dengan penggunaan baharu sebagai pengganti baru.)

Ok, apa yang bertambah setahun lagi? umur saya? itu beberapa bulan lagi. Bercakap pasal umur bertambah, secara jujurnya, saya cukup tak suka bila tarikh mati lesen jatuh pada hari lahir. Sebab ia membuatkan terdetiknya rasa takut bila terlupa dan teringat akan lesen tu mati pada hari ulang tahun kelahiran kita.

bertambah setahun lagi

Biasanya bila birthday saya, saya akan ambil cuti sebab takut kawan-kawan kat tempat kerja baling tepung dan saya nak spend masa dengan keluarga saya pada hari ulangtahun kelahiran saya.

Dan saya biasanya akan ‘jalan-jalan’ dengan keluarga saya, dan keseronokan tu akan terbantut bila mengenangkan lesen mati hari tersebut dan saya risau saya tak sempat nak renew hari tu.

Ok…. Yang sebenarnya yang bertambah setahun lagi ni adalah umur domain alongxp.com ni.

Saya baru sahaja renew domain ni untuk setahun lagi, menjadikan ianya akan menjadi sepuluh tahun (tahun ni tahun ke 9).

Alhamdulillah, pejam celik, celik pejam, dah 9 tahun dah alongxp.com berada di internet ni. Asalnya blog ni guna domain lain… 2 tahun jugalah dia jadi subdomain kepada satu domain yang asalnya saya buat untuk berkongsi galeri foto hasil pancingan saya menggunakan dslr nikon d40 saya. Entah macam mana, penulisan pula yang menjadi keseronokan saya.

Atas pandangan kawan-kawan blogger, saya beli domain alongxp.com ni, dan menukarkan alamat dari subdomain sebuah web kepada yang anda baca sekarang.

Banyak pengalaman yang telah saya lalui dan ilmu yang saya timba melalui alongxp.com ni. Dan dengan ilmu dan pengalaman itulah saya mampu kongsikan kepada mereka yang membayar saya untuk servis berkaitan blog.

Jadi, itu sahajalah yang saya nak kongsikan untuk kali ni. Happy birthday alongxp.com (walaupun dalam whois kata ianya baru 8 tahun, tapi seingat saya, saya daftar alongxp.com pada 2010 sebab… saya ingat keadaan tu)

Alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge